Aerogel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekuntum bunga di atas kepingan aerogel yang dipanaskan penunu Bunsen. Sifat penebat haba aerogel yang baik melindungi bunga daripada dijilat api langsung.

Aerogel ialah sejenis bahan ultraringan berliang sintetik terbitan gel di mana komponen cecair gel tersebut digantikan dengan gas[1] lalu menghasilkan suatu pepejal berketumpatan sangat rendah[2] dan rendah daya pengaliran termanya. Ia tampak kelihatan lutcahaya kerana isinya yang menyerakkan cahaya.

Bahan ini dihasilkan dengan mengekstrakkan cecair pelbagai sebatian kimia[3] secara perlahan-lahan melalui kaedah pengeringan lampau genting (supercritical drying) yang membolehkan cecair menyejat dengan perlahannya tanpa meruntuhkan matriks pepejal gel yang sering berlaku akibat tindakan rerambut hasil kaedah penyejatan yang biasa.

Nama "aerogel" dengan sendirinya tidaklah merupakan suatu bahan tunggal dengan formula kimia tetapi lebih merujuk kepada kelompok mana-mana bahan yang mempunyai struktur geometri yang sama.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Definitions of terms relating to the structure and processing of sols, gels, networks, and inorganic-organic hybrid materials (IUPAC Recommendations 2007)". Pure and Applied Chemistry. 79 (10): 1801–1829. 2007. doi:10.1351/goldbook.A00173. ISBN 0-9678550-9-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2012. 
  2. ^ "Guinness Records Names JPL's Aerogel World's Lightest Solid". NASA. Jet Propulsion Laboratory. 7 Mei 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2009. Dicapai 25 Mei 2009. 
  3. ^ Aegerter, M.A.; Leventis, N.; Koebel, M. M. (2011). Aerogels Handbook. Springer publishing. ISBN 978-1-4419-7477-8. 
  4. ^ Pekala, R. W. (1989). "Organic aerogels from the polycondensation of resorcinol with formaldehyde". Journal of Materials Science. 24 (9): 3221–3227. Bibcode:1989JMatS..24.3221P. doi:10.1007/BF01139044.