Pergi ke kandungan

Rashid Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Abdul Rashid Hussain)
Abdul Rashid Hussain
Presiden
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Menyandang jawatan
1 Julai 2025
CanselorTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Didahului olehSamsudin Osman
Pengerusi
Lembaga Tabung Haji
Menyandang jawatan
20 Disember 2023
Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Anwar Ibrahim
Amir Hamzah Azizan
Mohd Na'im Mokhtar
Didahului olehAzman Mokhtar
Maklumat peribadi
Lahir (1946-07-27) 27 Julai 1946 (umur 80)
Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanUsahawan


Tan Sri Dato' Abdul Rashid bin Hussain ialah pengasas Kumpulan RHB. Beliau mengahwini anak perempuan kepada Tan Sri Robert Kuok. Rashid Hussain merupakan anak lelaki bongsu kepada seorang lelaki kelahiran Pulau Pinang Mohammed Hussain, yang kemudian berpindah ke Singapura dan membangunkan perniagaan yang berjaya di sana. Ibu beliau berketurunan Melayu dan Arab.

Rashid Hussain merupakan salah seorang usahawan paling berjaya dari Malaysia. Dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan - RHB Bank. Beliau memulakan khidmat kerjaya kewangan beliau pada tahun 1971 bersama Strauss Turnbull di Britain dan kembali ke Malaysia pada tahun 1975 bagi bekerja dengan Bumiputra Merchant Bankers Bhd. Beliau kemudian meninggalkan Bumiputra Merchant Bankers pada tahun 1983 untuk menubuhkan Rashid Hussain Securities. Di bawah kepimpinan beliau, RHB Securities menjadi salah satu broker saham terbaik di Malaysia.

Rashid Hussain pernah menjadi Pengerusi, Putrajaya Holdings Sdn Bhd dari 1995 sehingga 2000 dan juga pernah menjadi ahli lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari 1994 sehingga 1998.

Beliau campuran Melayu dan Arab iaitu bapanya Mohammed Hussein dari Pulau Pinang dan ibunya keturunan Arab-Melayu. Bapanya berhijrah ke Singapura dan membangunkan perniagaan di sana. Abdul Rashid berkahwin dengan anak Tan Sri Robert Kuok.

Pada 1971 beliau bekerja di Strauss Turnbull,sebuah firma broker dari Britain.Pada 1975 sekembali ke Malaysia beliau bekerja dengan Bumiputra Merchant Bankers Bhd.Kemudian di Rothschild & Sons Ltd di London, Daiwa Securities Co Ltd di Tokyo dan Salomon Brothers Inc di New York.Pada 1983 beliau meninggalkan Bumiputra Merchant Bankers dan memulakan firma Rashid Hussain Securities. Abdul Rashid akrab dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan penasihat ekonomi Tun Daim Zainuddin.[1]

Pernah ditipu

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Disember 2010, kes beliau ditipu RM7 juta oleh ahli perniagaan Singapura, Sharida Abdul Majid dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala lumpur.Pada September 2009 dan 13 November 2009 di tingkat 9, Bangunan B, Peremba Square, Saujana Resort, beliau ditipu telah mendapat ‘gift contract’ bernilai B$8 juta (kira-kira RM19.2 juta) untuk menyerahkan RM7 juta dalam bentuk tiga keping cek Standard Chartered Bank.Sharida diwakili oleh bekas suaminya, peguam Mohd Azfar Abdullah .Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 dan denda, jika sabit kesalahan. [2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]