Iskandar Abdul Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk
Iskandar Abdul Samad

Naib Presiden PAS
Tempoh jawatan
2015 – 2017

ADUN Chempaka
Tempoh jawatan
2008 – 2017
Didahului oleh Mad Aris Mad Yusuf

Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Datin Salasiah Zakaria
Kediaman Selangor Selangor
Pekerjaan Ahli politik, Arkitek
Agama Islam

Yang Berhormat Datuk Ir. Iskandar bin Abdul Samad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Naib Presiden PAS[1] dan Pesuruhjaya PAS Selangor[2]. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau tinggal di Taman Kencana, Pandan Indah. Beliau mempunyai sebuah kereta sahaja iaitu Proton Waja. Beliau berkahwin dengan Salasiah Zakaria serta dikurniakan enam orang anak, iaitu lima lelaki dan seorang perempuan.

Bapanya Abdul Samad Ahmad merupakan penyunting di Utusan Melayu. Rakan bapanya seperti Haji Subky Latif, Abdul Shukor Harun, bekas Pengarang Harakah, dan Suhaimi Mokhtar bekas Ketua Pengarang Harakah. Ibunya Maimunah Dasmi, seorang suri rumah.

Lagu kegemaran ialah nyanyian M. Nasir dan lagu Kembara terutama lirik tulisan S. Amin Shahab. Hobinya ialah memasak dan membantu isteri di dapur.

Laman web yang selalu dikunjungi ialah BBC News, Tranungkite Online dan Harakahdaily. Surat khabar yang dibaca ialah The Star dan Sinar Harian.Sukan yang diminati ialah bowling dan bermain sesama rakan di di Pandan Lake Club. . Ibunya berasal dari Taman Keramat, Kuala Lumpur.[perlu rujukan]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Iskandar belajar di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya. Tahun 1974, sambung belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian di United Kingdom dan mendapat ijazah arkitek dari Humberside.

Dato' Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merupakan rakan sekolah semasa di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Iskandar menyertai PAS pada 1991 sementara Saifudin menyertai UMNO.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas balik dari UK, tahun 1988 bekerja dengan firma arkitek. Selama setahun di United Kingdom . Beliau pernah menjadi pensyarah di UiTM bagi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Beliau berhenti jadi pensyarah beliau kembali menjadi arkitek.

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Iskandar pernah menjadi Setiausaha Cawangan PAS AU2 di Taman Seri Keramat. Tokoh Tan Sri Lee Lam Thye bekas pemimpin utama DAP yang meninjau masalah setinggan menjadi contoh perjuangan beliau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]