Adrián Ramos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adrián Ramos
Maklumat peribadi
Nama penuh Gustavo Adrián Ramos Vásquez
Tarikh lahir (1986-01-22) 22 Januari 1986 (umur 38)
Tempat lahir Santander de Quilichao, Colombia
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 20
Kerjaya remaja
2004 América de Cali
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2009 América de Cali 126 (42)
2006–2007Santa Fe (pinjaman) 33 (5)
2009–2014 Hertha BSC 157 (68)
2014– Borussia Dortmund 23 (3)
Pasukan kebangsaan
2008– Colombia 35 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2015 (UTC)

Gustavo Adrián Ramos Vásquez (lahir 22 Januari 1986) ataupun lebih dikenali sebagai Adrián Ramos, merupakan pemain bola sepak Colombia yang kini bermain untuk Borussia Dortmund di posisi penyerang. Beliau telah mewakili pasukan kebangsaan Colombia sejak 2008 dan telah membuat 25 penampilan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Hertha Berlin[sunting | sunting sumber]

Ramos memulakan kerjayanya di América de Cali tetapi telah dipinjam ke Trujillanos FC dan Club Santa Fe selama beberapa musim. Ramos kembali ke América de Cali untuk musim 2008 dan salah satu alasan pasukannya memenangi Piala Mustang 2008 dengan menang 4-1 secara agregat ke atas Independiente Medellín. Pada 30 Ogos 2009, beliau berpindah ke Hertha BSC di Jerman selepas kelab itu bersetuju dengan bayaran 2 juta euro.

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Hertha pada pusingan kedua DFB Pokal pada 22 September 2009 dengan membantu kelabnya untuk bangkit ketinggalan 0-2 kepada seri 2-2 tetapi tewas pada penentuan penalti. Beliau menjaringkan gol pertamanya di perlawanan liga pada 12 November menentang Stuttgart, perlawanan berkesudahan seri 1-1. Pada 13 Disember 2013, Ramos menjaringkan dua gol dalam sembilan minit ketika Hertha bangkit selepas ketinggalan 1-0 kepada menang 3-2 ke ata Werder Bremen. Pada musim 2013-14, beliau menjaringkan 16 gol dan menjadi pemain terempat penjaring terbanyak.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2014, Ramos dilaporkan telah diikat oleh Borussia Dortmund dan dijangka akan menyertai kelab tersebut pada 1 Julai 2014 dengan bayaran tertutup dan beliau menandatangani kontrak empat tahun.

Ramos membuat penampilan pertama untuk Dortmund pada 13 Ogos 2014 dan memasuki padang pada separuh masa kedua ketika menewaskan Bayern Munich 2-0 pada perlawanan DFL Supercup. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Dortmund tiga hari kemudian apabila menjaringkan gol terakhir buat pasukannya menang 4-1 ke atas Stuttgart Kickers pada pusingan pertama DFB Pokal. Pada 29 Ogos, Ramos menjaringkan gol liga pertamanya semasa menentang FC Augsburg, keputusannya Dortmund menang 3–2. Beliau menjairngkan gol pertamanya di perlawanan Eropah pada 1 Oktober dengan menjaringkan dua gol apabila menjadi pemain gantian semasa membenam Anderlecht pada perlawanan Liga Juara-Juara.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2011, Ramos menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang Costa Rica pada peringkat kumpulan Copa América 2011 di Argentina.

Ramos termasuk dalam skuad Colombia di Piala Dunia FIFA 2014 yang merupakan penampilan pertama negara mereka di kejohanan itu sejak 1998. Beliau mula bermain pada perlawanan terakhir kumpulan apabila Colombia mengalahkan Jepun 4–1. Beliau juga bermain pada perlawanan suku akhir menentang Brazil yang merupakan perlawanan terakhir bagi negara Amerika Selatan itu.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 14 Oktober 2009 Asunción, Paraguay  Paraguay
1–0
2–0
Kelayakan Piala Dunia 2010
2. 2 Julai 2011 San Salvador de Jujuy, Argentina  Costa Rica
1–0
1–0
Copa América 2011
3. 18 November 2014 Ljubljana, Slovenia  Slovenia
1–0
1–0
Persahabatan
4. 26 Mac 2015 Riffa, Bahrain  Bahrain
4–0
6–0

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 14 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala1 Benua2 Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Colombia América de Cali 2008 46 21 6 2 52 23
2009 19 13 4 0 23 13
Jumlah 65 34 10 2 75 36
Jerman Hertha BSC 2009–10 29 10 1 1 7 0 37 11
2010-11 33 15 2 2 35 17
2011–12 31 6 6 4 37 10
2012-13 32 11 1 0 33 11
2013–14 32 16 2 0 34 16
Jumlah 157 58 12 7 7 0 176 65
Jerman Borussia Dortmund 2014–15 13 2 3 1 5 3 21 6
Jumlah 13 2 3 1 5 3 21 6
Jumlah kerjaya 235 94 15 8 22 5 272 107
1Merujuk kepada Copa Colombia, Play-off penyingkiran Bundesliga, DFB-Pokal dan DFL-Supercup.
2Merujuk kepada Copa Libertadores, Copa Sudamericana, Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa UEFA.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

América de Cali
Hertha Berlin
Borussia Dortmund

Pautan luar[sunting | sunting sumber]