Altel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Altel Communications Sdn Bhd
IndustriKhidmat telekomunikasi mudah alih
Ditubuhkan2013; 11 tahun yang lalu (2013)
Tapak webwww.altel.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Altel (Altel Communications Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia. Ia memulakan operasinya pada Julai 2012. Syarikat ini dimiliki oleh Albukhary Group.[1]

Penamatan perkhidmatan Prabayar Altel[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Oktober 2022, Altel mengumumkan perkhidmatan prabayar Altel akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2022.[2][3] Penamatan perkhidmatan prabayar ini dilakukan susualn penstrukturan semula aktiviti perniagaan Kumpulan Syarikat Altel. Pengguna Altel mempunyai pilihan untuk menyambung perkhidmatan:

  1. Berpindah ke rangkaian hos, Celcom dan memohon bayaran balik baki kredit (bermula 4 Oktober 2022 - 30 November 2022),
  2. Menamatkan perkhidmatan Altel dan memohon bayaran balik baki kredit (bermula 4 Oktober 2022 - 30 November 2022),
  3. Berpindah ke rangkaian lain selain Celcom (sehingga 15 November), tidak layak mendapat bayaran balik baki kredit seperti yang termaktub dalam terma dan syarat Mobile Number Portability (MNP),
  4. Bagi pelanggan yang tidak membuat sebarang pilihan, nombor Altel mereka akan dipindahkan secara automatik ke rangkaian Celcom (bermula 1 Disember), tidak layak mendapat bayaran balik baki kredit.

Bagi pengguna yang ingin menamatkan terus perkhidmatan Altel tanpa memohon bayaran balik baki kredit disaran untuk menghubungi Khidmat Pelanggan Altel sebelum 30 November 2022.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Kugan (01 Ogos 2013). "Latest Mobile Operator in Town is Altel". Malaysian Wireless. Dicapai pada 21 November 2017. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ https://amanz.my/2022359901/
  3. ^ https://www.altel.my/prepaiddiscontinuation/?l=2