Fasha Sandha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fasha Sandha
Fasha sandha penanggal 2013.jpg
Fasha sedang disolek sebelum penggambaraan filem Penanggal.
Kelahiran Nur Fasha Sandha binti Hassan
(1984-03-28) 28 Mac 1984 (umur 34)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Pekerjaan Pelakon, model, penerbit
Tahun aktif 2002–kini
Ketinggian 1.68 m (5 ka 6+18 in)
Pasangan Rizal Ashram Ramli (k. 2012; c. 2016)
Anak Putra Rayfal Ramli
Putri Raysha Jemaima
Ibu bapa Hassan Moideen (bapa)
Hatijah Teh Man (ibu)
Saudara Fasyina Sandha (adik)
Elisya Sandha (adik)
Ikmal Daniel (adik)

Nur Fasha Sandha binti Hassan (lahir 28 Mac 1984)[kaki 1] atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak "wanita malang" dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.[1]

Pada 2003, Fasha membuat penampilan filem pertama menerusi filem Black Maria sebagai pelakon tambahan. Filem beliau seterusnya ialah filem komedi muzikal Bintang Hati (2004). Antara 2005 dan 2007, Fasha menjayakan watak tajuk dalam siri drama TV3, Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.[2]

Fasha mempunyai pelbagai peranan utama dalam filem-filem terkenal beliau termasuk dua siri filem aksi komedi adiwira Cicak-Man (2006–08), sebagai gadis pulau Nia dalam filem 9 September (2007), sebagai pelumba kereta dalam filem aksi Evolusi KL Drift (2008), dan filem komedi keluarga Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Siri televisyen yang dibintanginya termasuk Cinta Elysa (2011), Alif Imani (2014) dan Lara Aishah (2016).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fasha dilahirkan pada 28 Mac 1984 di Johor Bahru, Johor kepada pasangan Hassan Moideen dan Hatijah Teh Man, beliau dibesarkan di utara Semenanjung Malaysia, iaitu tempat asal keluarga beliau sewaktu keluarganya berpindah semula ke Pulau Pinang, dan kemudian ke Perlis.[3] Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik, salah seorang adiknya, Elisha Sandha juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau mula dikenali pada tahun 2002 ketika beliau melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragawati. Di samping terlibat dalam bidang sambilan ini, beliau juga menuntut di Institut Kebudayaan Belia Negara dan berjaya mendapat diploma.[4] Antara syarikat korporat yang mendapatkan khidmat Fasha termasuklah Maxis, Nokia, Fair & Lovely dan Sunsilk (versi Indonesia).[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal (2002–2009)[sunting | sunting sumber]

Langkah Fasha untuk melibatkan diri dalam bidang seni lakonan bermula apabila beliau diperkenalkan menerusi filem arahan Ambri Kailani, Black Maria sebagai watak pembantu.[6] Filem ini ditayangkan pada 26 Jun 2003.[7]

Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah bukan sahaja dari produksi filem, malah juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama sama ada untuk watak utama atau watak pembantu. Pada 2004, Fasha membintangi tiga filem serentak, iaitu filem komedi muzikal Bintang Hati arahan Aziz M. Osman yang mana beliau menjayakan watak sebagai June, seorang penggubah lagu yang bekerja untuk Syakila, yang dilakonkan oleh Amy Mastura.[8] Beliau kemudiannya berlakon bersama Datuk Rosyam Nor menerusi filem Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi, Fasha memegang watak Yasmin, seorang guru baru di sekolah Iman.[9] Selepas Bintang Hati dan Berlari Ke Langit, Fasha membintangi filem drama muzikal SH3 arahan Zek Zukri.[10]

Fasha mendapat peranan yang diiktiraf menerusi drama 2 musim, 52 episod Natasha yang bersiaran di Slot Lestary TV3 yang meninggalkan kesan di hati penonton melalui wataknya sebagai perempuan malang bernama Natasya. Dalam satu temuramah dengan pihak media, Fasha memberitahu bahawa watak Natasya yang dibawanya adalah "watak yang paling sukar untuk dihayati olehnya". Drama yang turut dibintangi oleh Mustafa Kamal, Ezany Nizariff, Fiza Elite dan Lydia Ibtisam disiarkan dari 1 November 2005 dan berakhir pada 23 Januari 2007.[11][12][13]

Di acara Fiesta Media Idola 2006 yang diadakan di Kuantan, Pahang, beliau menjadi pembawa obor bersama penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza.[14] Pada 24 Julai 2006, Fasha melancarkan novel pertamanya bertajuk Sumpahan Fasha terbitan KRU Publishing. Buku ini ditulis bersama oleh Fasha dan Meor Shariman.[15][16]

Pada 30 November 2006, Fasha digandingkan bersama Eizlan Yusof menerusi filem romantik Cinta arahan Kabir Bhatia yang mengisahkan mengenai lima cerita yang mengisahkan mengenai cinta dari perspektif berbeza.[17] Filem ini turut menampilkan ramai pelakon popular tanah air termasuk Pierre Andre, Sharifah Amani, Vanida Imran dan Rashidi Ishak.[18] Fasha memegang watak sebagai Azura, seorang pekerja di sebuah kedai buku. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 2.2 Juta[19] Ini merupakan filem kedua gandingan Fasha bersama Eizlan selepas Black Maria.[20] Fasha digandingkan bersama Saiful Apek sebagai Cicak-Man dalam filem aksi adiwira Cicak-Man arahan Yusry KRU, beliau melakonkan perana Tania, setiausaha Profesor Klon (Aznil Nawawi) yang mempunyai perasaan terhadap Hairi/Cicak-Man. Filem ini ditayangkan pada 7 Disember 2006 hingga kejayaan komersial.[21]

Beliau dilantik sebagai duta produk kecantikan Maybelline pada Januari 2007, menggantkan Siti Nurhaliza. Ditanya mengenai pelantikannya, Fasha berkata: "Saya bersyukur dengan tawaran tersebut. Tak pernah terfikir untuk menjadi duta Maybelline dan menggantikan tempat Kak Siti (Datuk Siti Nurhaliza). Sebab itu saya mengambil masa enam bulan untuk memikirkan tawaran itu."[22] Pada 1 Februari 2007, Fasha bersama Que Haidar membintangi filem usahasama Malaysia dan Indonesia Badai Pasti Berlalu arahan Teddy Soeriaatmadja terbitan Astral Pictures.[23] Filem lakonan Raihaanun dan Vino G. Bastian ini merupakan pembikinan semula daripada filem asal 1977 dengan judul sama arahan Teguh Karya lakonan Christine Hakim, Slamet Rahardjo dan Roy Marten.[23] Selain itu, beliau membintangi filem 9 September arahan sulung Pierre Andre. Fasha memegang watak Nia, seorang gadis tomboy comel yang baru ditinggalkan oleh teman lelakinya.[24]

Pada 3 April 2008, Fasha menjayakan peranan sebagai dirinya sendiri dalam filem Evolusi KL Drift arahan sulung Syamsul Yusof lakonan bersama Syamsul, Farid Kamil, Aaron Aziz dan Diana Danielle.[25] Filem ini merupakan filem kedua gandingan Fasha bersama Farid selepas filem Anak Halal. Beliau kembali mengulangi peranan Tania dalam kesinambungan filem Cicak-Man, Cicakman 2 - Planet Hitam yang ditayangkan pada 11 Disember 2008.[26][27]

Pada 16 Julai 2009, Fasha berperanan sebagai Ayu dalam filem seram suspens, Skrip 7707 arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.[28] Dalam pada itu, Fasha mengumumkan menarik dari daripada membintangi filem Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof, turut menarik diri ialah Diana Danielle. Beliau digantikan oleh Scha Al-Yahya.

Peningkatan kerjaya (2010–2013)[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, Fasha menjayakan peranan utama bersama Saiful Apek dan Rozita Che Wan dalam filem komedi romantik 4 Madu yang ditayangkan pada 9 September.[29] Pada 30 November 2010, Fasha berlakon bersama Zamarul Hisham dalam siri drama Dia Atilia yang mengisahkan Atilia dan Faizal yang bersahabat baik di kolej.[30] Beliau seterusnya menjayakan watak utama sebagai Chinta Chandurry dalam drama Chinta mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis malang bernama Chinta yang pada awalnya adalah gadis yang baik akhirnya terjebak di dalam kancah pelacuran akibat pelbagai nasib malang yang dialaminya. Drama yang turut dibintangi oleh Adi Putra dan Azhar Sulaiman ini bersiaran di Slot Akasia TV3 pada 27 September hingga 14 November 2010.

Fasha telah membintangi filem seram komedi, Sini Ada Hantu arahan James Lee. Dalam filem ini, beliau memegang watak Hantu Pokok Pisang, flem ini ditayangkan pada 20 Februari 2011 dan menjadi satu-satunya filem lakonan beliau yang ditayangkan dalam tahun 2011.[31]

Pada 20 Jun 2011, Fasha berlakon bersama Iqram Dinzly menerusi drama waktu perdana Slot Akasia TV3, Dewa Cinta arahan Harrid Fadzillah yang mana beliau memegang watak utama sebagai June, seorang penyanyi dan pemuzik di sebuah kelab malam dan drama ini memerlukan beliau belajar bermain gitar. Watak dalam drama ini sangat berbeza dengan watak yang pernah dibawakan oleh Fasha sebelum ini dan juga dirinya sendiri. Ia merupakan kolaborasi kedua Fasha bersama Iqram selepas sama-sama membintangi filem Evolusi KL Drift pada 2008.[32][33][34]

Selain itu, beliau digandingkan bersama pendatang baharu dalam bidang lakonan Johan As'ari menerusi drama waktu perdana Cinta Elysa arahan Along Kalamudin yang bersiaran di Slot Lestary TV3 pada 13 September.[35] Fasha mempunyai peranan sebagai Shakira, berpasangan dengan Fahrin Ahmad dalam drama waktu perdana Seindah Sakura yang bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 7 Mei hingga 14 Jun 2012.[36][37] Pada 28 November 2013, Fasha membintangi filem Penanggal arahan Ellie Suriati sebagai Sharifah Zahrah, seorang gadis berketurunan Arab dan memerlukan beliau bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih.[38][39][40]

Perkembangan terkini (2014–kini)[sunting | sunting sumber]

Fasha digandingkan bersama pelakon baru, Dazrin Kamarudin menerusi drama Miranda yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3 pada 5 Mei 2014.[41] Ia mengisahkan tentang Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas putus tunang dengan lelaki pilihan ibu tirinya. Drama arahan Along Kamaludin dan ditulis oleh Sharifah Abu Salem ini turut dibintangi oleh Eizlan Yusof, Zila Bakarin, dan Roy Azman. Selepas Miranda, Fasha membintangi pula drama waktu perdana Selamat Pengantin Madu, memegang watak sebagai Hana, bersama Aiman Hakim Ridza dan Eina Azman yang bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 3 September 2014.[42]

Pada 6 Ogos 2014, Fasha berlakon di samping Aaron Aziz, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir menerusi drama 13 episod Tentang Hati arahan Feroz Kadir terbitan Global Station Sdn Bhd yang mengisi slot Selekta Prima di TV2. Ia mengisahkan tentang Azia, pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan dan pada masa yang sama, Umar turut menyimpan perasaan kepada Azia.[43]

Fasha bersama Ummi Nazeera, Fezrul Khan dan Amar Baharin membintangi drama Alif Imani arahan Keoi Hj. Khalid (Allahyarham) yang disiarkan di Slot Ratu TV9 dari 13 November 2015 hingga 22 Januari 2016, beliau memegng watak sebagai Mahsuri.[44][45] Pada 25 Mei 2016, Fasha bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.[46]

Fasha kembali bekerja di bawah arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen menerusi filem komedi santai Anak Mami Nasi Kandaq selepas kali terakhir bekerja dengan A. Razak menerusi filem 4 Madu pada 2010. Dalam filem ini, Fasha memegang watak sebagai Fuziah, salah seorang daripada lima anak Mamu Nizam. Filem ini membuka tayangan di pawagam pada 6 Julai 2016, turut membintangi filem ini ialah adiknya, Elisya Sandha, Ezzaty Abdullah dan Nur Risteena.[47][48] Pada Julai 2016 juga, Fasha berlakon dalam filem Dukun Dr. Dani arahan sulung Sabri Yunus bersama Taufik Batisah, Amerul Affendi, Raysha Rizrose dan Yus Jambu.[49]

Fasha memegang watak protagonis bersama Nazim Othman dalam siri telenovela Lara Aishah yang diadaptasi dari telenovela Mexico, La Loba.[50] Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Aishah, isteri kepada Iskandar. Siri ini disiarkan di Astro Prima dari 29 Ogos 2016 hingga 13 Januari 2017.[51] Peranan beliau seterusnya ialah sebagai Dr. Vanida/Vivy dalam siri Syurga yang Kedua yang diadaptasi daripada sinetron Indonesia dengan judul sama, lakonan Siti Elizad dan Zarul Umbrella, dan disiarkan serentak di Astro Prima dan Astro Maya HD.[52]

Melengkapkan diari kerjaya seninya, pada November 2017, Fasha menubuhkan syarikat penerbitannya FS Creative Sdn. Bhd. yang menyaksikan percubaan sulung Fasha sebagai penerbit.[53] Projek televisyen sulung syarikat ini, drama komedi 50 episod Mamu Mami Gosip yang mana beliau turut menyumbangkan idea dan menulis skrip.[54][55]

Fasha kembali bekerja di bawah Prof. Madya Abdul Razak menerusi filem komedi cereka sains, Badang yang ditayangkan di pawagam pada 15 Februari 2018, filem ini merupakan penampilan pertama usahawan terkenal Aliff Syukri Kamarzaman di layar lebar dan turut dibintangi oleh Fauzi Nawawi.[56] Beliau menjayakan watak sebagai Nurhidayah dalam siri TV Teratai Kemboja, beliau digandingkan sekali lagi dengan Adi Putra. Drama ini menjalani penggambaran di Kemboja dan bersiaran di Slot Zehra pada 13 April 2018.[57][58]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fasha telah diijabkabulkan dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) yang juga bekas suami pelakon Nora Danish pada 27 April 2012 di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur.[59][60] Mereka telah dinikahkan oleh bapa Fasha sendiri. Tetamu yang hadir hanyalah ahli keluarga dan teman rapat sahaja.[61][62] Pasangan ini dikurniakan dua anak—Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.[63] Pada 20 Januari 2016, Fasha dan Jejai secara rasmi bercerai talak satu.[64] Pada Oktober 2017, Fasha dan bekas suaminya telah memilih untuk menyelesaikan dua kes mahkamah yang melibatkan mereka dengan cara yang baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.[65]

Sekitar Ogos 2015, Fasha menafikan khabar angin mengatakan beliau meninggal dunia seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog.[66] Beliau dan pelakon sampingannya dalam drama itu, Dazrin bagaimanapun berkata adegan tembak-menembak dalam drama Miranda lakonannya hanyalah sekadar lakonan sahaja.[67]

Beliau dikatakan berkrisis dengan pelakon Nora Danish hingga kedua-duanya tidak bertegur sapa, berikutan tindakan Fasha menghantar gambar di Instagram dengan kata-kata jelik yang mengaitkannya dengan label pakaian Nora, sekaligus menjejaskan perniagaannya.[68][69] Pada penghujung Mei 2018, Fasha dan Nora dilaporkan akan menamatkan perselisihan faham sesama mereka yang telah berpanjangan selama 8 tahun.[70][71][72]

Pada Jun 2018, Fasha dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Aidil Aziz selepas Aidil menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip terbitannya, malah menyifatkan Aidil ialah sahabat yang membuatnya gembira dan ketawa. Beliau dipetik sebagai berkata: "Dia membuatkan saya rasa sungguh selesa kerana saya juga seorang wanita yang sukakan kesederhanaan. Dia (Aidil) jugalah sahabat saya yang mampu buatkan kami anak-beranak gembira dan ketawa,"[73][74] Fasha mempunyai hubungan erat dengan pelakon Fazura, yang disifatkannya sebagai seorang yang pemurah.[75]

Di dalam media[sunting | sunting sumber]

Selain penampilan di media elektronik, Fasha juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias halaman depan beberapa majalah termasuk Remaja, URTV, Media Hiburan dan akhbar termasuk Berita Harian dan Harian Metro.[76][77][78]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem atau drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2003 Black Maria Dania Ambri Kailani Zain
2004 Bintang Hati June Aziz M. Osman
Berlari Ke Langit Yasmin Suraya Bade Hj. Azmi
SH3 Nelly Zek Zukry
2005 Anak Mami Kembali Fasha Datuk Prof. A. Razak Mohaideen
2006 Bujang Senang Murni
Gong Mira Sandosh Kesavan
Nana Tanjung Khairunnisa Datuk Prof. A. Razak Mohaideen
Cinta Azura Kabir Bhatia
Cicak-Man Tania Yusry Abdul Halim
2007 Badai Pasti Berlalu Siska Teddy Soeriaatmadja Filem Indonesia, pembikinan semula filem 1977 dengan judul sama arahan Teguh Karya lakonan Christine Hakim, Slamet Rahardjo dan Roy Marten.
9 September Nia Pierre Andre
Nana Tanjung 2 Khairunnisa Datuk Prof. A. Razak Mohaideen
Anak Halal Amira Atiqah Osman Ali
2008 Evolusi KL Drift Fasha Syamsul Yusof
Cinta U-Turn Juliana Datuk Prof. A. Razak Mohaideen
Cicakman 2 - Planet Hitam Tania Yusry Abdul Halim
2009 Skrip 7707 Ayu Datuk Prof. A. Razak Mohaideen
2010 4 Madu Ros
2011 Sini Ada Hantu Hantu Pokok Pisang James Lee
2013 Penanggal Sharifah Zahrah Al-Sagof Ellie Suriati
2016 Anak Mami Nasi Kandaq Fuziah Datuk Prof. A. Razak Mohaideen
Dukun Doktor Dani Dr. Lily Sabri Yunus
2018 Badang Tisha Datuk Prof. A. Razak Mohaideen
Blok 404 Suri Azma Aizal Yusoof
TBA Cerana Biduk Bu Merah Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan Pos-produksi
Apa-Apa Dengan Dosa Menunjukkan filem yang bellum dikeluarkan Rahila Ali Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2002 Spanar Jaya ntv7 Sitkom, pelakon undangan
2003 Dengan Nama Cinta
Kasih... Relaku Pujuk
Kehangatan Lantana
Suram Seri Pengantin
2004 Rumah Itu Dunia Aku
Sutera Bintang Yang Seribu
2005 Usia
Natasha (musim 1) Natasha TV3
2006 Natasha (musim 2)
2006–07 Mentari Jingga Astro Ria
2008 Impak Maksima the Series Eva TV3
Jangan Main Belakang
Sutera Maya Maya Medina TV3
2009 Keliwon 1 episod
Cuci-Cuci Services Zaiton TV2
2010 Chinta Chinta TV3
Kiamat Hampir Tiba
2011 Dia Atilia Atilia Astro Prima
Samson & Delaila Delaila TV3
Dewa Cintaku June
Cinta Elysa Elysa
2012 Seindah Sakura Shakira
Runtun Qalbu Idayu
2014 Tentang Hati Azeya TV2
Miranda Miranda TV3
Selamat Pengantin Madu Hana
2015 Alif Imani Mahsuri
2016 Bibik-Bibikku Pn. Qaisara TV3
Tentang Hati 2 Azeya TV2
2016–17 Lara Aishah Aishah Astro Prima
2017–18 Syurga Yang Kedua Dr. Vanida/Vivy
2018 Teratak Kemboja Nurhidayah TV3
Mawar Murni Murni
Mamu Mami Gosip TV1 Pos-produksi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Quran Buruk Siti Khadijah Astro Ria
2007 Sangga Saadah Saadah TV3
Songket Cinta Bertenun Duka
2010 Rahsia Shaliza
Bagaikan Sumayyah Shamsiah
Kontrak Cinta Karmila
Teh Tarik Kurang Manis Mimi Astro Prima
2011 Bakalong Noda Karina TV3
Suci Suziana Astro Prima
Nur Ain Marina TV3
2012 Menara Cinta Sofia
2013 Cinta Mat Semperit Kak Lola TV3
2015 Hidupku, Solatku, Matiku Lela Astro Maya HD
2017 Kalbu Pun Berzikir Norlia Astro Mustika HD
Hanya Tuhan Yang Tahu Maria TV3
2018 Qalbu Salina
Cucuk Sanggul Seroja Seroja Astro Citra
Istana Firdaus Liza TV3
Fasiq Julisa ntv7

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2005 Bangsawan Tun Fatimah

Iklan[sunting | sunting sumber]

Iklan
Maybelline
Maxis
Petronas
Nokia
Darlie
Pantene

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Menang
2006 Pelakon TV Wanita Popular Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2007 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2010 Pelakon TV Wanita Popular Menang
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Bintang Filem MeleTOP Menang
Anugerah Skrin 2017 Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pasangan Serasi Drama (bersama Nazim Othman) Dicalonkan
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Teratai Kemboja) Dicalonkan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Liyana Jasmay yang juga lahir pada 28 Mac, tetapi berlainan tahun. Ini kerana Fasha lahir pada 28 Mac 1984 manakala Liyana lahir pada 28 Mac 1988.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wawann Mohd (13 Disember 2017). "Fasha Sandha akui banyak berkorban". Sinar Harian. Dicapai 26 Jun 2018. 
  2. ^ Shukri Shaharudin (28 November 2013). Fasha Sandha lega filem "Penanggal" berjalan lancar Yahoo! News. Diperoleh pada 1 Disember 2013.
  3. ^ Rudy Imran Shamsudin (1 April 2018). "Rancang masa depan". Harian Metro. Dicapai 16 Mei 2018. 
  4. ^ "Malaysia Factbook - All you need to know About Malaysia". Malaysia Factbook. Dicapai 16 May 2017. 
  5. ^ Jamliah Abdullah. "Cinta baru Fasha Sandha". Utusan Malaysia. Dicapai 16 Mei 2017. 
  6. ^ "Black Maria". 3 July 2003. Dicapai 16 May 2017 – melalui IMDb. 
  7. ^ Abdul Aziz Itar (8 Januari 2005). "Fasha Sandha - Idam watak perempuan gila". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2015. 
  8. ^ Abdul Aziz Itar (6 Mac 2004). "Bintang Hati dedah realiti kehidupan artis". Utusan Malaysia. Dicapai 8 November 2008. 
  9. ^ A. Wahab Hamzah (6 Julai 2004). "Berlari ke Langit - Judul yang puitis dan menarik". Utusan Malaysia. Dicapai 8 November 2008. 
  10. ^ "Filem SH3 - Untuk peminat hip hop". Utusan Malaysia. 1 September 2003. Dicapai 21 Januari 2015. 
  11. ^ Jamliah Abdullah (23 Oktober 2005). "Fasha Sandha bukan sembarangan". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Januari 2015. 
  12. ^ Nor Fadzilah Baharudin (2 Februari 2006). "Fasha Sandha ingin watak jahat". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2015. 
  13. ^ Khadijah Ibrahim (21 Februari 2005). "Perempuan gatal - Watak idaman Fasha Sandha". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2015. 
  14. ^ Fiesta Media Idola ‘06 tetap meriah walaupun kecoh Nor Fadzillah Baharuddin (4 April 2006). Utusan Online. Diperoleh pada 31 Mei 2013.
  15. ^ Nor Fadzilah Baharudin (24 Julai 2006). "Sumpahan Fasha novel pertama Fasha Sandha". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2015. 
  16. ^ Rozdan Mazalan, "Awasi sumpahan Fasha Sandha", Berita Harian, 26 Julai 2006.
  17. ^ Mohd. Faisal, Shazryn (16 November 2006). "Cinta filem terbaik tahun ini?". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2015. 
  18. ^ Mohd. Faizal, Shazryn (1 Januari 2006). "10 bintang ternama dalam CINTA". Utusan Malaysia. Dicapai 15 November 2015. 
  19. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2006". FINAS. Dicapai 2015-11-11. 
  20. ^ Asrani, Wahida (25 Januari 2006). "Fasha Sandha mahu jadi bohsia". mStar. Dicapai 15 November 2015. 
  21. ^ Cicak-Man: Evolusi filem tempatan
  22. ^ Nor Fadzilah Baharudin (5 Januari 2007). "Fasha Sandha ganti Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Dicapai 9 September 2010. 
  23. ^ a b "Filem usahasama Malaysia dan Indonesia - Badai Pasti Berlalu". Sensasi Selebriti. 4 Mac 2007. Dicapai 15 November 2015. 
  24. ^ "Aksi di katil bukan kontroversi - Fasha Sandha". Utusan Malaysia. 6 Mac 2007. Dicapai 11 November 2015. 
  25. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  26. ^ Berita Harian: Cicak-man 2 Banyak Aksi, Komedi
  27. ^ Nor Fadzilah Baharudin (7 Februari 2007). "Fasha Sandha tak kisah berlakon dengan Erra". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2015. 
  28. ^ Siti Azira Abd Aziz (9 Julai 2009). "'Skrip 7707' - sebuah filem seram yang tidak kesampaian?". mSTAR Online. Dicapai 21 Januari 2015. 
  29. ^ "Poligami 'alaf baru' dalam filem '4 Madu'". mSTAR Online. 8 Jun 2009. Dicapai 21 Januari 2015. 
  30. ^ Budiey (22 November 2010). "Gambar Fasha Sandha di Sidang Media Drama Dia Atilia". Sensasi Selebriti. Dicapai 27 Januari 2015. 
  31. ^ Filem Sini Ada Hantu canggung tapi berkesan mSTAR Online (14 Februari 2011). Dicapai pada 14 Februari 2011.
  32. ^ Azhariah Kamin (22 Jun 2011). "Fasha's other side". The Star Online. Dicapai 15 Disember 2016. 
  33. ^ Haryati Karim (7 Jun 2011). "Fasha jadi penyanyi dalam Dewa Cinta". Kosmo! Online. Dicapai 15 Disember 2016. 
  34. ^ Norliza Mohd Zakaria (24 Februari 2011). "Chinta pengubat hati Fasha Sandha". Utusan Malaysia. Dicapai 15 Disember 2016. 
  35. ^ Mohd Rohaizad (September 2011). "Fasha Sandha & Johan Asari mesra dalam Cinta Elysa". Gosip Hangat. Dicapai 15 Disember 2016. 
  36. ^ Budiey (5 Mei 2012). "Sinopsis Drama Bersiri SEINDAH SAKURA". Sensasi Selebriti. Dicapai 15 Disember 2016. 
  37. ^ Budiey (27 April 2012). "Drama Seindah Sakura TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai 15 Disember 2016. 
  38. ^ Abdl Aziz Itar (15 November 2013). "Penanggal filem kerjasama pertama Astro-Grand Brilliance". Utusan Malaysia. Dicapai 15 Disember 2013. 
  39. ^ "Fasha Sandha 'Minta Izin' Sepanjang di Set Lokasi 'Penanggal'". Malaysian Digest. 15 November 2013. Dicapai 15 Disember 2013. 
  40. ^ Shukri Shaharudin (28 November 2013). "Fasha Sandha lega filem "Penanggal" berjalan lancar". Yahoo! Lifestyle. Dicapai 15 Disember 2013. 
  41. ^ Faten Saphilla Isa (26 Disember 2013). "Fasha tidak rasa bersalah". Kosmo!. Dicapai 25 Februari 2014. 
  42. ^ Kisah perit bermadu dalam Selamat Pengantin Madu Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
  43. ^ Budiey (6 Ogos 2014). "Drama Bersiri Tentang Hati Lakonan Aaron Aziz & Fasha Sandha". Sensasi Selebriti. Dicapai 2016-07-15. 
  44. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (10 September 2015). Alif Imani penuh emosi Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Februari 2016.
  45. ^ Zaidi Mohamad (16 November 2015). Korban cinta Alif Imani di Slot Ratu TV9 Berita Harian. Dicapai pada 14 Februari 2016.
  46. ^ Budiey (25 Mei 2016). TV3 & TV9 Lancar Kempen Ramadan Syukur Selalu 2016 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  47. ^ Sapi, Elrafaei (12 Julai 2016). "Anak Mami Nasi Kandaq Idea Murahan?". Rojakdaily.com. Dicapai 2016-07-15. 
  48. ^ "'ANAK MAMI NASI KANDAQ', BUAT PENONTON TAK KERING GUSI". Myartis.com. 4 Jun 2016. Dicapai 2016-07-15. 
  49. ^ Aqmar Mustaza (30 Julai 2016). "Dukun Doktor Dani sarat mesej dan pengajaran". Sinar Harian. Dicapai 11 Ogos 2016. 
  50. ^ "Kisah cinta 'Lara Aishah' diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular 'La Loba'". Selebriti Online. 27 Ogos 2016. Dicapai 1 Disember 2016. 
  51. ^ Muhammad Zaini Mohd Zin (30 Ogos 2016). "'Lara Aishah' Adaptasi Telenovela Popular Mexico 'La Loba'". Youth Bernama. Dicapai 1 Disember 2016. 
  52. ^ "Syurga yang kedua angkat martabat poligami". Utusan Malaysia. 7 Disember 2017. Dicapai 11 Disember 2017. 
  53. ^ Amirul Haswendy Ashari (10 Januari 2018). "Fasha Sandha kini bergelar Penerbit". Harian Metro. 
  54. ^ Tahir Alhamzah (10 Januari 2018). "(Showbiz) Another feather in the cap for actress Fasha Sandha". New Straits Times. Dicapai 26 Jun 2018. 
  55. ^ Wahi Aziz (7 Januari 2018). "Fasha Sandha Akhirnya Pilih Jadi Penerbit". mStar Online. 
  56. ^ Amerul Haswendy Ashari (16 Februari 2018). "Pelakon penuhi kehendak skrip". Harian Metro. Dicapai 10 Februari 2018. 
  57. ^ Emma Hassan (30 Januari 2018). "Adi Putra, Fasha Sandha Diuji Dalam Teratai Kemboja". Mangga Media. Dicapai 6 Julai 2018. 
  58. ^ Salma Syahbuddin (15 April 2018). "Elemen Cinta Penuh Emosi Dalam Teratai Kemboja". XTRA. Dicapai 6 Julai 2018. 
  59. ^ Fasha Sandha bunting pelamin Utusan Malaysia (15 Mei 2012). Diperoleh pada 7 Februari 2013.
  60. ^ Farahhanim (12 Januari 2012). Fasha Sandha Sudah Benikah di Thailand? Malaysian Digest. Diperoleh pada 7 Februari 2012.
  61. ^ M'sian actress Nora Danish: I'm not a husband stealer.
  62. ^ Fasha Sandha sedih kehamilannya dipertikai
  63. ^ Khadijah Ibrahim (1 Mei 2012). "Cinta Fasha, Jejai terpateri". Utusan Malaysia. Dicapai 15 Disember 2016. 
  64. ^ Dennis Chua (20 Januari 2016). "Fasha Sandha and Rizal Ashram Ramli are divorced". New Straits Times. Dicapai 28 Januari 2016. 
  65. ^ "Fasha and Jejai settle court dispute". The Star (Malaysia). 6 Oktober 2017. Dicapai 18 Mei 2018. 
  66. ^ "Berita kematian Fasha Sandha palsu". Malaysian Digest. 24 Ogos 2015. Dicapai 28 Januari 2016. 
  67. ^ Zaidi Mohammad (24 Ogos 2015). "Babak tembak menembak hanyalah lakonan". Berita Harian. Dicapai 28 Januari 2016. 
  68. ^ Tahir Alhamzah (25 Mei 2018). "#Showbiz: Nora Danish and Fasha Sandha's 'eight-year feud' to end soon". New Straits Times. Dicapai 5 Jun 2018. 
  69. ^ Amerul Haswendy Ashari (24 Mei 2018). "'Perang lapan tahun' Nora, Fasha bakal berakhir". Harian Metro. Dicapai 4 Jun 2018. 
  70. ^ "Fasha Sandha mahu mohon maaf kepada Nora Danish". Astro Awani. 1 Jun 2018. Dicapai 4 Jun 2018. 
  71. ^ Dennis Chua (1 Jun 2018). "#Showbiz: I'm sorry, says Fasha Sandha". New Straits Times. Dicapai 5 Jun 2018. 
  72. ^ Maliah Surip (1 Jun 2018). "Fasha akan minta maaf pada Nora Danish". Kosmo!. Dicapai 5 Jun 2018. 
  73. ^ Khadijah Ibrahim (28 Jun 2018). "Fasha Sandha selesa berkawan dengan Aidil Aziz". Utusan Malaysia. Dicapai 2 Julai 2018. 
  74. ^ "Fasha: Aidil is just a good friend". The Star (Malaysia). 29 Jun 2018. Dicapai 2 Julai 2018. 
  75. ^ Farizan Zainal (8 Jun 2018). "Fasha Sandha Dedahkan Sikap Sebenar Fazura". Rotikaya. Dicapai 18 Julai 2018. 
  76. ^ Loshana K. Shagar & Ng Si Hooi (13 February 2017). Fasha sacrifices her locks to play role well in new film The Star (Malaysia). Retrieved on 13 February 2017.
  77. ^ Syahirah Mokhtazar (31 March 2017). A new edgy charm New Straits Times. Retrieved on 1 April 2017.
  78. ^ Dunia belakang tabir Fasha Sandha Kosmo! (11 Januari 2018). Diperoleh pada 7 Februari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]