Jumaat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Jumaat (Jawi: جمعة, Bahasa Inggeris: Friday; juga Jumat di Riau, Ind.[1]) merupakan hari keenam dalam seminggu terletak antara Khamis dan Sabtu.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan "Jumaat" meminjam dari Bahasa Arab: الجُمُعَة, translit. al-jumu`ah dibentuk daripada akar ج م ع‎ yang memberi makna "menghimpunkan" atau "mengumpulkan",[2] atau dalam tafsiran lainnya "menambahkan sesuatu bahagian kepada bahagian [lain]" (ضم الشيء بعضه إلى بعض‎)[3]

Kata jumaat ini juga pernah digunakan untuk mengaitkan dengan suatu tempoh tujuh hari yang kini disebut minggu atau pekan ("sejumaat").[4]

Kepentingan[sunting | sunting sumber]

Agama[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini orang-orang Islam akan berkumpul dan mengerjakan solat Jumaat di masjid beramai-ramai pada waktu tengah hari bagi menggantikan solat Zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.

Para penganut agama Kristian juga digalakkan beribadah pada hari ini terutamanya dalam kalangan beraliran Gereja Katolik, Anglikan[5][6] dan Ortodoks Timur:

  • Para penganut Katolik tidak sahaja disyorkan berpuasa malah juga ditegah memakan daging merah[7]
  • Penganut Ortodoks Timur pula ditegah makan semua jenis daging dan bahan sepuncanya termasuk ayam itik, tenusu dan ikan.

Ada juga satu perayaan penting disambut pada hari ini dalam minggu sama sebelum Paskah yang jatuh hari Ahad berikutnya, iaitu Jumaat Agung yang memperingati penyaliban Yesus Kristus.

Penganut agama Yahudi turut memulakan suatu "istirahat" mereka pada senja hari ini sampailah senja hari Sabtu dipanggil Shabbat di mana sebarang kegiatan bekerja yang ditetapkan dalam Mishnah ditegah sambil pembacaan kitab Taurah digalakkan

Budaya setempat[sunting | sunting sumber]

Ada sesetengah alam masyarakat Barat yang percaya tahayul bahawa bala dan malang akan menimpa pada hari Jumaat bertarikh 13 dalam sesebuah bulan.

Di Malaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Hal ini adalah kerana bagi syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari Jumaat ialah hari terakhir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "jumaat". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 176.
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 76. ISBN 967-65-7321-3.
  3. ^ موسوعة السلطان قابوس لأسماء العرب [Ensiklopedia Nama-Nama Arab Sultan Qabus]. Muscat: Universiti Sultan Qaboos. 1985 – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.
  4. ^ Lihat:
    • "jumaat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. 2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu...
    • Swettenham, Frank Athelstane (1910). "week". Vocabulary of the English and Malay languages. Shanghai & Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 160 – melalui Internet Archive. ...ساتو جمت‎ [sic] sâtu jemäat...
    • Wilkinson, Richard James (1901). "juma'at". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 231. Sa-juma'at : a week...
  5. ^ "Tables and Rules". Dicapai pada 30 December 2016.
  6. ^ "Days of Fasting, Abstinence and Solemn Prayer, Book of Common Prayer, Canada (1962)". 14 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2007. Dicapai pada 30 December 2016.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  7. ^ Life, Catholic Financial. "Why Abstain from Meat on Fridays, but Eat Fish?". join.catholicfinanciallife.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2019. Dicapai pada 14 Ogos 2019.