Air liat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Air liat ialah sejenis air dengan kandungan mineral tinggi, bertentangan dengan air lembut. Air liat terbentuk apabila air mengalami penurasan melalui batu kapur dan gipsum yang memiliki kadungan karbonat, bikarbonat dan sulfat kalsium dan magnesium.

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Keliatan air adalah bergantung dengan kepekatan kation multivalen. Kation-kation ini merupakan ion kompleks logam bercas positif dengan cas lebih besar daripada +1, selalunya +2. Contoh kation-kation umum termasuklah Ca2+ dan Mg2+. Air hujan dan air suling pula dikira sebagai air lembut kerana mempunyai kepekatan ion rendah.[1]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Dalam air liat, larutan sabun menghasilkan suatu mendakan putih, yakni kekat dan bukannya buih kerana ion-ion +2 akan mengganggu ciri-ciri surfaktan sabun. Contoh yang boleh diberikan ialah kalsium stearat yang terbentuk daripada natrium stearat, komponen utama sabun.

2 C17H35COO− (aq) + Ca2+ (aq) → (C17H35COO)2Ca (s)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hermann Weingärtner, "Water" dalam Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, Disember 2006, Wiley–VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a28_001