Abdullah I dari Jordan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdullah I
Raja Jordan
Tempoh pemerintahan 25 Mei 1946 – 20 Julai 1951
(&&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 tahun, &&&&&&&&&&&&&056.&&&&&056 hari)
Diikuti oleh Talal I
Permaisuri
Isteri muda
Musbah binti Nasser
Suzdil Khanum
Nahda binti Uman
Putera-puteri
Puteri Haya
Talal I
Putera Nayef
Puteri Munira
Puteri Maqbula
Ayahanda Hussein bin Ali, Syarif Makkah
Bonda Abdiya binti Abdullah
Kelahiran 1882
Makkah, Empayar Uthmaniyyah
Kemangkatan 20 Julai 1951 (umur 65)
Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis

Abdullah I bin al-Hussein, Raja Jordan [‘Abd Allāh ibn al-Husayn] (Februari 1882 – 20 Julai 1951) (Arab) عبد الله الأول بن الحسين dilahirkan di Makkah, Empayar Uthmaniyyah, (hari ini di Arab Saudi) adalah anak kedua dai tiga anak lelaki kepada Sherif Hussein bin Ali, Sharif dan Emir dari Makkah dari isteri pertama beliau Abdiyya bint Abdullah (meninggal pada 1886). Beliau mendapat pendidikan di Constantinople (Istanbul), Turki dan Hijaz. Bermula pada tahun 1909 sehingga 1914, Abdullah berkhidmat dalam kerajaan Uthmaniyyah, sebagai timbalan bagi Makkah, tetapi bersekutu dengan Britain semasa Perang Dunia I. Antara tahun 1916 hingga 1918, bekerja dengan pemimpin gerila Britain T. E. Lawrence, beliau memainkan peranan penting sebagai arkitek dan perancang bagi Pemberontakkan Besar Arab menentang pemerintahan Uthmaniyyah, memimpin serangan gerila di perbatasan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]