6-Fosfoglukonat dehidrogenase

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
6PGD
Struktur hablur 6-fosfoglukonat dehidrogenase bebiri sebagai kompleks dengan adenosina 2'-monofosfat[1]
Pengenal pasti
Simbol6PGD
PfamPF00393
Klan PfamCL0106
InterProIPR006114
PROSITEPDOC00390
SCOP2pgd
SUPERFAMILY2pgd
6-Fosfoglukonat dehidrogenase
Dimer 6-fosfoglukonat dehidrogenase, Ovis aries
Pengenal pasti
Nombor EC1.1.1.44
Nombor CAS9001-82-5
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum
Ontologi genAmiGO / EGO
Fosfoglukonat dehidrogenase
Pengenal pasti
SimbolPGD
Gen NCBI5226
HGNC8891
OMIM172200
RefSeqNM_002631
UniProtP52209
Other data
Nombor EC1.1.1.44
LokusKromosom 1 p36.3-36.13

6-Fosfoglukonat dehidrogenase (6PGD) ialah sebuah enzim dalam laluan pentosa fosfat. Ia membentuk ribulosa 5-fosfat daripada 6-fosfoglukonat:

6-fosfo-D-glukonat + NAD(P)+ D-Ribulosa 5-fosfat + CO2 + NAD(P)H + H+

Ia merupakan satu karboksilase oksidatif yang memangkinkan penyahkarboksilan penurunan 6-fosfoglukonat kepada ribulosa 5-fosfat dengan kehadiran NADP. Tindak balas ini ialah komponen bagi saluran heksosa monofosfat dan laluan pentosa fosfat (PPP).[2][3] 6PGD prokariot dan eukariot ialah protein dengan panjang kira-kira 470 asid amino dengan jujukan yang amat terpelihara.[4] Protein ialah homodimer, di mana monomer bertindak secara bebas:[3] setiap satunya mengandungi domain alfa-heliks yang besar, dan domain beta-alfa-beta yang lebih kecil, mengandungi helaian beta selari dan antiselari yang bercampur-campur.[3] NADP terikat dalam celah dalam domain kecil, dan substrat pula mengikat di poket bersebelahan.[3]

Kepentingan bioteknologi[sunting | sunting sumber]

Kini, 6PGD diperhatikan dapat memangkinkan tindak balas terbalik (iaitu pengkarboksilan penurunan) secara in vivo.[5] Uji kaji dengan strain terpilih Escherichia coli menunjukkan bahawa tindak balas ini adalah mencukupi untuk menyokong membentukan biojisim berdasarkan CO2 dan gula pentosa semata-mata. Ciri ini diharapkan dapat dimanfaatkan bagi laluan penetapan karbon sintetik.

Kepentingan klinikal[sunting | sunting sumber]

Mutasi dalam gen yang mengekod enzim ini mengakibatkan kekurangan 6-fosfoglukonat dehidrogenase, penyakit keturunan autosom yang menjejaskan sel darah merah.

6PGD terlibat dalam metabolisme sel kanser, membawa kepada usaha untuk menghasilkan perencat 6PGD.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PDB: 1PGQ​; Adams MJ, Ellis GH, Gover S, Naylor CE, Phillips C (July 1994). "Crystallographic study of coenzyme, coenzyme analogue and substrate binding in 6-phosphogluconate dehydrogenase: implications for NADP specificity and the enzyme mechanism". Structure. 2 (7): 651–68. doi:10.1016/s0969-2126(00)00066-6. PMID 7922042.
  2. ^ Broedel SE, Wolf RE (July 1990). "Genetic tagging, cloning, and DNA sequence of the Synechococcus sp. strain PCC 7942 gene (gnd) encoding 6-phosphogluconate dehydrogenase". J. Bacteriol. 172 (7): 4023–31. doi:10.1128/jb.172.7.4023-4031.1990. PMC 213388. PMID 2113917.
  3. ^ a b c d Adams MJ, Archibald IG, Bugg CE, Carne A, Gover S, Helliwell JR, Pickersgill RW, White SW (1983). "The three dimensional structure of sheep liver 6-phosphogluconate dehydrogenase at 2.6 A resolution". EMBO J. 2 (6): 1009–14. doi:10.1002/j.1460-2075.1983.tb01535.x. PMC 555222. PMID 6641716.
  4. ^ Reizer A, Deutscher J, Saier MH, Reizer J (May 1991). "Analysis of the gluconate (gnt) operon of Bacillus subtilis". Mol. Microbiol. 5 (5): 1081–9. doi:10.1111/j.1365-2958.1991.tb01880.x. PMID 1659648. S2CID 2006623.
  5. ^ Satanowski A, Dronsella B, Noor E, Vögeli B, He H, Wichmann P, dll. (November 2020). "Awakening a latent carbon fixation cycle in Escherichia coli". Nature Communications. 11 (1): 5812. Bibcode:2020NatCo..11.5812S. doi:10.1038/s41467-020-19564-5. PMC 7669889. PMID 33199707.
  6. ^ 6-Phosphogluconate dehydrogenase links oxidative PPP, lipogenesis and tumour growth by inhibiting LKB1–AMPK signalling. 2015

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Artikel ini menggabungkan teks daripada domain awam Pfam dan InterPro: IPR006114