Anak Mami Nasi Kandaq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak Mami Nasi Kandaq
PengarahProf. Datuk A. Razak Mohaideen
PenulisAzhari Zain
Dihasilkan olehAbdul Lateiff Bin Haji Mohaideen
DibintangiQi Razali
Fasha Sandha
Nur Risteena
Ezzaty Abdullah
Maria Farida
Azmir Cuit
Chik Pak Man Telo
Sheila Mambo
Disunting olehFaizul Bin Rashid
Syarikat
penerbitan
FiTA Studio
Diedarkan olehAlternate Pictures
Tarikh tayangan
6 Julai 2016
Masa tayangan
97 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
BajetRM 1.5 Juta
Pecah panggungRM 353,000

Anak Mami Nasi Kandaq merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2016 yang diarahkan oleh Prof. Datuk A. Razak Mohaideen dan dibintangi Qi Razali, Fasha Sandha, Nur Risteena, Ezzaty Abdullah, Maria Farida, Azmir Cuit, Chik Pak Man Telo dan Sheila Mambo. Filem ini mengisahkan mengenai persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) dan Mami Kalsom (Sheila Mambo).[1] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 6 Julai 2016.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) seorang pengusaha Restoran Nasi Kandaq Al Basheer seorang duda yang bekerja keras untuk memajukan perniagaannya.

Mamu mempunyai kehidupan yang bahagia bersama 5 orang anak perempuannya iaitu Fuziah (Fasha Sandha), Fitri (Nur Risteena), Farah (Ezzaty Abdullah), Fatin (Amylia Nastasha Aziz) dan Fify (Elisya Sandha).

Namun perniagaan Mamu Nizam merosot setelah kemunculan gerai Mami Kalsom (Sheila Mambo). Lebih memeningkan Mamu Nizam ialah walaupun Mami Kalsom berniaga tanpa lesen dan keadaan gerainya yang agak kotor, para pelanggan tetap memilih gerai Mami Kalsom.

Mamu Nizam yang tertekan mendapatkan khidmat nasihat Mamu Hussin (Azmir Cuit) dan Tuan Akhlak Khan (Azhari Zain).

Mamu Hussin mencadangkan Mamu Nizam untuk mengeksploitasi kejelitaan kelima-lima anak perempuannya sebagai tarikan.

Merisaukan Mamu Nizam ialah kesemua anak perempuannya bersifat manja dan tidak pernah bekerja. Namun kerana terpaksa, Mamu Nizam berjanji kepada anak-anaknya untuk menunaikan apa sahaja impian mereka asalkan mereka sanggup berkhidmat dan menjayakan perniagaan keluarga mereka.

Ternyata taktik perniagaan Mamu Nizam berkesan dan secara langsung menaikkan kemarahan Mami Kalsom. Ada sahaja rancangan jahat Mami Kalsom bagi memusnahkan perniagaan Restoran Nasi Kandar Al-Basheer tetapi semuanya gagal.

Kini Mami Kalsom cuba mempergunakan anak lelakinya Farid (Qi Razali) untuk bekerja di Restoran Al-Basheer bagi mencari rahsia kejayaan Restoran Al-Basheer.

Mamu Nizam tidak membenarkan pekerja lelaki bekerja di restorannya bagi menjaga anak perempuannya sehingga Farid terpaksa menyamar sebagai seorang wanita bernama Faridah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Nur Risteena melakonkan watak Fitri didalam filem ini.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 353,000 selepas 15 hari ditayangkan.

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 3 Jun 2016.[2] Trailer bagi filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 16 Jun 2016.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 6 Julai 2016.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Ulasan bagi filem ini bercampur. Kebanyakkan pujian memuji chemistry antara pelakon manakala kritikan lebih menjurus kepada lawak yang berulang dan jalan cerita yang tidak menyakinkan. Aqmar Mustaza dari majalah Media Hiburan melabelkan filem ini sebagai signature Prof. Razak.[3] Dennis Chua dari New Straits Times mengulas "...walaupun filem ini mempunyai jalan cerita yang lemah dan jenaka yang dikitar semula, ianya masih berjaya sebagai sebuah kisah yang menyentuh perasaan..."[4]Presiden Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA), Kapten Khir Mohd Noor dan Ketua Jabatan Penyiaran dan Perfileman, Kolej MEA, Zaki Abdul Rahim pula menyelar filem ini sebagai "...murahan...".[5]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Tajuk sekuel bagi filem ini ialah Anak Mami Nasi Dalcha. Walau bagaimanapun,hal ini bergantung terhadap sambutan terhadap filem ini.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ibrahim, Khadijah (4 Julai 2016). "Anak Mami Tiada Saingan". Utusan Malaysia. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ "'ANAK MAMI NASI KANDAQ', BUAT PENONTON TAK KERING GUSI". Myartis.com. 4 Jun 2016. Dicapai pada 2016-07-15. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Mustaza, Aqmar (9 Julai 2016). "'Signature' Prof Razak". Mediahiburan.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-13. Dicapai pada 2016-07-15. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ (Inggeris)Chua, Dennis (8 Julai 2016). "Hilarious look at colourful community". New Straits Times. Dicapai pada 15 Julai 2016.
  5. ^ Sapi, Elrafaei (12 Julai 2016). "Anak Mami Nasi Kandaq Idea Murahan?". Rojakdaily.com. Dicapai pada 2016-07-15. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Zainal, Ramlah (14 Julai 2016). "Gembira AMNK dapat sambutan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-15. Dicapai pada 15-7-2016. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  7. ^ Zainal, Ramlah (17 Jun 2016). "Anak mami kembali menggeletek". Harian Metro. Dicapai pada 15 Julai 2016.