Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"SKMM" dilencongkan di sini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
SKMM / MCMC
SKMM-MCMC-2014.png
Logo dengan singkatan bahasa Inggeris MCMC yang digunapakai sejak 1 Jun 2014.
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 November 1998; 20 tahun yang lalu (1998-11-01)
Agensi-agensi terdahulu
  • (etc.)
Ibu pejabatCyberjaya
Eksekutif agensi
  • Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Agensi indukKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Tapak webwww.skmm.gov.my
Logo dengan dua singkatan SKMM (bahasa Melayu) dan MCMC (bahasa Inggeris), digunakan dari 1 November 1998 sehingga 31 Mei 2014.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan dalam talian yang semakin berkait rapat.

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Memastikan industri komunikasi dan multimedia tempatan setanding dengan perkembangan antarabangsa dan memastikan industri berupaya memperkukuhkan dan mengawal selia kendiri agar menjana kemajuan yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial nagara.

Misi[sunting | sunting sumber]

Kami berusaha untuk:

  • Meningkat dan mengukuhkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia;
  • Memastikan para pengguna menikmati pilihan dan tahap perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan;
  • Memastikan proses kawal selia yang telus bagi manjana persaingan yang sihat dan adil dalam industri;
  • Memastikan penggunaan optima bagi spektrum dan penomboran; dan
  • Menjalin hubungan dua hala antara pengguna dan penyelia perkhidmatan dan juga menjalin hubungan usaha sama bersama industri

Ahli-ahli Suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

Pengerusi[sunting | sunting sumber]

Al-Ishsal Ishak, (bermula 1 Oct 2018)

Ahli Suruhanjaya (Mewakili Kerajaan)[sunting | sunting sumber]

  • YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Bin Siaraf
  • YBhg. Dato' Madinah Mohamad

Ahli Suruhanjaya (Bukan Kerajaan)[sunting | sunting sumber]

  • YBhg. Dato' Thanarajasingam
  • YBhg. Datuk Mohamad Salim Bin Fateh Din
  • YBhg. Datuk Idris Abdullah
  • En. Chew Liong Kim

Pautan luar[sunting | sunting sumber]