Pergi ke kandungan

7 Keajaiban Dunia Baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

7 keajaiban Dunia Baharu merupakan kempen bermula pada 2000 untuk memilih tujuh keajaiban daripada 200 monumen bersejarah dari seluruh dunia. Diperkenalkan oleh New7Wonder Foundation dan berpusat di Zurich,  Switzerland. 7 keajaiban ini telah dipilih berdasarkan undian lebih 100 juta pengundi dari serata dunia. Para pemenang telah diumum dengan gilang-gemilangnya pada 7 Julai 2007 bersiaran di kaca televisyen dari Lisbon.

Pemenang-Pemenang

[sunting | sunting sumber]
Keajaiban Lokasi Gambar Dibina Catatan
Tembok Besar China China700 tahun S.MDibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada abad ke-3 SM untuk melindungi Utara China dari serangan orang gasar dan Puak Mongol.
Petra Jordan312 S.MDibina sebagai ibu kota Empayar Nabatea dan ia juga dikenali sebagai Kota Mawar kerana warna batu yang di mana ia diukir.
KoloseumRom, Itali80 MasihiTapak dibina oleh Maharaja Vespasianus sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno
Chichen ItzaYucatán, Mexico600 MasihiKota purba yang dibina oleh Tamadun Maya sebelum tibanya penjajah Eropah
Machu PicchuUrubamba, Peru1450 MasihiBandar dibina oleh Empayar Inka yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas paras laut.
Taj MahalAgra, India1643 MasihiMakam dibina Maharaja Shah Jahan sebagai memperingati kemangkatan permaisuri kelima baginda, Mumtaz Mahal.
Kristus PenebusRio de Janeiro, Brazil1931 masihiPatung ini dibina untuk meraikan ulang tahun ke-100 tahun kemerdekaan Brazil dari Portugal.
  • "How the New7Wonders movement all began - World of New7Wonders". World of New7Wonders.
  • "The project founder Bernard Weber - A Short History - World of New7Wonders". World of New7Wonders.
  • "Voting Analysis". World of New7Wonders. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-26. Dicapai pada 2017-09-16. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Interesting questions and answers". World of New7Wonders. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada 2017-09-16.