Ezzaty Abdullah
Ezzaty Abdullah | |
|---|---|
ايزذاتي عبدالله | |
| Kelahiran | Ezzaty binti Abdullah 7 April 1990 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2012–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Azwan Kombos (k. 2016) |
| Anak-anak | 3 |
Ezzaty Abdullah (lahir 7 April 1990) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Bentong, Pahang pada 7 April 1990.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Ezzaty mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2012 dan telah membintangi beberapa telefilem dan drama Melayu, antaranya ialah, Asmara Beijing, Delina, Tanah Kubur dan Stella.
Selain itu, beliau muncul dalam filem Kau Takdirku yang ditayangkan pada 7 September 2017. Filem ini juga membariskan aktor hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Kartina Aziz dan Aisya Hasnaa, filem arahan Jason Chong itu menampilkan kisah cinta tiga segi yang menyayat hati. Filem ini dikatakan mengambil masa empat tahun sebelum ditayangkan pada tahun 2017.[1]
Beliau merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Nabila Huda dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; Ezzaty memegang watak sebagai Elina.[2]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.[3][4] Beliau mempunyai tiga anak bersama Azwan – Harum Dalia dan Ahmet serta anak ketiga, Armin yang lahir pada September 2024.[5]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon |
| Pasangan Serasi Filem (bersama Remy Ishak) | Tercalon | ||
| Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Wanita Terbaik Filem | Tercalon | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Faten Saphilla Isa (30 Julai 2017). Kau Takdirku suntik kelainan Kosmo! Online. Diperoleh pada 30 Julai 2017.
- ↑ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 Mac 2018.
- ↑ Mohd Al Qayum Azizi (16 Julai 2016). Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Bergelar Suami-Isteri Dengan Sekali Lafaz Diarkibkan 2017-08-12 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 16 Julai 2016.
- ↑ Syafil Syazwan Jefri (2 Jun 2017). Ezzaty alah sabun Harian Metro. Diperoleh pada 2 Jun 2017.
- ↑ Farhana Ab Rahman (28 Disember 2018). 'Tak 'jual' anak untuk raih populariti' Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2019.