ASEAN NCAP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Program Penilaian Kereta Baru untuk Asia Tenggara (bahasa Inggeris: New Car Assessment Program for Southeast Asia)
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
PerkhidmatanPenilaian keselamatan automotif
Keanggotaan (2016)6 organisasi
Tapak web
Facebook: AseanNcap Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk2011 (2011)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

ASEAN NCAP atau Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara. ASEAN NCAP ialah tambahan baru untuk organisasi NCAP di seluruh dunia bagi rujukan pengguna berteraskan kaedah penarafan bintang. Program ini ditubuhkan bersama oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Program Penilaian Kereta Baru Global (Global NCAP) atas MoU kerjasama yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak semasa Perhimpunan Agung Yayasan FIA (Fédération Internationale de l'Automobile) di New Delhi, India pada 7 Disember 2011.[1]Melalui program ASEAN NCAP ini, maklumat yang telus dan tepat berkenaan dengan tahap keselamatan sesuatu, kenderaan dapat dibekalkan kepada pengguna untuk meningkatkan taraf keselamatan, meningkatkan kesedaran pengguna dan mendorong pasaran kenderaan menjadi lebih aman di kawasan Asia Tenggara.[perlu rujukan]

Pada bulan Januari 2013, ASEAN NCAP telah menerbitkan keputusan fasa pertama program yang melibatkan tujuh model popular di pasaran rantau ASEAN. Pada peringkat ini, dua penilaian berasingan yang dijalankan dalam skim penarafan iaitu Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP) oleh penarafan bintang dan Perlindungan Penghuni Kanak-Kanak (COP) mengikut penarafan berasaskan peratusan.

Secara amnya, terdapat dua kategori penarafan bintang dalam ASEAN NCAP iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP). Sehingga bulan April 2016, ASEAN NCAP telah memberi penarafan bintang kepada 71 buah model kenderaan penumpang yang merangkumi pelbagai pembuat kenderaan.

Anggota ASEAN NCAP[sunting | sunting sumber]

ASEAN NCAP adalah didukung oleh anggota-anggota organisasi automotif seperti yang berikut:

  • Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)
  • Global New Car Assessment Program (GNCAP)
  • Persatuan Automobil Malaysia (AAM)
  • Analytics Association of the Philippines (AAP)
  • Automobile Association of Singapore (AAS)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ASEAN NCAP: Making Cars Safer in ASEAN Region". Global NCAP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]