Aastha TV
| Negara | India |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | Amerika Syarikat |
| Slogan | "TV kepercayaan" ("The faith TV") |
| Ibu pejabat | Noida, India |
| Pemilikan | |
| Pemilik | Vedic Broadcasting Network Limited |
| Sejarah | |
| Dilancarkan | 2001 |
| Pautan | |
| Laman web | aasthatv.com |
| Ketersediaan | |
| Satelit | |
| Airtel | SID 3690 |
| Big TV | SID 2160 |
| Sky Digital | Saluran 718 |
| Tata Sky | SID 1609 |
| Media penstriman | |
| YouTube | Saluran Rasmi |
Aastha TV merupakan stesyen televisyen kerohanian nombor satu di India. Siaran saluran televisyen ini bersiaran ke 30,000,000 rumah di seluruh India dan ditonton oleh 200,000,000 penonton. [1] Program-program yang disiarkan di saluran ini adalah berkenaan perbincangan kerohanian, acara-acara keraian dan acara-acara keagamaan yang berkaitan dengan agama Hindu. Saluran ini juga memaparkan teknik-teknik meditasi dan lagu-lagu kerohanian. Antara program-program utama yang dipaparkan adalah mengenai penemuan tempat-tempat suci agama Hindu untuk tujuan perziarahan, pendidikan mengenai perayaan tradisional dan pengajian kitab Veda seperti Yoga, Ayurveda, Astrologi, Terapi Kristal dan Aromaterapi.
Saluran ini menyiarkan rancangan-rancangan di dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Hindi, Bahasa Gujarati dan Bahasa Inggeris. Selain disiarkan di seluruh India, saluran in juga boleh ditonton di seluruh dunia.
Pemimpin-Pemimpin Kerohanian yang popular di saluran ini
[sunting | sunting sumber]- Jagadguru Shree Kripaluji Maharaj
- Swami Ramdev
- Swami Sukhabodhananda
- Smt. Jaya Row
- Pujya Deepakbhai Desai