Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
 Jepun
Shirt badge/Association crest
Gelaran サムライ・ブルー
(Samurai Biru)
Persatuan 日本サッカー協会
(Persatuan Bola Sepak Jepun)
Sub-konfederasi EAFF (Asia Timur)
Konfederasi AFC (Asia)
Ketua jurulatih Akira Nishino
Kapten Makoto Hasebe
Kaps terbanyak Yasuhito Endō (152)
Penjaring terbanyak Kunishige Kamamoto (80)
Kod FIFA JPN
Kedudukan FIFA 61 1 (07 Jun 2018)
Kedudukan tertinggi FIFA 9 (Februari 1998)
Kedudukan terendah FIFA 66 (Disember 1992)
Kedudukan Elo 29 (9 Julai 2014)
Kedudukan tertinggi Elo 8 (Ogos 2001, Mac 2002)
Kedudukan terendah Elo 112 (September 1962)
Warna tuan rumah
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Jepun 0 – 5 Republik China Republik China
(Tokyo; 9 Mei 1917)
Kemenangan terbesar
Jepun Jepun 15 - 0 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo; 27 September 1967)
Kekalahan terbesar
Jepun Japan 2 - 15 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo; 10 Mei 1917)
Piala Dunia
Kemunculan 6 (Kali pertama pada 1998)
Keputusan terbaik Pusingan 2 (2002, 2010, 2018)
Piala Asia
Kemunculan 8 (Kali pertama pada 1988)
Keputusan terbaik Juara (1992, 2000, 2004, 2011)
Copa América
Kemunculan 2 (Kali pertama pada 1999)
Keputusan terbaik Pusingan 1 (1999)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan 4 (Kali pertama pada 1995)
Keputusan terbaik Naib Juara (2001)

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun (サッカー日本代表, Soccer Nippon Daihyō) mewakili Jepun untuk sukan bola sepak dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), badan pentadbir bagi bola sepak di Jepun. Ketua jurulatih mereka ialah Javier Aguirre.

Jepun merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Asia, setelah layak ke lima kejohanan Piala Dunia FIFA terakhir berturut-turut dan layak ke pusingan kedua pada tahun 2002 & 2010. Jepun juga telah memenangi Piala Asia dengan rekod empat kali pada tahun 1992, 2000, 2004 & 2011. Pasukan Jepun juga muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001.

Pasukan Jepun dikenali oleh peminat dan media sebagai Soccer Nippon Daihyō (サッカー日本代表), Nippon Daihyō (日本代表), atau Daihyō (代表) sebagai singkatan ungkapan. Walaupun pasukan Jepun tidak mempunyai gelaran rasmi, pasukan ini sering kali dikenali dengan nama pengurus. Contohnya, dibawah pengurusan Takeshi Okada, pasukan ini dikenali sebagai Okada Jepun (岡田ジャパン, Okada Jepun).[1] Baru-baru ini pasukan Jepun telah digelar sebagai "Samurai Biru", manakala media berita Jepun masih merujuk pasukan dengan nama akhir pengurus, dengan nama "Zaccheroni Jepun" (ザッケローニジャパン, Zakkerōni Jepun), atau "Zac Jepun" (ザックジャパン, Zakku Jepun) sebagai singkatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jepun menentang Brazil di Signal Iduna Park, Dortmund, Jerman semasa Piala Dunia FIFA 2006

Pencapaian besar pertama Jepun di peringkat antarabangsa datang ketika Sukan Olimpik Musim Panas 1968 di Mexico City, dimana mereka menang pingat gangsa. Walaupun keputusan ini membolehkan sukan bola sepak meningkat di Jepun, ketiadaan liga domestik profesional menghalang peningkatan dan Jepun tidak layak ke Piala Dunia FIFA sehingga 30 tahun kemudian. .[2]

Pada tahun 1991, pemilik liga semi-pro Japan Soccer League bersetuju untuk membubarkan liga dan membentuk semula liga profesional Liga J., untuk meningkatkan profil sukan dan mengukuhkan program pasukan kebangsaan. Dengan pelancaran liga baru pada tahun 1993, minat terhadap bola sepak dan pasukan kebangsaan bertambah.

Walau bagaimanapun, dalam percubaan pertama untuk layak dengan menggunakan pemain profesional, Jepun terlepas tiket ke Piala Dunia FIFA 1994 selepas seri dengan Iraq dalam perlawanan akhir pusingan kelayakan, diingati oleh peminat sebagai Kesakitan Doha.

Penampilan pertama Jepun di Piala Dunia FIFA berlaku pada tahun 1998. Dua perlawanan pertama Jepun berakhir dengan kekalahan 1–0 kepada Argentina dan Croatia, walaupun beraksi dengan baik dalam kedua-dua perlawanan. Kempen mereka berakhir dengan kekalahan 2–1 kepada Jamaica.

Empat tahun kemudian, Jepun menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA 2002 dengan Korea Selatan. Selepas seri 2–2 dengan Belgium dalam perlawanan pembukaan, pasukan Jepun layak ke pusingan kedua selepas kemenangan 1–0 ke atas Rusia dan 2–0 ke atas Tunisia. Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya terkeluar daripada kejohanan itu ketik Pusingan 16 terakhir, selepas tewas 1-0 kepada pemenang tempat ketiga, Turki.

Pada 8 Jun 2005, Jepun layak ke Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman, Piala Dunia ketiga berturut-turut mereka, dengan menewaskn Korea Utara 2–0 di tempat berkecuali. Walau bagaimanapun, Jepun gagal layak ke Pusingn 16 terakhir, tewas kepada Australia 1–3, seri dengan Croatia 0–0 dan tewas kepada Brazil 1–4.

Jepun memperoleh banyak kejayaan dalam Piala Asia, membawa pulang trofi pemenang dalam empat daripada enam kejohanan terakhir, di 1992, 2000, 2004 dan 2011. Pesaing benua utama mereka ialah Korea Selatan, diikuti oleh Arab Saudi dan yang terbaru Australia.

Jepun merupakan satu-satunya pasukan daripada luar Amerika untuk mengambil bahagian dalam Copa América, setelah dijemput pada tahun 1999 dan 2011.[3]

Ketika pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010, dalam pusingan keempat kelayakan Asia, Jepun menjadi pasukan pertama selain daripada tuan rumah Afrika Selatan untuk layak selepas menewaskan Uzbekistan 1–0 di tempat lawan. Jepun diletakkan dalam kumpulan E bersama Belanda, Denmark and Cameroon.[4] Jepun menang perlawanan pembukaan mereka semasa Piala Dunia FIFA 2010 mengalahkan Cameroon 1–0 tetapi tews kepada Belanda 0–1 sebelum menewaskan Denmark 3–1 untuk layak ke pusingan seterusnya menentang Paraguay. Dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati, Jepun tersingkir daripada pertandingan susulan penalti selepas seri 0–0 dengan Paraguay.

Selepas Piala Dunia, ketua jurulatih Takeshi Okada meletak jawatan. Beliau diganti oleh beks jurulatih Juventus dan AC Milan, Alberto Zaccheroni. Dalam beberapa perlawanan pertamanya, Jepun merekodkan kemenangan ke atas Guatemala (2–1) dan Paraguay (1–0), termasuk keputusan terbaik mereka – kemenangan 1–0 ke atas Argentina.

Pada permulaan tahun 2011, Jepun telah mengambil bahagian dalam Piala Asia 2011 di Qatar. Pada 29 Januari, mereka mengalahkan Australia 1–0 dalam perlawanan akhir selepas masa tambahan, memenangi Piala Asia keempat mereka dan layak ke Piala Konfederasi FIFA.[5]

Jepun kemudiannya memulakan kempen mereka untuk layak ke Piala Dunia 2014 Brazil dengan beberapa siri kelayakan. Mereka hany mengalami dua kekalahan kepada Uzbekistan dan Jordan, dan seri dengan Australia. Selepas itu pada 12 Oktober, Jepun mencatat kemengan bersejarah 1-0 ke ats Perancis, pasukan yang mereka tidak pernah kalahkan sebelum ini. Selepas seri 1-1 dengan Australia mereka layak ke Piala Dunia FIFA 2014, menjadi pasukan pertama selain tuan rumah Brazil untuk layak.

Jepun memulakan kempen Piala Konfederasi FIFA 2013 mereka dengan kekalahan 3–0 kepada Brazil. Mereka disingkirkan daripada pertandingan selepas kalah kepada Itali 3–4 tetapi mendapat pujian kerana gaya permainan mereka dalam perlawanan. Mereka kalah perlawanan terakhir mereka 1-2 kepada Mexico dan menduduki tempat ke-4 dalam kumpulan A Piala Konfederasi FIFA 2013. Sebulan kemudian, dalam Piala Asia Timur EAFF, mereka bermula dengan seri 3-3 dengan China. Mereka kemudiannya mengalahkan Australia 3-2 dan mengalahkan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan ketiga dan akhir Piala Asia Timur EAFF 2013 untuk memenangi kejohanan itu.

Mereka diletakkan dalam kumpulan bersama Ivory Coast, Greece dan Colombia ketika Piala Dunia FIFA 2014. Mereka kalah perlawanan pertama mereka kepada Ivory Coast 2-1 walaupun mendahului perlawanan, bolos du gol dalam jarak dua minit. Mereka seri dengan Greece 0-0 dalam perlawanan kedua mereka. Untuk layak ke pusingan kedua mereka perlu menang ke atas Colombia dan Greece perlu mengalahkan Ivory Coast. Greece mengalahkan Ivory Coast 2-1 tetapi Jepun gagal beraksi cemerlang menentang Colombia dan kalah 4-1, menyingkirkan mereka dari Piala Dunia. Alberto Zaccheroni meletak jawatan sebagai ketua jurulatih selepas Piala Dunia. Pada bulan Julai 2014, bekas jurulatih Mexico dan pengurus Espanyol, Javier Aguirre mengambil alih dan Jepun kalah 0-2 kepada Uruguay dalam perlawanan pertamanya.

Imej pasukan[sunting | sunting sumber]

Laungan penyokong[sunting | sunting sumber]

Penyokong pasukan kebangsaan Jepun dikenali kerana melaungkan "Nippon Ole" (Nippon ialah istilah orang Jepun untuk Jepun) di tempat sendiri.[6]

Kit dan warna[sunting | sunting sumber]

Kit semasa Jepun disediakan oleh syarikat Jerman, Adidas, penaja rasmi pakaian pasukan sejak tahun 1986.

Kit semasa tuan rumah terdiri daripada jersi biru dengan lambang dan bendera Jepun di dada, seluar pendek biru dengan tompok merah jambu cerah di tepi dan sarung kaki berwarna merah jambu di atas. Kit tempat lawan adalah berwarna neon kuning, dengan aksen biru tentera laut dan oren. Pada tahun 2011, Jepun menukar warna nombor daripada putih kepada emas untuk sementara waktu.

Sebelum Adidas, Asics dan Puma telah menjadi penaja rasmi pakaian pasukan. Reka bentuk kit pasukan telah melalui beberapa perubahan pada masa lalu. Semasa awal tahun 80an, kit pasukan berwarna putih dengan trim biru. Semasa Jepun dilatih oleh Kenzo Yokoyama (1988–1991) kit berwarna merah dan putih, menyamai warna bendera negara Jepun. Kit yang dipakai untuk Piala Asia 1992 terdiri daripada jalur putih (diolah untuk membentuk sayap) dengan berlian merah. Semasa penampilan pertama Jepun di Piala Duni pada tahun 1998, kit pasukan kebangsaan merupakan jersi biru dengan dengan reka bentuk api merah dan putih di lengan. Kit telah direka oleh JFA (dengan penaja berselang-seli setiap tahun antara Asics, Puma dan Adidas).

Jepun menggunkan warna biru dan merah dan bukannya merah dan putih kerana kepercayaan karut. Ketika pertandingan antarabangsa besar pertama, Sukan Olimpik Musim Panas 1936, Jepun menggunakan kit biru ketika perlawanan menentang Sweden dan Jepun menang perlawanan itu dengan keputusan 3–2.[7]

Tuan rumah
1917
1950-1975
1975-1979
1979-1980
1980-1983
1983-1986
1986-1987
1988–91
1991-1992
1992–96
1996–98
1999–2000
2001
2002–03
2004–05
2006–07
2008–09
2010–11
2012–13
2014–15
2015–17
Tempat lawan
1980-1981
1984-1985
1985
1999–2000
2001
2002–03
2004–05
2006–07
2008–09
2010–11
2012–13
2014–15

Tajaan[sunting | sunting sumber]

Jepun merupakan salah satu pasukan dengan pendapatan penajaan yang paling tinggi untuk skuad kebangsaan. Pada tahun 2006, pendapatan penajaan mereka berjumlah lebih £ 16.5 juta.

Penaja utama termasuklah Adidas, Kirin, Saison Card International, FamilyMart, JAL, Mitsui Sumitomo Insurance, Sony, Asahi Shinbun, Konami, Mizuho Financial dan Audi.[8]

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot pasukan ialah "Karappe" (カラッペ) dan "Karara" (カララ), dua Yatagarasu memakai seragam pasukan kebangsaan Jepun. Maskot ini telah direka oleh artis manga Jepun, Susumu Matsushita. Setiap tahun apabila kit baru dilancarkan, maskot ini menukar seragam.

Rekod Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia FIFA[sunting | sunting sumber]

Rekod Piala Dunia
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
Uruguay 1930 Tidak menyertai
Itali 1934
Perancis 1938 Menarik diri
Brazil 1950
Switzerland 1954 Tidak layak
Sweden 1958 Tidak menyertai
Chile 1962 Tidak layak
England 1966 Tidak menyertai
Mexico 1970 Tidak layak
Jerman Barat 1974
Argentina 1978
Sepanyol 1982
Mexico 1986
Itali 1990
Amerika Syarikat 1994
Perancis 1998 Pusingan 1 31/32 3 0 0 3 1 4
Korea SelatanJepun 2002 Pusingan 2 9/32 4 2 1 1 5 3
Jerman 2006 Pusingan 1 28/32 3 0 1 2 2 7
Afrika Selatan 2010 Pusingan 2 9/32 4 2 1 1 4 2
Brazil 2014 Pusingan 1 29/32 3 0 1 2 2 6
Rusia 2018 Pusingan 2 15/32 4 1 1 2 6 7
Qatar 2022 Akan Ditentukan
Jumlah Terbaik: Pusingan 2 6/21 21 5 5 11 20 29

Piala Konfederasi FIFA[sunting | sunting sumber]

Rekod Piala Konfederasi FIFA
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
Arab Saudi 1992 Tidak layak
Arab Saudi 1995 Pusingan 1 6/6 2 0 0 2 1 8
Arab Saudi 1997 Tidak layak
Mexico 1999
Korea SelatanJepun 2001 Naib Juara 2/8 5 3 1 1 6 1
Perancis 2003 Pusingan 1 6/8 3 1 0 2 4 3
Jerman 2005 5/8 3 1 1 1 4 4
Afrika Selatan 2009 Tidak layak
Brazil 2013 Pusingan 1 6/8 3 0 0 3 4 9
Rusia 2017 Tidak layak
Qatar 2021 Akan Ditentukan
Jumlah Terbaik: Naib Juara 4/8 16 5 2 9 18 25

Piala Asia[sunting | sunting sumber]

Rekod Piala Asia
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
Hong Kong 1956 Tidak menyertai
Korea Selatan 1960
Israel 1964
Iran 1968 Tidak layak
Thailand 1972 Tidak menyertai
Iran 1976 Tidak layak
Kuwait 1980 Tidak menyertai
Singapura 1984
Qatar 1988 Pusingan 1 10/10 4 0 1 3 0 6
Jepun 1992 Juara 1/8 5 3 2 0 6 3
Emiriah Arab Bersatu 1996 Suku Akhir 7/12 4 3 0 1 7 3
Lubnan 2000 Juara 1/12 6 5 1 0 21 6
Republik Rakyat China 2004 1/16 6 4 2 0 13 6
IndonesiaMalaysia
ThailandVietnam 2007
Tempat Keempat 4/16 6 2 3 1 11 7
Qatar 2011 Juara 1/16 6 4 2 0 14 6
Australia 2015 Suku Akhir 5/16 4 3 1 0 8 1
Emiriah Arab Bersatu 2019 Layak
Jumlah Terbaik: Juara 8/16 41 24 12 5 80 38

Sukan Olimpik[sunting | sunting sumber]

Rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
Perancis 1900 Tidak layak
Amerika Syarikat 1904
United Kingdom 1908
Sweden 1912
Belgium 1920
Perancis 1924
Belanda 1928
Jerman 1936 Suku Akhir 8/16 2 1 0 1 3 10
United Kingdom 1948 Digantung
Finland 1952 Tidak menyertai
Australia 1956 Pusingan 1 10/11 1 0 0 1 0 2
Itali 1960 Tidak layak
Jepun 1964 Suku Akhir 8/14 3 1 0 2 5 9
Mexico 1968 Tempat Ketiga 3/16 6 3 2 1 9 8
Jerman 1972 Tidak layak
Kanada 1976
Kesatuan Soviet 1980
Amerika Syarikat 1984
Korea Selatan 1988
Jumlah Terbaik: Tempat Ketiga 8/24 25 10 3 12 34 49

Copa América[sunting | sunting sumber]

Jepun adalah satu-satunya pasukan dari luar Amerika mengambil bahagian dalam Copa América, yang telah dijemput dalam kedua-dua kejohanan pada 1999 dan 2011.[3] Walau bagaimanapun, Jepun menolak jemputan mereka pada 16 Mei 2011 selepas acara berkaitan dengan kesukaran untuk melepaskan beberapa pemain Jepun dari pasukan Eropah untuk bermain sebagai pengganti. Pada 17 Mei, 2011, CONMEBOL menjemput Costa Rica untuk menggantikan Jepun pada pertandingan itu, Persekutuan Bola Sepak Costa Rica menerima jemputan mereka pada hari yang sama.

Rekod CONMEBOL Copa América
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
Paraguay 1999 Pusingan 1 10 3 0 1 2 3 8
Argentina 2011 Menarik diri
Chile 2015
Brazil 2019 Dijemput
Jumlah Terbaik: Pusingan 1 2/44 3 0 1 2 3 8


Piala Asia Timur EAFF[sunting | sunting sumber]

Rekod Piala Asia Timur EAFF
Tahun Pusingan BP M S* K JG GB
Jepun 2003 Naib Juara 3 2 1 0 4 1
Korea Selatan 2005 Naib Juara 3 1 1 1 3 3
Republik Rakyat China 2008 Naib Juara 3 1 2 0 3 2
Jepun 2010 Tempat Ketiga 3 1 1 1 4 3
Korea Selatan 2013 Juara 3 2 1 0 8 6
Republik Rakyat China 2015 Tempat Keempat 3 0 2 1 3 4
Jepun 2017 Naib Juara 3 2 0 1 4 5
Jumlah Terbaik: Juara 24 9 10 5 32 26
*Dianggap seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Skuad Piala Dunia FIFA 2018

Skuad awal 27 pemain telah diumumkan pada 18 Mei 2018.[9] Skuad akhir telah diumumkan pada 31 Mei.[10]

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Eiji Kawashima 20 Mac 1983 (berusia 35) 84 0 Perancis Metz
2 DF Naomichi Ueda 24 Oktober 1994 (berusia 23) 3 0 Jepun Kashima Antlers
3 DF Gen Shoji 11 Disember 1992 (berusia 25) 10 1 Jepun Kashima Antlers
4 MF Keisuke Honda 13 Jun 1986 (berusia 32) 95 36 Mexico Pachuca
5 DF Yuto Nagatomo 12 September 1986 (berusia 31) 105 3 Turki Galatasaray
6 DF Wataru Endo 9 Februari 1993 (berusia 25) 11 0 Jepun Urawa Red Diamonds
7 MF Gaku Shibasaki 28 Mei 1992 (berusia 26) 17 3 Sepanyol Getafe
8 MF Genki Haraguchi 9 Mei 1991 (berusia 27) 32 6 Jerman Fortuna Düsseldorf
9 FW Shinji Okazaki 16 April 1986 (berusia 32) 112 50 England Leicester City
10 MF Shinji Kagawa 17 Mac 1989 (berusia 29) 91 29 Jerman Borussia Dortmund
11 MF Takashi Usami 6 Mei 1992 (berusia 26) 23 3 Jerman Fortuna Düsseldorf
12 GK Masaaki Higashiguchi 12 Mei 1986 (berusia 32) 4 0 Jepun Gamba Osaka
13 FW Yoshinori Mutō 15 Julai 1992 (berusia 25) 23 2 Jerman Mainz 05
14 MF Takashi Inui 2 Jun 1988 (berusia 30) 26 2 Sepanyol Eibar
15 FW Yuya Osako 18 Mei 1990 (berusia 28) 28 7 Jerman 1. FC Köln
16 MF Hotaru Yamaguchi 6 Oktober 1990 (berusia 27) 41 2 Jepun Cerezo Osaka
17 MF Makoto Hasebe (Kapten) 18 Januari 1984 (berusia 34) 110 2 Jerman Eintracht Frankfurt
18 MF Ryota Oshima 23 Januari 1993 (berusia 25) 5 0 Jepun Kawasaki Frontale
19 DF Hiroki Sakai 12 April 1990 (berusia 28) 42 0 Perancis Marseille
20 DF Tomoaki Makino 11 Mei 1987 (berusia 31) 32 4 Jepun Urawa Red Diamonds
21 DF Gōtoku Sakai 14 Mac 1991 (berusia 27) 40 0 Jerman Hamburger SV
22 DF Maya Yoshida 24 Ogos 1988 (berusia 29) 82 10 England Southampton
23 GK Kosuke Nakamura 27 Februari 1995 (berusia 23) 3 0 Jepun Kashiwa Reysol

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nama samaran dilakukan dengan mengambil nama akhir penyandang ketua jurulatih diikuti dengan "Jepun". Pasukan lalu telah dirujuk sebagai, "Osim Jepun" (オシムジャパン, Oshimu Jepun), "Zico Jepun" (ジーコジャパン, Jīko Jepun), "Troussier Jepun" (トルシエジャパン, Torushie Jepun)
  2. ^ Matsushima, Ken. "History of the J. League". Rising Sun News. Diarkibkan daripada asal pada 2006-05-12. Dicapai 2006-07-07. 
  3. ^ a b Japan Invited To Copa America 2011 Along With Mexico Goal.com 2 Jun 2009
  4. ^ Hongo, Jun, "SOCCER IN JAPAN: Japan team has foot in World Cup door but can it kick?", Japan Times, February 9, 2010, p. 3.
  5. ^ "Australia 0–1 Japan (AET". Daily Telegraph. 2011-01-29. Dicapai 2011-02-02. 
  6. ^ Chant of JAPAN National Team "NIPPON Ole" YT
  7. ^ "Why does Japan wear blue soccer uniforms?". The Wichita Eagle. 
  8. ^ "Audi Japan signs with JFA". Japan Football Association. 25 May 2011. Dicapai 6 June 2011. 
  9. ^ "SAMURAI BLUE (Japan National Team) Squad, Schedule – KIRIN CHALLENGE CUP 2018 vs Ghana (5/30@Kanagawa/Nissan Stadium)". Japan Football Association. 18 May 2018. Dicapai 31 May 2018. 
  10. ^ "Football – Nishino opts for experienced Japan squad for World Cup" (dalam bahasa English). Reuters. 31 May 2018. Dicapai 31 May 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]