Rujukan kehormat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi rujukan kehormat di Brunei, lihat Terasul.

Dalam pertuturan rasmi Bahasa Melayu, khususnya di Malaysia, rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja. Rujukan kehormat bermula dengan Yang.

Berikut ialah senarai rujukan kehormat berserta penggunaannya:

(Kebawah) Duli Yang Maha Mulia[sunting | sunting sumber]

Untuk gelaran Yang Di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau negeri bagi Sultan dan Raja. (biasanya "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia");

Yang Maha Mulia[sunting | sunting sumber]

Untuk gelaran Raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia Raja Permaisuri)

Duli Yang Maha Mulia[sunting | sunting sumber]

Untuk Raja Muda dan Pemangku Raja yang memerintah sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Maha Mulia");

Yang Teramat Mulia[sunting | sunting sumber]

Untuk Undang (luak di Negeri Sembilan). :Untuk keluarga diraja yang terdekat.

Yang Amat Mulia[sunting | sunting sumber]

Untuk Keluarga diraja yang berketurunan Raja/Anak gahara.

Yang Mulia[sunting | sunting sumber]

Untuk mereka yang bergelar Raja, Tengku, Engku, Ungku, Ku, Syed, Megat dan Datu.

Tuan Yang Terutama[sunting | sunting sumber]

Untuk Yang di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. (biasanya "Tuan Yang Terutama")

Yang Amat Berhormat[sunting | sunting sumber]

Untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri yang juga adalah Ahli Parlimen.

Yang Amat Berbahagia[sunting | sunting sumber]

Untuk mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan, isteri kepada Perdana Menteri, isteri Timbalan Perdana Menteri, isteri Menteri Besar dan isteri Ketua Menteri.

Yang Amat Arif[sunting | sunting sumber]

Untuk Ketua Hakim Negara / Presiden Mahkamah Rayuan / Hakim Besar Malaya / Hakim Besar Sabah & Sarawak / Ketua Hakim Syarie (dalam situasi formal, seperti di mahkamah dan di luar mahkamah).

Yang Berhormat Mulia[sunting | sunting sumber]

Untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri/Speaker, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara (Senator) dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berketurunan Raja/Anak gahara.

Yang Berhormat[sunting | sunting sumber]

Untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Yang Berbahagia[sunting | sunting sumber]

Untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Datuk, Dato', dan Datin (yang bukan Ahli Parlimen).

Yang Arif[sunting | sunting sumber]

Untuk Hakim (pada situasi yang formal seperti di mahkamah dan di luar mahkamah).

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Panggilan Hormat oleh Bahagian Istiadat Istana Negara