Andrea Cistana
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 1 April 1997 | ||
Tempat lahir | Brescia, Itali | ||
Ketinggian | 187 cm (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Brescia | ||
Nombor | 15 | ||
Kerjaya remaja | |||
Brescia | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2014– | Brescia | 41 | (1) |
2016–2017 | → Ciliverghe Mazzano (pinjam) | 28 | (1) |
2018 | → Prato (pinjam) | 10 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15:10, 12 November 2019 (UTC) |
Andrea Cistana (lahir 1 April 1997) merupakan pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Brescia.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan pemain lepasan akademi Brescia dan mula beraksi untuk pasukan bawah-19 Brescia ketika musim 2014–15.[1] Beliau juga diletakkan di bangku simpanan dalam beberapa perlawanan Serie B 2014–15 tetapi beliau tidak diberi peluang beraksi di atas padang.[2]
Untuk musim 2016–17, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie D, Ciliverghe Mazzano.
Pada 31 Januari 2018, beliau telah menyertai kelab Serie C, Prato secara pinjaman sehingga akhir musim.[3] Beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie C pada 18 Februari dalam aksi menentang Carrarese selepas beliau menggantikan Daniele Ghidotti pada minit ke-54 permainan.[4]
Selepas kembali ke Brescia, beliau melanjutkan kontraknya bersama kelab itu sehingga tahun 2021 pada 10 September 2018.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie B bersama Brescia pada lima hari kemudian pada perlawanan menentang Pescara dengan beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan.[6]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Cistana telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali oleh pengurus Roberto Mancini pada November 2019.[7]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 10 November 2019.[8]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Ciliverghe Mazzano | 2016–17 | 28 | 1 | — | — | 28 | 1 | ||||
Prato | 2017–18 | 10 | 0 | 10 | 0 | ||||||
Brescia | 2018–19 | 30 | 0 | 0 | 0 | 30 | 0 | ||||
2019–20 | 11 | 1 | 0 | 0 | 11 | 1 | |||||
Jumlah | 41 | 1 | 0 | 0 | — | 41 | 1 | ||||
Jumlah kerjaya | 79 | 2 | 0 | 0 | — | 79 | 2 |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Profile by TuttoCalciatori" (dalam bahasa Italian). TuttoCalciatori. Dicapai pada 28 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Brescia-Spezia game report". ESPN. 13 December 2014.
- ^ "Ufficializzato il difensore Andrea Cistana" (dalam bahasa Italian). Prato. 31 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Game Report by Soccerway". Soccerway. 18 February 2018.
- ^ "Andrea Cistana con la maglia del Brescia fino a giugno 2021" (dalam bahasa Italian). Brescia. 10 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Game Report by Soccerway". Soccerway. 15 September 2018.
- ^ "Roberto Mancini keen to blood Italy's young stars against Bosnia and Armenia". shropshirestar.com. 14 November 2019. Dicapai pada 19 November 2019.
- ^ "Andrea Cistana".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- andrea-cistana/392518 / Biodata Andrea Cistana di Soccerway