Abu Kassim Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abu Kassim bin Mohamed)

Abu Kassim Mohamed

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional
Dalam jawatan
1 Jun 2018 – 5 Disember 2020
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMohd Sallehuddin Hassan
Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Dalam jawatan
1 Januari 2010 – 1 Ogos 2016
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Didahului olehAhmad Said Hamdan
Digantikan olehDzulkifli Ahmad
Butiran peribadi
Lahir (1960-12-05) 5 Disember 1960 (umur 63)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Bebee Rasheedah Zachariah Merican
Alma materUniversiti Sains Malaysia
Michigan State University

Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed (lahir 5 Disember 1960) ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke-2 dari 1 Januari 2010 hingga 1 Ogos 2016. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya pada 4 Januari 2010.[1] Abu Kassim juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dari 1 Jun 2018 sehingga beliau bersara wajib pada 5 Disember 2020.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abu Kassim berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang keadilan jenayah dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Berkhidmat dalam SPRM[sunting | sunting sumber]

Mulai 1 September 1984 beliau dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Cawangan di BPR Cawangan Sibu. Kemudian dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Kemudian dilantik sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.Penubuhan SPRM melalui Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

Pada 4 November 2009 , Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya beliau dilantik sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Pelantikan itu berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Abu Kassim angkat sumpah terajui SPRM", Malaysiakini.com, 4 Januari 2010.
  2. ^ ""SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timbalannya", Malaysiakini.com, 4 Disember 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-07. Dicapai pada 2009-12-04.