Abdullah Yoep Noordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abdullah Yeop Noordin adalah bekas skuad ketua bola sepak kebangsaan Malaysia era 60-an dan 70-an . Abdullah pernah sepasukan dengan Tan Sri Abdul Ghani Minhat, Datuk Muhammad Mokhtar Dahari dan R.Arumugam.

Beliau merupakan Pengajar Kokurikulum Bola Sepak di Universiti Teknologi Petronas. Allahyarham dahulunya digelar 'harimau berantai' kerana corak permainannya yang hebat, pernah berkhidmat seabgai Pegawai Sukan di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) selepas menjadi jurulatih pasukan Perak selama setahun pada 1988.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Abdullah meninggal dunia akibat sesak nafas ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.Abdullah berusia 74 tahun.

Allahyarham meninggalkan isteri Zoraida Kamaruzzaman, 71, serta lima anak iaitu Arnez, 49, Arneza, 48, Ariez, 47, Arieza, 43, dan Nor Azam, 38, serta 12 cucu dan empat cicit. Anaknya Arneza memaklumkan bahawa jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasek Bercham selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Tersusun Bercham Tasek.

Bapanya mengalami batuk teruk ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di Taman Gerbang Bercham Selamat. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]