Pergi ke kandungan

Alocasia odora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alocasia odora
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. odora
Nama binomial
Alocasia odora
Sinonim[1]
  • Caladium odorum Ker Gawl.
  • Arum odorum (Ker Gawl.) Roxb.
  • Colocasia odora (Ker Gawl.) Brongn.
  • Arum odoratum Heynh.
  • Alocasia commutata Schott
  • Caladium odoratissimum K.Koch
  • Alocasia tonkinensis Engl.

Alocasia odora atau birah tegak gergasi (giant upright elephant ear; turut disebut Asian taro dan night-scented lily) adalah tumbuhan berbunga tempatan di timur dan tenggara Asia (Jepun, Indochina, Assam, Bangladesh, Borneo, Taiwan).[1] Nama tempatannya di Manipur adalah hoomu. Alocasia odora (dipanggil ray) dapat dipakai selaku ubatan untuk rawatan selesema di Vietnam.[2]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini tidak boleh dimakan ketika mentah lantaran rafid berbentuk jarum (kristal kalsium oksalat) dalam selnya.[3] Di Jepun, terdapat beberapa kejadian keracunan makanan atas pengambilan tanpa sengaja. Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan mengingatkan untuk tidak memakan A. odora (kuwazuimo), yang tampak menyamai Colocasia gigantea (hasuimo) dan Colocasia esculenta (satoimo) yang boleh dimakan.[4]

Tumbuhan ini tumbuh sekitar 0.5-1.6 m tinggi, dengan rimpang sekitar 4-10 m tinggi dan 3-5 cm lebar. Daunnya besar dan berbentuk bilah, bujur telur (ovate), hijau cerah dengan dasar jejantung (cordate). Tangkai daunnya 0.3-1.0 m panjang, dengan keratan membawah mendakap sekeliling batang.[5] Tumbuhan ini adalah ahli genus Alocasia dan oleh itu berkait dengan talas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kew World Checklist of Selected Plant Families
  2. ^ MATSUDA M and NAWATA E (2002) "Taro in Northern Vietnam : Its Uses, Cultivation, and Genetic Variation" Japanese Journal of Tropical Agriculture, 46/4, p.252
  3. ^ Jeong Mi Moon, et al. 'Toxicities of raw Alocasia odora', Human & Experimental Toxicology. Abstract
  4. ^ "「クワズイモ」誤食に注意呼び掛け 厚労省 高知・四万十市で食中". Nikkei (dalam bahasa Jepun). 6 Oktober 2012. Dicapai pada 2022-03-05.
  5. ^ "Alocasia Odora Variegata - Everything You Need to Know". Gardening it (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-08. Dicapai pada 2021-07-23.