Algiers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Algiers
الجزائر
Alger
Kawasan pelabuhan Algiers
Kawasan pelabuhan Algiers
Mohor  bagi Algiers
Mohor
Nama samaran: Algiers si Putih
Lokasi Algiers di Algeria
Lokasi Algiers di Algeria
Koordinat: 36°42′U 3°13′T / 36.7°U 3.217°T / 36.7; 3.217
Negara Algeria
Wilaya Wilayah Algiers
Diasaskan semula 944
Kerajaan
 - Wali (Gabenor) Mohamed Kebir Addou
Kawasan
 - Bandar Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "" tidak dikenali batu persegi (273 [1] km²)
Kepadatan (2005)
 - Bandar 1,519,570
 - Kaw. perbandaran 2,029,936
 - Metro 3,518,083
Zon masa CET (UTC+1)
Poskod 16000-16132

Algiers (Bahasa Arab: الجزائر‎, Al Jaza'ir IPA: [ɛlʤɛˈzɛːʔir], Bahasa Perancis: Alger [ɑlʒe]) ialah ibu negara Algeria. Bandar terbesar di Algeria ini merupakan bandar kedua terbesar di Afrika Utara selepas Casablanca di Maghribi. Penduduknya berjumlah 3,518,083 dan wilayah Algiers seramai 5,723,749 (2006).

Bandar Algiers terletak di barat Laut Mediterranean. Dalam bahasa Arab disebut al Jaza'ir, yang bermaksud pulau-pulau iaitu empat buah pulau yang menjadi sebahagian tanah daratan pada 1525. Peta dunia lama yang dilukis oleh al-Idrisi dan Yaqut al-Hamawi telah mencatat akan kewujudan bandar Algiers. Bandar Algiers dibina di kawasan rata di tepi pantai menghadap mulut Laut Mediterranean. Di belakangnya ada bukit curam membentuk seperti kubu-kubu setinggi 122 meter. Casbah pula membentuk pangkalan tiga segi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Zasman Phoenicia, kota perdagangannnya dipanggil Ikosim. Kemudian dibangunkan sebagai bandar Roman yang dipanggil Icosium, iaitu sebuah bandar marin. Terdapat perkuburan zaman Roman di Bab-el-Oued dan Bab Azoun. Bberapa gereja (uskup) zaman kuno juga terdapat di sini.

Bandar raya sekarang ditubuhkan pada tahun 944 Masihi oleh Buluggin ibn Ziri,pengasas Dinasti Berber Zirid-Senhaja. Kemudian disingkirkan oleh Toger II dari Sicily pada 1148. Zirids menguasai Almohades dan kemudian dikuasai oleh Sultan Abd-el-Wadid dari Tlemcen.

Secara am, bahagian yang dikuasai oleh Kesultanan Tlemcen, mengamalkan sistem amir. Pelabuhan Oran dikuasai oleh Abd-el-Wahid. Pulau kecil di hadapan pelabuhan dikenali sebagai Penon, pernah diduduki rakyat Sepanyol seawal 1302. Pulau ini menjadi titik perdagangan antara Algiers dengan Sepanyol.

Perang Algeria[sunting | sunting sumber]

Algiers terlibat dalam Perang Algeria antara tahun 1954-1962 bagi menuntut kemerdekaan dari penjajah Sepanyol. Tentera payung terjun Divisyen 10 dari Perancis telah sampai pada 7 Januari 1957 untuk menentang perjuangan kebebasan Algeria. François Mitterrand selaku Menteri Keadilan Perancis mengarahkan semua penentang dihapuskan. Ketika itu terdapat 884,000 penduduk terlibat dalam perjuangan anti Perancis. Pemimpin nasionalis bernama Larbi Ben M'Hidi. Manifestasi 13 Mei 1958 membayangkan krisis dan kejatuhan Republik ke-4 Perancis.

Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Rakyat Algeria menyambut kemerdekaan pada 5 Julai 1962. Di bawah pentadbiran tentera, Algeria menjadi ahli Pergerakan Negara Berkuali (NAM) semasa Perang Dingin. Pada Oktober 1988, selepas jatuhnya Tembok Berlin, rakyat Algeria turut mengadakan demonstrasi bagi menukar sistem satu parti kepada berbilang parti. Lebih 300 orang terbunuh semasa demonstrasi itu. Pada 1989 perlembagaan baru diperkenalkan . Kemudian muncul lebih 50 buah parti politik dan kebebasan media cetak berlaku.

Krisis 1990[sunting | sunting sumber]

Bandar Algier berlaku banyak demonstrasi dengan pelbagai kecewnderungan. Pada 1991 parti FIS , sebuah parti politik bercorak agama konservatif berjaya menarik perhatian ramai rakyat Algeria dan FIS telah menang dalam pilihan raya Algeria 1992. Tetapi tentera yang didokong oleh Barat, tidak mahu parti Islam menang sebagaimana di Iran (1989). Lantas kemenangan FIS secara demokrasi dinafikan, dibubar dan berlakukan pertempuran darah di merata tempat di Algeria.Dari 1992 hingga 1999 berlaku pelbagai jenayah dan pembunuhan.

Daerah pentadbiran[sunting | sunting sumber]

  • Casbah
  • Bab El-Wadi
  • Edge of sea
  • Kauba
  • El Harrach
  • Hydra, Ben Aknoun, El-Biar dan Bouzareah
  • Lorong Didouche Mourade , Rue Michelet

Monumen[sunting | sunting sumber]

Terdapat bangunan dan monumen yang menarik untuk dilawati:

  • Notre Dame d'Afrique. Terdapat kereta kabel untuk meninjau panorama Algier dari udara.
  • Makam Pejuang - Monumen ini dibuka pada 1982 ketika menyambut kemerdekaan Algeria. Semua pejuang kemerdekaan Algeria dikebumikan di sini. Ia berbentuk menara tiga segi seperti pokok kelapa yang melambangkan patung tentera.
  • Istana Emir Abdelkader untuk mengingati emir Abd El-Kader semasa memerintah Algeria.
  • Pejabat pos besar yang dibina tahun 1910 oleh Voinot dan Tondire. Bangunan ini mengambil senibina neo-Moorish.
  • Taman El-Hamma terletak di Algiers. Seluas 80 hektar. Dibina pada 1832 oleh A. Hardy. Terdapat pelbagai tumbuhan menarik dan eksotik.
  • Villa Abd-elHair. Terdapat di puncak Taman El-Hamma. Menjadi rumah kediaman sehingga 1962. Villa ini pernah memenangi hadiah dari Putera Abd-el-Hair.
  • Kubu kota (citadel).
  • Riard El-Feth - sebuah galeri seni dan kompleks beli-belah.
  • Masjid Algiers. Asalnya gereja Saint-Philippe semasa zaman penjajahan. Kemudian dijadikan masjid apabila penduduknya beragama Islam.
  • Perpustakaan Negara terletak di El Hamma. Dekorasi mengambil ciri-ciri moden.

Rujukan[sunting | sunting sumber]