Michael Krohn-Dehli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Michael Krohn-Dehli
Krohn-Dehli.JPG
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1983-06-06) 6 Jun 1983 (umur 36)
Tempat lahirCopenhagen, Denmark
Ketinggian1.71 m (5 ka 7+516 in)
Posisi permainanSayap / Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniCelta
Nombor23
Kerjaya remaja
Rosenhøj
0–2000Hvidovre IF
2000–2002Brøndby IF
2002–2004AFC Ajax
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004–2006RKC Waalwijk48(2)
2006–2008Ajax4(0)
2006–2007Sparta Rotterdam (pinjaman)12(1)
2008–2012Brøndby IF122(26)
2012–Celta Vigo91(2)
Pasukan kebangsaan
2000–2001Denmark B195(0)
2002–2004Denmark B2010(4)
2004–2006Denmark B218(2)
2006–Denmark47(6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14 Mac 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 14 November 2014 (UTC)

Michael Krohn-Dehli (lahir 6 Jun 1983) merupakan pemain bola sepak Denmark yang kini bermain untuk kelab Celta de Vigo dan pasukan kebangsaan Denmark. Beliau selalunya bermain di posisi sayap kiri dan pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Copenhagen, beliau mula bermain bola sepak di Rosenhøj BK di Denmark selepas beliau telah bermain untuk kelab Denmark iaitu Hvidovre IF dan Brøndby IF. Pemain ini mula membuat debut untuk Ajax Amsterdam pada 17 September 2006 pada perlawanan liga menentang Roda JC, Ajax menang 2-0. Sebelum ke Ajax, beliau telah banyak menyertai kelab bola sepak di Denmark. Walau bagaimanapun pada tahun 2004, beliau dibenarkan untuk meninggalkan Ajax oleh pengurus Ronald Koeman dan beliau menyertai RKC Waalwijk dengan percuma. Beliau membuat debut untuk kelab itu pada 15 Ogos 2004 dan menjaringkan gol pada perlawanan itu untuk terikat seri menentang FC Groningen. Dua hari kemudian, beliau sertai semula Ajax secara percuma sehingga 2009. Selepas musim sejuk dengan membuat tiga penampilan untuk Ajax, beliau dipinjam ke kelab Sparta Rotterdam pada 31 Januari 2007 sehingga penghujung musim. Lima hari kemudian, beliau membuat debut untuk Sparta menentang Roda JC. Selepas cuti musim panas, beliau kembali ke Ajax untuk musim 2007-08.

Ajax mengumumkan pada 29 Ogos 2008 bahawa Krohn-Dehli akan berpindah semula kelab Denmark, Brøndby IF. Pada 21 Ogos 2012, Krohn-Dehli diumumkan akan menyertai kelab Celta Vigo selepas melengkapkan ujian kesihatan. Beliau antara bintang Celta Vigo dan membuat aksi terbaik pada musim 2014 menyebabkan beliau ditarik minat dari kelab Newcastle United F.C..

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Krohn-Dehli membuat debut untuk pasukan kebangsaan Denmark pada kelayakan Euro 2008 menentang Liechtenstein pada 11 Oktober 2006. Krohn-Dehli menjaringkan gol tunggal perlawanan pada perlawanan pembukaan Euro 2012 menentang Belanda yang memberikan kemenangan pertama Denmark pada kejohanan itu. Selain itu, beliau menjaringkan gol sekali lagi buat Denmark pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Jerman, tewas 1-2.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 29 Mac 2011 Trnava, Slovakia  Slovakia 2–1 2–1 Persahabatan
2. 7 Oktober 2011 Nicosia, Cyprus  Cyprus 3–0 4–1 Kelayakan Euro 2012
3. 11 Oktober 2011 Copenhagen, Denmark  Portugal 1–0 2–1 Kelayakan Euro 2012
4. 11 November 2011 Copenhagen, Denmark  Sweden 2–0 2–0 Persahabatan
5. 9 Jun 2012 Kharkiv, Ukraine  Belanda 1–0 1–0 UEFA Euro 2012
6. 17 Jun 2012 Lviv, Ukraine  Jerman 1–1 1–2 UEFA Euro 2012

Pautan luar[sunting | sunting sumber]