Pilihan raya umum Malaysia 1986

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 merupakan pilihan raya umum yang ke-7 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang kedua sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.


Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dengan kemenangan 148 kerusi daripada 177 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 83.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir. Bagaimanapun, bilangan undi sebanyak 55.8% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%.

Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 29 kerusi yang tinggal, iaitu 16.4% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Sementara PAS hanya memenangi satu kerusi iaitu kerusi Parlimen Pengkalan Chepa,Kelantan melalui Allahyarham Haji Nik Abdullah Arsyad

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh:
1982
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
1990