Anders Lindegaard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anders Lindegaard
Anders Lindegaard.jpg
Maklumat peribadi
Nama PenuhAnders Rozenkrantz Lindegaard
Tarikh Lahir (1984-04-13) 13 April 1984 (umur 34)
Tempat LahirDyrup, Denmark
Tinggi6 ft 4 in (1.93 m)
Posisi pemainPenjaga Gol
Maklumat kelab
Kelab TerkiniManchester United
Nombor34
Kerjaya Remaja
2001-2003OB
Kerjaya Senior*
TahunPasukanApps(Gol)
2003-2009OB6(0)
2008Kolding (pinjaman)10(0)
2009Aalesund (pinjaman)18(0)
2009-2010Aalesund63(0)
2011–Manchester United0(0)
Pasukan kebangsaan
2002Denmark B192(0)
2003Denmark B204(0)
2010–Denmark4(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol-gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Anders Rozenkrantz Lindegaard ( lahir 13 April 1984 ) merupakan penjaga gol Denmark dan Manchester United. Merupakan produk akademi Odense Boldklub, beliau kemudiannya menyertai Aalesund dan memenangi Norwegian Football Cup pada tahun 2009.

Beliau mewakili Denmark dalam kategori bawah 19 dan 20 tahun, sebelum membuat penampilan sulung skuad senior pada 7 September 2010 menentang Iceland.

Karier[sunting | sunting sumber]

Odense[sunting | sunting sumber]

Lindegaard memulakan karier beliau di Odense Boldklub (OB), membuat penampilan sulung Danish Superliga ketika OB menewaskan Silkeborg IF 3-1 pada 19 November 2006. Penampilan sulung beliau di peringkat Eropah hadir pada 30 Julai 2009 menentang Rabotnički yang memihak kepada OB 4-3. Bagaimanapun, beliau lebih merupakan pilihan kedua di belakang Arek Onyszko sepanjang kariernya di OB. Malah beliau turut dipinjamkan ke Kolding FC dan Aalesunds FK. Apabila Onyszko dipecat daripada OB pada Jun 2009, asalnya Lindegaard merupakan penjaga gol utama namun ketibaan Roy Carroll dua bulan kemudian memaksa beliau berpindah dari kelab tersebut.

Aalesund[sunting | sunting sumber]

Pada 2009 Lindegaard menyertai kelab Norway, Aalesunds FK secara pinjaman dan seterusnya terus menyertai kelab tersebut sebagai pemain tetap. Beliau memenangi Norwegian Football Cup bersama kelab tersebut, dan turut dianugerahkan Penjaga Gol Terbaik Tahunan di Norway dan Denmark.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Pada 27 November 2010, Lindegaard menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun dengan Manchester United dengan jumlah perpindahan yang dipercayai berjumlah £3.5m. Beliau berlatih dengan skuad utama sepanjang Disember namun tidak dapat bermain sehingga pasaran perpindahan dibuka pada 1 Januari 2011. Beliau didaftarkan sebagai pemain Liga Perdana Inggeris pada 6 Januari 2011 dan diberikan nombor jersi 34.

Penampilan sulung Lindegaard bersama Manchester United hadir pada 29 Januari 2011 dalam pertemuan pusingan keempat Piala FA menentang Southampton yang memihak kepada United 2-1, sebelum membuat penampilan sulung di Old Trafford ketika menentang Crawley Town yang menyaksikan United menang 1-0. Pada bulan Mac, Lindegaard menjalani pembedahan lutut yang menyebabkan beliau diketepikan selama 5 minggu.

Pada 16 Mei 2011, Lindegaard bermain dalam perlawanan akhir Manchester Senior Cup untuk skuad simpanan Manchester United menentang skuad simpanan Bolton, yang dimenangi United 3-1.

Karier Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Penampilan sulung beliau bersama skuad bawah 19 Denmark hadir pada September 2002, sebelum membuat kemunculan sulung skuad kebangsaan ketika kelayakan Euro 2012 menentang Iceland pada 7 September 2010.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Aalesunds
  • Norwegian Football Cup: 2009

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Penjaga Gol Terbaik Tahunan Norway (1): 2010
  • Penjaga Gol Terbaik Tahunan Denmark (1): 2010