Pergi ke kandungan

Aishiteru (sinetron)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aishiteru
GenrePop, R&B, Dance
FormatSinetron
Ditulis olehAviv Elham
PengarahAnupam Sinha
Anto Agam
Dibintangi oleh
Chicco Jerikho
Mikha Tambayong
Randy Pangalila
Christ Laurent
Estelle Linden
Meriam Bellina
Krisna Murti Wibowo
Lagu temaBaby Babe, Mikha Tambayong
Lagu pembukaanBaby Babe, Mikha Tambayong
Lagu penutupBaby Babe, Mikha Tambayong
Negara asal Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan episod37 Episode
Penerbitan
Penerbit eksekutifDhamoo Punjabi
PenerbitManoj Punjabi
LokasiJakarta
Pemasangan kamera
Turpin Sihombing
Tempoh siaran1 Jam
Syarikat penerbitan
MD Entertainment
Syarikat pengedaran
MD Entertainment
Penyiaran
Saluran asalMNCTV Di Malaysia : Astro Ria
Format gambar480i Standard Definition Television (SDTV)
Format audioStereo
Dolby Digital 5.1
Siaran asal27 September 201121 November 2011
Kronologi
Diikuti olehSenggol Senggol Asmara

Aishiteru ialah sinetron muzikal kedua selepas Nada Cinta produksi MD Entertainment yang mula ditayangkan pada 27 September 2011, dan tamat pada 22 November 2011. Ia dibintangi oleh Chicco Jerikho, Mikha Tambayong, dan pelakon lainnya serta diiringi dengan lagu yang berjudul Baby Babe oleh Mikha Tambayong sebagai lagu tema.

Sinetron ini ditayangkan Malaysia pada 30 Mei 2013 di Astro Ria (Malaysia) dan tamat pada 19 Julai 2013.

Tasha (Mikha Tambayong), 17 tahun, adalah gadis cantik yang periang dan hobi menyanyi. Beliau pintar menyembunyikan penderitaannya dengan menganggap hidup ini selalu indah. Tasha tinggal bersama Mahendra (Krisna Murti Wibowo), ayahnya dan Maya (Meriam Bellina), isteri kedua ayahnya. Maya selalu menolak dipanggil “ibu” oleh Tasha. Selain itu, ada juga Maudy (Estelle Linden), adik Maya yang sebaya umur dengan Tasha. Keberadaan Maya dan Maudy sering membuat Tasha menderita. Tasha selalu membantu di kafe milik ayahnya yang diurus Maya. Sementara Maudy sibuk bergembira dengan kawan-kawannya. Maya selalu memperalat Maudy untuk membuat Tasha menderita. Demikianpun, Tasha tidak pernah mengeluh dan menyesali takdirnya.

Tasya mempunyai seorang sahabat bernama Fajar (Chris Laurent). Hanya kepada Fajar, Tasha boleh meluahkan rasa kesedihannya. Diam-diam Fajar menyukai Tasha namun tidak berani mengungkapkan perasaannya. Kerana Fajar tidak ingin persahabatan yang sudah dibangun selama ini menjadi hancur. Setiap Tasha bersedih, Fajar selalu memberi harapan bahawa ada pelangi yang akan datang menghampiri, menjadikan hidupnya berwarna.

Tristan (Chicco Jerikho) pemuda yang baru saja pulang dari luar negara dan mengurus hotel ayahnya. Salah satu strategi Tristan untuk menjadikan hotelnya maju dan berkembang adalah mengganti penyanyi di hotelnya dengan penyanyi yang baru. Lalu ia mendapatkan maklumat tentang Tasha yang berbakat menyanyi. Tristan kemudian menawarkan Tasha untuk menjadi penyanyi di hotelnya, tapi ditolak oleh Tasha. Tristan menyesal. Namun sesuatu peristiwa menjadikan Tasha akhirnya menerima tawaran Tristan. Tasha kini menjadi penyanyi hotel. Dari sinilah pengawalan bermulanya kejayaan Tasha. Maya dan Maudy marah dan dengki melihat Tasha yang kini menjadi orang yang berjaya. Dengan segala kelicikan dan kejahatannya, Maya dan Maudy mencuba memfitnah supaya Tasha disingkirkan dari pekerjaan itu. Mereka memanfaatkan Fajar untuk turut serta menghancurkannya.

Apakah kejahatan dan kelicikan Maya dan Maudy akan berjaya menghancurkan Tasha? Atau sebaliknya Tasha akan hidup senang bersama pujaan hatinya?