Abdul Jabar Mohd Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Jabar Mohd Yusof
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Batu Laut
Dalam jawatan
1974–1986
Didahului olehjawatan baharu
Digantikan olehSairon Abdul Hamid
Majoriti
  • 1,230 (1974)
  • 1,530 (1978)
  • 256 (1982)
Butiran peribadi
LahirAbdul Jabar bin Mohamed Yusof
1937 (umur 86–87)
Selangor, Malaysia
Parti politikBebas
Sekutu gabungan
politik lain
NASMA (sejak 1986) UMNO (sehingga 1974)
PekerjaanAhli politik, guru

Abdul Jabar Mohd Yusof (Jawi: عبدالجبار محمد يوسف) atau dikenali dengan Cikgu Jabar ialah seorang bekas ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Batu Laut selama tiga penggal dari 1974 hingga 1986 atas tiket Bebas. Beliau merupakan ahli politik bebas pertama paling lama berkhidmat berturut-turut, dan satu-satunya yang mempunyai rekod sedemikian dalam sejarah politik Malaysia.[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Cikgu Jabar merupakan bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebelum menjadi ahli politik Bebas. Semasa khidmat beliau sebagai ADUN Batu Laut, beliau memegang kukuh kerusi Batu Laut walaupun ketika itu UMNO dan Barisan Nasional cukup kuat di bawah kepimpinan Menteri Besar yang juga Ketua Pemuda UMNO, Harun Idris. Harun pada ketika itu ialah ADUN Morib, kawasan DUN bersebelahan dengan Batu Laut.

Cikgu Jabar ialah legenda dalam bidangnya, beliau menterjemahkan semula idea "ahli politik bebas" kepada umum. Dalam isu pemecatan Harun Idris daripada jawatan Menteri Besar, beliau yang ketika itu wakil bebas mempertahankan Harun daripada digugurkan.[2]

Kerjaya politiknya merudum selepas menyertai Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) - yang kini telah terbubar - pada 1986. Dalam pilihan raya negeri 1986, beliau tewas kepada calon BN, Sairun Abdul Hamid.[3]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Selangor[4]
Tahun DUN Calon Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
1974 N33 Batu Laut Abdul Jabar Mohd Yusof Bebas 3,183 Samad Mahrudin BN (UMNO) 1,953 1,230
1978 N33 Batu Laut Abdul Jabar Mohd Yusof Bebas 4,043 Mohd Yusof Dahlan BN (UMNO) 2,513 1,530
1982 N33 Batu Laut Abdul Jabar Mohd Yusof Bebas 3,885 Shahrom Maasom BN (UMNO) 3,629 256
1986 N33 Batu Laut Abdul Jabar Mohd Yusof NASMA 2,009 Sairun Abdul Hamid BN (UMNO) 6,993 4,984
Parlimen Malaysia
Tahun Parlimen Calon Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
1982 Sepang Abdul Jabar Mohd Yusof Bebas 9,613 Suhaimi Kamaruddin BN (UMNO) 16,105 6,492
Mohamed Long Said @ Gulong PAS 573
Thai Ah Ko @ Ther Ah King Bebas 148
1986 Sepang Abdul Jabar Mohd Yusof NASMA 2,757 Mohd Sharif Jajang BN (UMNO) 18,253 11,160
K. Ramasen DAP 7,093
Tai Siew Siong SDP 439

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "In between the veterans there was a Cikgu Jabar and lawyer Razak". The Mole. March 2018. Dicapai pada 16 January 2023.
  2. ^ "Cikgu Jabar gesa wakil Bebas 'lompat' letak jawatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-30. Dicapai pada 2010-03-28.
  3. ^ "Resetting our political construct". The Star. July 2021. Dicapai pada 16 January 2023.
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". SPR. April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2017. Dicapai pada 16 January 2023.