Taj Mahal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taj Mahal
ताजमहल
Taj Mahal N-UP-A28-a.jpg
Lokasi Agra, Uttar Pradesh, India
Koordinat 27°10′30″N 78°02′31″E / 27.17500°N 78.04194°E / 27.17500; 78.04194Koordinat: 27°10′30″N 78°02′31″E / 27.17500°N 78.04194°E / 27.17500; 78.04194
Tinggi 73 meter (240 ka)
Dibina pada 1632–53[1]
Arkitek Ustaz Ahmad Lahauri
Gaya binaan Seni bina Mughal
Kadar dilawati 7–8 juta[2]   (in 2014)
Jenis Kebudayaan
Kriteria (i)
Direka bentuk pada 1983 (sesi ke-7)
No. Rujukan 252
Pihak Negara India
Rantau Asia Pasifik
Kedudukan Taj Mahal jika dilihat dari India
Taj Mahal
Lokasi Agra dalam India

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.

Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia ialah contoh terbaik Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan dan gaya seni bina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'.

Asal dan inspirasi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1631, Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631. Ketika itu, Shah Jahan dalam kepentingan meluaskan tanah jajahannya.

"Shah Jahan di atas glob" dari Institusi Smithsonian.
Gambaran artis Mumtaz Mahal

Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum.[3] Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya.[4] Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal.[5][6] Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan Taj Mahal sebagai berikut:[7]

Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas daripada dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya daripada Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand),[8] makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina daripada batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.[9]

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan seni bina Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya seni bina ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

Taman rekreasi[sunting | sunting sumber]

Taman rekreasi seluas 300 meter x 300 meter dengan lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.

Seni khat[sunting | sunting sumber]

Ayat daripada al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.

Kontraktor projek[sunting | sunting sumber]

Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

Bahan binaan[sunting | sunting sumber]

Bahan binaan dibawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet. Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan melebihi 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek dipancung[sunting | sunting sumber]

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun, dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana, beliau meninjau makam Taj Mahal. Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.

Dalam abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata di dindingnya.

Pada penghujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan yang siap pada tahun 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.

Ketika Perang Dunia II pada 1942, dindingnya rosak akibat serangan udara daripada tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.

Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah daripada serangan udara.

Pencemaran udara terutama hujan asid daripada kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benda ajaib di dunia. Bandar kecil seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.

2-3 juta orang pelancong datang setiap tahun dan 200,000 daripadanya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak meletak kereta dan bas elektrik.

Mitos[sunting | sunting sumber]

Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa yang diberi nama 'Taj Hitam' di seberang Sungai Jumna, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier, seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak penggalian ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar berwarna putih sahaja.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal ialah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada puing-puing kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.


Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad. Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masihi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal daripada istilah 'Tejo-Mahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

Bukti[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dutemple, Lesley A (2003). The Taj Mahal. Lerner Publications Co. p. 32. ISBN 0-8225-4694-9. Dicapai pada 7 February 2015. 
  2. ^ "Archaeological Survey of India Agra working on compiling visual archives on Taj Mahal". The Economic Times. 29 November 2015. Dicapai pada 16 January 2016. 
  3. ^ Public Broadcasting Service (PBS)
  4. ^ "Taj Mahal History". 
  5. ^ Muhammad Abdullah Chaghtai Le Tadj Mahal D'Agra (Hindi). Histoire et description (Brussels) 1938 p. 46.
  6. ^ 'Abd al-Hamid Lahawri Badshah Namah Ed. Maulawis Kabir al-Din Ahmad and 'Abd al-Rahim u-nder the superintendence of Major W.N. Lees. Vol. I Calcutta 1867 pp384-9 ; Muhammad Salih Kambo Amal-i-Sal\lih or Shah Jahan Namah Ed. Ghulam Yazdani Vol.I (Calcutta) 1923 p. 275.
  7. ^ Mahajan, Vidya Dhar (1970). Muslim Rule In India. p. 200. 
  8. ^ Chaghtai Le Tadj Mahal p. 146.
  9. ^ Copplestone, p. 166.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]