Pergi ke kandungan

Aksara suku kata Kpelle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kpelle
Jenis
syllabary
BahasaBahasa Kpelle
Tempoh masa
1935–?
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Kpel, 436

Aksara suku kata Kpelle ialah aksara yang dicipta pada tahun 1935 oleh Pemimpin Suku Gbili dari Sanoyie, Liberia. Aksara ini dicipta untuk menulis bahasa Kpelle yang merupakan sebahagian dari rumpun bahasa Mande dan dituturkan oleh sekitar 490.000 orang di Liberia dan sekitar 300.000 orang di Guinea pada masa itu.[1]

Aksara suku kata ini terdiri dari 88 grafem dan ditulis dalam baris-baris ufuk dari kiri ke kanan. Banyak glif dalam aksara ini yang memiliki lebih dari satu bentuk.

Aksara ini pernah digunakan oleh penutur bahasa Kpelle di Liberia dan Guinea pada dekad 1930-an dan awal dekad 1940-an, namun tidak pernah menjadi aksara yang popular.[1] Aksara ini kini dianggap sebagai aksara yang gagal,[2] dan bahasa Kpelle saat ini ditulis dengan menggunakan abjad Latin.

  1. ^ a b "Kpelle syllabary". Omniglot.com. Dicapai pada 31 Januari 2021.
  2. ^ Unseth, Peter. 2011. Invention of Scripts in West Africa for Ethnic Revitalization. In The Success-Failure Continuum in Language and Ethnic Identity Efforts, ed. by Joshua A. Fishman and Ofelia García, hlm. 23-32. New York: Oxford University Press.

iran scripts