Abdul Muttalib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Syaibah bin Hâsyim (sekitar 497 – 578) atau lebih dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib atau 'Abd al-Muttalib adalah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Ali bin Abi Talib.

Abdul Muttalib ialah anak kepada Hasyim bin Abdul Manaf. Ibunya bernama Salma bin Amru an-Najjariyyah,seorang janda muda yang berasal dari Bani an-Najjar suku Khazraj di Madinah. Satu bani yang sama menurunkan Anas bin Malik,khadam dan sahabat Nabi yang paling terkemuka. Sebagaimana yang telah disebut di atas bahawa nama Abdul Muttalib yang sebenar ialah Syaibah bererti Si Uban. Ini kerana ketika baru dilahirkan,pada rambut Abdul Muttalib terdapat beberapa helai uban.

Kisah bagaimana Syaibah (Si Uban) lebih terkenal degan gelaran Abdul Muttalib (Hamba Si Muttalib)

Setelah meninggalnya Hasyim bin Abdul Manaf, Maka saudaranya yang bernama al-Muttalib telah pergi ke Madinah untuk membawa pulang anak saudaranya Syaibah yang tinggal dengan ibunya di Yathrib. Ketika memasuki pintu gerbang kota Mekah, penduduk Mekah melihat al-Muttalib ada membonceng seorang kanak-kanak kecil di belakang untanya. Lalu mereka bertanya kepada al-Muttalib;

"Siapakah budak itu wahai al-Muttalib?"

Al-Muttalib menjawab;

"Dia adalah anak saudaraku si Syaibah."

Tetapi orang Mekah tidak mahu memepercayai kata-kata Al-Muttalib itu. Mereka mengatakan budak itu adalah hamba kepada al-Muttalib yang dibelinya dari pasar hamba di Madinah(Yathrib). Lalu akhirnya orang Mekah terus menamakan Syaibah dengan nama Abdul Muttalib yang bererti 'Hamba Si Muttalib'.Yang di kemudian harinya menjadi pemimpin besar kota Mekah.

Abdul Muttalib meninggal pada usia 80 tahun dan sempat menjaga Nabi selama kira 2 tahun,iaitu dari usia 6 sampai ke usia 8 tahun. Abdul Muttalib sangat sayang kepada Nabi, walaupun Nabi itu hanya cucunya. Beliau melayan Nabi seperti anak-anaknya sendiri, bahkan lebih mulia lagi. Diriwayatkan bahawa Abdul Muttalib sangat hafyan kepada Nabi. Hafyan bererti selalu bertanya keadaan diri seseorang sama ada sihat atau sakit, senang atau susah kerana terlalu sayang kepadanya. Begitulah hafyan Abdul Muttalib terhadap cucunya Nabi, kasih sayang Abdul Muttalib kepada Nabi begitu ketara sehingga beliau memanggil Nabi dengan 'anakku' bukan 'cucuku'

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Abdul Muttalib mempunyai beberapa orang isteri dan ramai anak.

Dari Sumra bint Jandab:

Dari Lubna binti Hajira:

Dari Fatimah binti Amr:

Dari Halah binti Wahab:

Dari Natila binti Khabab - Khizriji: