Alberto Paloschi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alberto Paloschi
Maklumat peribadi
Tarikh lahir 4 Januari 1990 (24 tahun)
Tempat lahir Chiari, Itali
Tinggi 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini A.C. Milan
Nombor 43
Kerjaya remaja
A.C. Milan
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2007- A.C. Milan 7 (2)
Pasukan kebangsaan
2006-2007
2007-
Italy U-17
Italy U-19
9 (4)
9 (4)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 30 Mac 2008.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 20 Julai 2008

Alberto Paloschi (lahir 4 Januari, 1990 di Chiari, Wilayah Brescia) merupakan penyerang Itali yang sedang bermain untuk kelab Serie A, A.C. Milan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Paloschi membuat kemunculan profesional pertamanya pada 20 Disember, 2007, dan menjaringkan gol dalam perlawanan pertama pusingan ke-4 Coppa Italia menentang Catania, dan sekali lagi menjaringkan gol kedua dalam perlawanan kedua pada 16 Januari, 2008.

Beliau membuat kemunculan Serie A pertamanya pada 10 Februari menentang A.C. Siena sebagai pemain gantian untuk Serginho, dan menjaringkan gol tunggal perlawanan dengan sentuhan pertamanya 18 saat selepas masuk.[1] Beliau bermain dalam kesebelasan utama pada perlawanan Serie A seterusnya pada 13 Februari menentang A.S. Livorno Calcio.

Pada 19 Februari beliau menjaringkan gol tunggal Milan dalam kekalahan 2-1 kepada Sampdoria, di San Siro.

Selepas kehadiran Ronaldinho ke Milan, Paloschi telah menyatakan bahawa, disebabkan peluangnya untuk berada dalam kesebelasan utama semakin tipis, beliau akan mempertimbangkan kemungkinan untuk berpindah dari San Siro.[2]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Paloschi menjaringkan penalti lewat (minit ke-90) dalam perlawanan Itali menentang Greece yang berakhir dengan seri 1-1 pada 14 Julai, dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-19 UEFA 2008.

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga
Domestik
Piala
Domestik
Kejohanan
Eropah
Jumlah
Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol
A.C. Milan 08-2007 7 2 2 2 - - 9 4
Keseluruhan Kerjaya 7 2 2 2 - - 9 4

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "THE RIGHT SPIRIT", A.C. Milan (English), 2008-02-10. Dicapai pada 2008-02-10. 
  2. http://tribalfootball.com/article.php?id=102793

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.