Roberto Mancini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Roberto Mancini
Roberto Mancini 008.jpg
Mancini bersama Manchester City pada tahun 2010
Maklumat peribadi
Nama penuh Roberto Mancini
Tarikh lahir (1964-11-27) 27 November 1964 (umur 53)
Tempat lahir Iesi, Itali
Ketinggian 1.79 m (5 ka 10+12 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Internazionale (pengurus)
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1981–1982 Bologna 30 (9)
1982–1997 Sampdoria 424 (132)
1997–2001 Lazio 87 (15)
2001 Leicester City (pinjam) 4 (0)
Jumlah 545 (156)
Pasukan kebangsaan
1982–1986 Itali B21 26 (9)
1984–1994 Itali 36 (4)
Pasukan diurus
2001–2002 Fiorentina
2002–2004 Lazio
2004–2008 Internazionale
2009–2013 Manchester City
2013–2014 Galatasaray
2014– Internazionale
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Roberto Mancini (sebutan bahasa Itali: [roˈbɛrto manˈtʃiːni]; lahir 27 November 1964) ialah pengurus dan bekas pemain bola sepak Itali. Beliau merupakan ketua jurulatih semasa F.C. Internazionale Milano. Sebagai pemain, Mancini bermain sebagai penyerang dan dikenali dengan tempohnya di Sampdoria dimana dia bermain lebih daripada 550 perlawanan dan membantu mereka memenangi kejuaraan Serie A, empat Coppe Italia dan Piala Pemenang Piala Eropah. Dia membuat 36 penampilan untuk Itali, mengambil bahagian dalam UEFA Euro 1988 dan Piala Dunia FIFA 1990. Pada tahun 1997, selepas 15 tahun di Sampdoria, Mancini meninggalkan kelab itu untuk menyertai Lazio dimana dia memenangi Scudetto, Piala Pemenang Piala, Piala Super UEFA dan dua Coppe Italia.

Peranan pertama Mancini sebagai pengurus adalah di Fiorentina ketika berumur 35 tahun dan membimbing mereka memenangi Coppa Italia, tetapi meninggalkan Fiorentina yang berdepan bankrap. Beberapa bulan kemudian, dia mengambil alih sebagai pengurus di Lazio. Pada tahun 2004, Mancini ditawarkan tugas pengurus di Internazionale. Dia berjaya membimbing kelab itu memenangi tiga kejuaraan Serie A berturut-turut sebelum dipecat pada tahun 2008.[1][2]

Selepas keluar daripada bola sepak selama lebih setahun, Mancini dilantik sebagai pengurus Manchester City pada bulan Disember 2009.[3] Pada musim 2010–11, musim penuh pertamanya di Manchester City, Mancini membimbing kelab itu ke bola sepak Liga Juara-Juara dan memenangi Piala FA.[4][5] Pada musim 2011–12, Mancini membimbing Manchester City memanngi kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 44 tahun.[6] Dibawah Mancini, Manchester City layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 tetapi dikalahkan oleh Wigan Athletic 1–0.[7] Mancini dipecat pada 13 Mei 2013,[8] dan pada bulan September tahun itu, dia mengambil alih tugas di Galatasaray.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Inter's winning run ends in draw with Udinese". Abc.net.au. 1 March 2007. Dicapai pada 2010-04-27. 
  2. ^ Rice, Simon (16 November 2009). "Football managers who never get the job – Mancini was Inter Milan's most successful manager in 30 years". London: Independent Online. 
  3. ^ "Younger the better for Manchester City manager Roberto Mancini". heraldscotland.com. 1 August 2010. Dicapai pada 1 August 2010. 
  4. ^ Daglish, Kenny (13 December 2010). "Roberto Mancini's Manchester City prove why defence should come first". London: Daily Mail. Dicapai pada 13 May 2011. 
  5. ^ Ferguson, Peter (29 April 2011). "Hart on brink of Blues record". Manchester City FC. Dicapai pada 13 May 2011. 
  6. ^ O'Rourke, Pete (14 May 2012). "Mancini Hails 'Incredible' win". Manchester: Sky Sports. Dicapai pada 14 May 2012. 
  7. ^ McNulty, Phil (11 May 2013). "Wigan stun Man City in FA Cup". London: BBC Sport. Dicapai pada 11 May 2013. 
  8. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/22507128

Pautan luar[sunting | sunting sumber]