Abdul Rani Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dr.

Haji Abdul Rani bin Osman
Abd. Rani.JPG
Dr. Haji Abdul Rani bin Osman memberi ucapan
Ahli Dewan Undangan
untuk N42 Meru, Selangor
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului oleh Datuk Jaei Ismail (BN-UMNO)
Majoriti 5,513
Butiran peribadi
Lahir Pelabuhan Klang
Parti politik PAS logo.svg PAS
Kediaman Persiaran Hamzah Alang, Kapar, Selangor
Pekerjaan Ahli politik, doktor
Laman sesawang Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru

Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rani bin Osman adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Pilihan Raya Umum 2008[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum yang lepas, beliau telah bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melawan calon dari Barisan Nasional (BN) Md. Ghazali Md Amin. Keputusan pilihan raya tersebut telah memihak kepada beliau :-

  • Dr. Abdul Rani Osman (PAS) (14,826)
  • Md. Ghazali Md. Amin (BN) (9,313)
  • Majoriti : (5,513)
  • Jumlah Undi : (24,478)
  • Peratus Mengundi : (82.29%)
  • Undi Rosak : (339)

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. Beliau yang berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir telah membuka klinik tersebut semenjak sekian lamanya dan bertempat di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.

Perkhidmatan yang beliau sumbangkan amat dirasai dan dihargai penduduk Meru. Kini, klinik beliau diselia oleh beberapa orang doktor gantian dan pelatih justeru beliau kini merupakan seorang wakil rakyat.

Mesra rakyat[sunting | sunting sumber]

Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.

Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agam dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Selangor: N42 Meru[1]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
2008 Abd Rani Osman (PAS) 14,826 78% Md Ghazali Md Amin (UMNO) 9,313 32%

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 30 Mei 2010.