Pergi ke kandungan

Darjah kebesaran negeri Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Perak Darul Ridzuan merupakan antara darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak pada setiap tahun kepada rakyat-rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah banyak berjasa kepada Paduka Seri Sultan, masyarakat dan Negeri Perak itu sendiri.[1]

Pengurniaan darjah kebesaran negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebagai istana rasmi Sultan Perak untuk menganugerahkan anugerah darjah kebesaran tertinggi mahupun anugerah-anugerah lain negeri.

Kumpulan I : Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati

Kumpulan II : Darjah kebesaran Seri Paduka Sultan Nazrin Shah Perak Yang Amat Dimulia

Kumpulan III : Darjah Yang Amat Mulia Panglima Taming Sari

Kumpulan IV  : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini

Kumpulan V : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak

Kumpulan VI : Pingat-Pingat Negeri dan Lain-Lain

Anugerah khas

[sunting | sunting sumber]

Darjah Kebesaran Dato' Seri Azlanii

Pangkat Pertama - Darjah Dato' Seri Azlanii (DSA) -- (Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)

Anugerah yang telah dihentikan

[sunting | sunting sumber]

Susunan keutamaan

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Perak[2][3]

  1. Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK)
  2. Darjah Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) -- Dato' Seri DiRaja lelaki / wanita
  3. Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) -- Dato' Seri Panglima lelaki / wanita
  4. Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) -- Dato' Seri lelaki / wanita
  5. Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) -- Dato' Seri lelaki / wanita
  6. Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) -- Dato' Pahlawan lelaki / wanita
  7. Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) -- Dato' lelaki / wanita
  8. Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) -- Dato' lelaki / wanita
  9. Darjah Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
  10. Darjah Ahli Paduka Mahkota Perak (PMP)
  11. Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM)
  12. Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP)
  13. Pingat Keberanian Handal (PKH)
  14. Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
  15. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
  16. Pingat Lama Perkhidmatan (PLP)
  17. Jaksa Pendamai (JP)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]