Stephan Andersen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stephan Andersen
Stephan Andersen.JPG
Andersen (kanan)
Maklumat peribadi
Nama penuhStephan Maigaard Andersen
Tarikh lahir (1981-11-26) 26 November 1981 (umur 37)
Tempat lahirCopenhagen, Denmark
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniFC Copenhagen
Nombor1
Kerjaya remaja
Brøndby
Hvidovre
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2000–2002Hvidovre45(0)
2002–2004AB62(0)
2004–2007Charlton Athletic17(0)
2007–2011Brøndby137(0)
2011–2013Évian35(0)
2013–2014Betis7(0)
2014Go Ahead Eagles (pinjaman)13(0)
2014–FC Copenhagen33(0)
Pasukan kebangsaan
2002Denmark B205(0)
2001–2003Denmark B2121(0)
2004–Denmark30(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 7 Jun 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 25 Mac 2015

Stephan Maigaard Andersen (lahir 26 November 1981) merupakan pemain bola sepak Denmark yang kini bermain untuk kelab FC Copenhagen di posisi penjaga gol. Beliau juga merupakan pemain antarabangsa Denmark yang telah bertanding di UEFA Euro 2004, Piala Dunia FIFA 2010 dan juga UEFA Euro 2012.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya di kelab remaja Hvidovre IF sebelum beliau berpindah ke juara Denmark, Brøndby IF. Namun, beliau meninggalkan Brøndby pada musim sejuk 1999 untuk sertai semula Hvidovre. Andersen membuat debut senior untuk Hvidovre pada perlawanan liga bawahan.

Andersen berpindah ke kelab Akademisk Boldklub (AB) di liga teratas Denmark pada Ogos 2002.

Charlton Athletic[sunting | sunting sumber]

Beliau berpindah ke kelab Charlton Athletic pada Jun 2004 dengan bayaran sebanyak 8 juta krone. Dalam musim pertamanya bersama kelab London, beliau hanya membuat dua penampilan. Disebabkan kecederaan yang dialami penjaga gol pertama Dean Kiely, Andersen memulakan musim 2005-06 sebagai penjaga gol pertama. Pada perpindahan musim panas 2006, Andersen dilihatkan akan sertai Leeds United secara pinjaman tetapi Charlton membatalkan hasrat tersebut dan memanggil Andersen lebih banyak lagi untuk bermain pada musim itu.

Brøndby[sunting | sunting sumber]

Pada November 2006, Andersen kembali ke Denmark untuk bermain bersama kelab Brøndby IF mulai Januari 2007. Beliau membantu Brøndby menjuarai Piala Denmark 2008 dan dinamakan dalam Penjaga Gol Terbaik Denmark.

Kerjaya akhir[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2011, beliau sertai kelab Évian di Ligue 1 dengan bayaran 2 juta krone. Pada musim panas 2013, beliau menandatangani kontrak dua tahun bersama Real Betis. Beliau kemudian dipinjam ke kelab Go Ahead Eagles di Belanda pada 30 Januari 2014 untuk perlawanan baki musim 2013-14. Pada 19 Mei 2014, beliau diumumkan akan kembali ke Denmark dan bermain untuk FC Copenhagen dalam kontrak tiga tahun.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Andersen bermain untuk Denmark menentang Belanda di Euro 2012.

Selepas bermain dengan aksi konsisten untuk AB, Andersen membuat debut untuk pasukan kebangsaan Denmark menentang Sepanyol pada Mac 2004 pada perlawanan persahabatan. Selama empat tahun setengah, beliau akhirnya membuat kaps keduanya. Beliau telah dipilih sebagai penjaga gol simpanas pada aksi UEFA Euro 2004 dan Thomas Sørensen menjadi penjaga gol pada setiap perlawanan. Ketika bermain untuk Brøndby, Andersen memperoleh kaps keduanya pada September 2008 apabila beliau menggantikan Sørensen yang tercedera pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010. Beliau termasuk dalam skuad Denmark di Piala Dunia FIFA 2010. Selepas Sørensen dikeluarkan dari skuad UEFA Euro 2012 akibat kecederaan, Andersen menggantikan beliau dan menjadi penjaga gol pertama untuk pasukan Denmark.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Copenhagen

Individu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]