Mohd Sidek Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri

Mohd Sidek Hassan

PMN, PSM; SJMK (Kel); SPMS (Sel); SPCM (Prk); SSAP (Phg); SUMW (WP); DGSM (Mel); PNBS (Swk); DHMS (Kdh); DIMP (Phg); KMN
Presiden
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dalam jawatan
2 June 2008 – 1 June 2013
CanselorSultan Ahmad Shah
Didahului olehSanusi Junid
Digantikan olehRais Yatim
Ketua Setiausaha Negara
Dalam jawatan
3 September 2006 – 24 Jun 2012
RajaTuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail
Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Najib Razak
Didahului olehSamsudin Osman
Digantikan olehAli Hamsa
Butiran peribadi
LahirMohamad Sidek bin Hassan
(1952-06-24) 24 Jun 1952 (umur 71)
Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KediamanPutrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia (rasmi dan peribadi)
Pekan, Pahang, Malaysia (kampung halaman)
Alma materUniversiti Malaya (B. Econ)
Southern New Hampshire University (MBA)

Tan Sri Mohd Sidek Hassan adalah bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia Beliau berkhidmat tanpa henti dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun dengan menyandang jawatan paling tinggi sebagai pegawai kerajaan selama enam tahun.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sidek Hassan lahir pada 24 Jun 1952 di Pekan, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya (1974) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat (1984). [1]

Isterinya, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin adalah salah satu mantan Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 15 April 1974 sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Perdagangan di Kedutaan Malaysia di Tokyo , Jepun dari Mei 1977 sehingga Julai 1979.

Dari Ogos 1979 hingga Julai 1984, beliau berkhidmat di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, pada mulanya sebagai Penolong Pengarah Utama; Timbalan Pengarah, Bahagian Projek Sektor Analisis dan kemudian sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelidikan dalam jabatan yang sama.

Beliau mempunyai pengalaman luas bekerja dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Semasa berkhidmat di kementerian itu, beliau menjadi Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney, Australia; Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Timbalan Pengarah (Operasi) Bahagian Perdagangan Antarabangsa, Kaunselor Hal Ehwal Ekonomi di Washington, DC, Amerika Syarikat dan Pengarah Bahagian Perhubungan Pelbagai Hala.

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) pada 19 Januari 2001 dan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 24 Oktober 2004.

Ketua Setiausaha Negara[sunting | sunting sumber]

Tidak ada jawatan yang paling tinggi dalam perkhidmatan awam melainkan jawatan Ketua Setiausaha Negara yang juga bertindak sebagai setiausaha kepada jemaah menteri. Beliau menjadi KSN dari 3 September 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2008 setelah mencapai umur 56 tahun. Beliau dilantik semula secara kontrak sebagai KSN untuk tempoh dua tahun mulai 24 Jun 2008 hingga 24 Jun 2010 dan perkhidmatannya itu kemudian dilanjutkan beberapa kali mengikut tempoh kontrak sehinggalah 23 Jun 2012.

Pengganti beliau ialah Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta di Jabatan Perdana Menteri, mengambil alih jawatan KSN daripada Sidek secara rasminya Isnin, 25 Jun 2012.[2]

Pengerusi Petronas[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Pengerusi Petronas menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas [3]. Sebelum itu, Tan Sri Hassan Merican yang tidak disambung perkhidmatan. Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. [4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Oktober 2009, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam oleh Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada majlis konvokesyen ke-9 UNITAR. Anugerah disampaikan oleh Canselor UNITAR Tun Rahah Mohammad Noah.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]