Amadou Toumani Touré

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Amadou Toumani Touré
Amadou Toure.jpg
Presiden Mali
Dalam jawatan
8 Jun 2002 – 22 Mac 2012
Perdana MenteriAhmed Mohamed ag Hamani
Ousmane Issoufi Maïga
Modibo Sidibé
Cissé Mariam Kaïdama Sidibé
Didahului olehAlpha Oumar Konaré
Digantikan olehAmadou Sanogo (Pengerusi CNRDR)
Dalam jawatan
26 Mac 1991 – 8 Jun 1992
Perdana MenteriSoumana Sacko
Didahului olehMoussa Traoré
Digantikan olehAlpha Oumar Konaré
Butiran peribadi
Lahir (1948-11-04) 4 November 1948 (umur 72)
Mopti, Sudan Perancis
(kini Mali)
Meninggal dunia10 November 2020(2020-11-10) (umur 72)
Istanbul, Turkey
Parti politikBebas
PasanganLobbo Traore

Amadou Toumani Touré (4 November 1948[1] - 10 November 2020) ialah seorang ahli politik Mali yang menjadi Presiden Mali dari 2002 hingga 2012. Beliau menggulingkan Presiden Moussa Traoré dalam satu rampasan kuasa tentera pada Mac 1991 dan menaungi peralihan satu-tahun kepada pilihan raya berbilang parti; beliau menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada Jun 1992. Sepuluh tahun kemudian, selepas bersara daripada tentera, beliau memasuki politik sebagai orang awam dan memenangi pilihan raya presiden 2002 dengan sokongan meluas.

Beliau terpilih semula pada 2007 dengan mudah untuk penggal kedua dan terakhirnya. Beberapa bulan sebelum dijadualkan tamat jawatan, anggota tentera Mali yang tidak berpuas hati memulakan rampasan kuasa yang memaksa beliau menyembunyikan diri.[2][3]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Amadou Toumani Touré lahir pada 4 November 1948 di Mopti.

Beliau melanjutkan pelajarannya ke École normale secondaire de Badalabougou di Bamako antara 1966 hingga 1969 untuk menjadi guru. Beliau kemudiannya menyertai tentera di Maktab Kati dalam Rejimen Payung Terjun ke-33 Angkatan Bersenjata Mali mengikuti banyak latihan di Kesatuan Soviet dan Perancis; beliau mendapat pangkat sebagai komander tahun 1984.[4]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Beliau mengetuai barisan pengawal presiden Mali pada lewat dekad 1980-an.

Pasukan beliau antara pihak yang berpaling tadah pada Mac 1991 memihak bersama rakyat Mali menunjuk perasaan menentang pemerintahan tentera pimpinan Moussa Traoré yang berlarutan selama 23 tahun; malah Amadou sendiri yang memberkas Moussa.[5]

Kolonel Amadou (atau nama samarannya ATT) dilantik sebagai presiden Jawatankuasa Peralihan untuk Kebajikan Rakyat (Comité de transition pour le Salut du peuple) selaku ketua sementara membantu mengalihkan Mali kepada pemerintahan demokrasi;[6] beliau juga teribat dalam penggubalan perlembagaan Mali yang baru serta mengurusan pilihan-pilihan raya peringkat umum dan presiden tahun 1992. Beliau menyerahkan kuasanya kepada Alpha Oumar Konaré selepas Alpha memenangi pilihan raya presiden ini.[7]

Beliau terlibat sebagai envoi utama kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, dalam lawatannya ke Republik Afrika Tengah pada Jun 2001 berikutan suatu percubaan penggulingan kerajaan yang gagal di sana.[8]

Pembuangan[sunting | sunting sumber]

Anak saudara Amadou, Oumar Touré membuat suatu pengumuman bahawa Amadou Toumani meninggal dunia pada awal pagi 10 November 2020 di Turki untuk menjalani rawatan lanjutan berikutan suatu pembedahan jantung di Bamako.[9][10].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Malian President announces his candidacy for next elections", African Press Agency, 27 Mac 2007.
  2. ^ Reuters (22 Mac 2012). "Mali Rebels Advance in North, Mutineers Seek President". NYTimes.com. Dicapai pada 23 Mac 2012.
  3. ^ "Mali dalam tangan askar pemberontak". Cyberita Online. 23 Mac 2012. Dicapai pada 23 Mac 2012.
  4. ^ Diawara, Malick (10 November 2020). "Mali : l'ex-président Amadou Toumani Touré n'est plus". Le Point (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 11 November 2020.
  5. ^ "Mali: Former president Moussa Traoré dead at age 83". The Africa Report. Dicapai pada 11 November 2020.
  6. ^ "The Sahel falls apart". Centre Tricontinental. Dicapai pada 11 November 2020.
  7. ^ "Mali former president Amadou Toumani Toure dies aged 72". MIA.mk. Dicapai pada 11 November 2020.
  8. ^ Peltier, Elian (10 November 2020). "Amadou Toumani Touré, Former Malian President, Dies at 72". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 11 November 2020.
  9. ^ "Mali : décès de l'ex-président Amadou Toumani Touré". Le Figaro.fr (dalam bahasa Perancis). 10 November 2020.
  10. ^ "Amadou Toumani Touré, ancien président du Mali, est mort". Le Monde. 10 November 2020. ISSN 0395-2037. OCLC 1758539.
Jawatan politik
Didahului oleh
Moussa Traoré
Presiden Mali
1991–1992
Diikuti oleh:
Alpha Oumar Konaré
Didahului oleh
Alpha Oumar Konaré
Presiden Mali
2002–2012
Diikuti oleh:
Amadou Sanogo