6
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 6. Bagi kegunaan lain, sila lihat 6 (nombor).
Milenium: | milenium pertama |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
6 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Asia
[sunting | sunting sumber]- Naik takhta Ru Zi Ying dari Dinasti Han di China dan permulaan zaman Jushe bagi Dinasti Han.
- Calon-calon jawatan politik di China diwajibkan mengambil peperiksaan perkhidmatan awam.
Empayar Rom
[sunting | sunting sumber]- Iudaea dan Moesia menjadi provinsi Rom; Syria dikawal oleh legion-legion X Fretensis, III Gallica, VI Ferrata, dan XII Fulminata.
- Augustus menubuhkan perbendaharaan khas, aerarium militare, untuk membayar bonus kepada bekas perajurit-perajurit legion yang bersara.
- Tiberius menjadikan Carnuntum sebagai pusat operasinya terhadap Maroboduus; XX Valeria Victrix, legion Rom, bertempur bersama dengan Tiberius terhadap Marcomanni.
- Puak Pannonia, bersama dengan puak Dalmatia dan puak-puak Illyria yang lain, memberontak tetapi ditewaskan oleh Tiberius selepas kempen ketenteraan yang berlangsung selama tiga tahun.
- Pembinaan kubu Rom memulakan kota Wiesbaden kini.
- Quirinius mengadakan banci di Judea (menurut Josephus) dan mengakibatkan pemberontakan di provinsi tersebut. Pemberontakan itu yang diketuai oleh Judas si Anak Galilee, dan disokong oleh Farisi Sadoq, ditindas dengan pemberontak-pemberontak disalib, tetapi ia melahirkan gerakan Zealot yang ahli-ahlinya menganggap diri sebagai dikuasai hanya oleh Tuhan.
- Akibat kekurangan makanan di Rom, Augustus menambah sekali ganda catuan jagung yang dibahagikan kepada penduduknya.
- Akibat kebakaran yang membawa bencana di Rom, sistem berek dicipta untuk memudahkan gerak balas yang lebih cepat semasa kecemasan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- Jesus (biasa dianggap sebagai tahun lahir terakhir yang mungkin, berdasarkan banci Quirinius pada tahun itu)
- Nero Caesar, anak lelaki Germanicus dan Agrippina si Lebih Tua (maut 30)
- Milonia Caesonia, maharani Rom (maut 41)
Kematian
[sunting | sunting sumber]- Cleopatra Selene (II), raja Mesir kepada Cyrenaica dan Libya (lahir 40 SM)
- Orodes III dari Parthia, maharaja Parthia buat tempoh yang singkat