Pasukan bola sepak kebangsaan Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
 Itali
Shirt badge/Association crest
GelaranGli Azzurri
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Itali
Federazione Italiana Giuoco Calcio (FIGC)
KonfederasiUEFA (Eropah)
Ketua jurulatihRoberto Mancini
KaptenGiorgio Chiellini
Kaps terbanyakGianluigi Buffon (154)
Penjaring terbanyakLuigi Riva (35)
Kod FIFAITA
Kedudukan FIFA 5 2 (12 Ogos 2021)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA1 (November 1993, Februari 2007, April-Jun 2007, September 2007)
Kedudukan terendah FIFA16 (April 1998, Oktober 2010)
Kedudukan Elo10
Kedudukan tertinggi Elo1 (Jun 1934 – Mac 1940, Disember 1940 – November 1945, Julai–Ogos 2006)
Kedudukan terendah Elo21 (November 1959)
Warna tuan rumah
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Itali 6–2 Perancis Bendera Perancis
(Milan, Itali; 15 Mei 1910)
Kemenangan terbesar
 Itali 9–0 Amerika Syarikat Bendera Amerika Syarikat
(Brentford, England; 2 Ogos 1948)
Kekalahan terbesar
 Hungary 7–1 Itali Bendera Itali
(Budapest, Hungary; 6 April 1924)
Piala Dunia
Kemunculan18 (Kali pertama pada 1934)
Keputusan terbaikJuara (1934, 1938, 1982, 2006)
Kejohanan Eropah
Kemunculan10 (Kali pertama pada 1968)
Keputusan terbaikJuara (1968, 2020)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan2 (Kali pertama pada 2009)
Keputusan terbaikTempat Ketiga (2013)

Pasukan bola sepak kebangsaan Itali (Bahasa Itali: Nazionale di calcio dell’Italia) adalah sebuah pasukan yang mewakili Itali dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), sebuah badan pentadbir untuk bola sepak di Itali. Itali merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan kedua yang paling berjaya di dunia, iaitu berkedudukan di belakang Brazil. Mereka telah melakar sejarah apabila telah menjadi juara untuk pertandingan Piala Dunia FIFA sebanyak empat kali (1934, 1938, 1982, 2006) Selain daripada itu, mereka juga telah menjadi juara Kejohanan Eropah (1968 & 2020), memenangi pingat emas di pertandingan Kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah.

Warna tradisi bagi pasukan ini (juga bagi semua pasukan kebangsaan Itali dan atlet yang secara rasminya mewakili Itali) adalah biru azure[2] (azzurro, dalam bahasa Itali), berikutan "Azzurro Savoia" (Biru Savoy). Warna tersebut secara tradisinya berkait dengan dinasti diraja yang menyatukan Itali pada tahun 1861 dan kekal dalam standard rasminya melalui Presiden Itali.

Pasukan ini tidak mempunyai "stadium tuan rumah" yang tetap seperti pasukan kebangsaan yang tertentu. Tempat latihan utama terletak di ibu pejabat FIGC di Coverciano, Florence. Pasukan ini memainkan perlawanan tempatan mereka di pelbagai stadium di seluruh Itali.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal-usul dan dua Piala Dunia yang pertama (1910-1938)[sunting | sunting sumber]

Perlawanan pertama bagi pasukan ini telah diadakan di Milan pada 15 Mei 1910 di mana Itali mengalahkan Perancis dengan jaringan 6–2.[3] Sedikit kekacauan telah menyebabkan para pemain Pro Vercelli, sebuah pasukan terabik dalam liga, terkeluar daripada perlawanan. Pada akhir perlawanan, semua pemain telah menerima beberapa paket rokok sebagai hadiah daripada 4,000 penonton yang bertindak membalingnya.[4] Pasukan Itali terdiri daripada (dengan formasi 2–3–5): De Simoni; Varisco, Calì; Trerè, Fossati, Capello; Debernardi, Rizzi, Cevenini I, Lana, Boiocchi. Kapten pertama bagi pasukan ini ialah Francesco Calì.[5]

Pasukan ini berjaya memperoleh pingat gangsa dalam perlawanan rasmi di Sukan Olimpik Musim Panas 1928, Amsterdam. Selepas kalah pada peringkat separuh akhir menentang Uruguay, jaringan 11–3 terhadap Mesir telah mengesahkan kedudukan mereka dalam tempat ketiga.

Selepas enggan menyertai perlawanan Piala Dunia pertama, (1930, di Uruguay) pasukan Itali telah memenangi dua edisi Piala Dunia (1934 dan 1938) secara berturut-turut di bawah kendalian jurulatih Vittorio Pozzo dan pemain terbaik Itali sepanjang masa, Giuseppe Meazza. Antara pemain hebat dalam zaman tersebut termasuklah Luis Monti, Giovanni Ferrari, Giuseppe Ruffino dan Virginio Rosetta. Pada Piala Dunia 1934, mereka telah mengalahkan Czechoslovakia hasil jaringan 2–1 oleh Raimundo Orsi dan Angelo Schiavio sewaktu di Rom.

Rekod Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia FIFA[sunting | sunting sumber]

Rekod Piala Dunia FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
Uruguay 1930 Tidak Memasuki
Itali 1934 Juara 1 5 4 1 0 12 3
Perancis 1938 Juara 1 4 4 0 0 11 5
Brazil 1950 Pusingan 1 7 2 1 0 1 4 3
Switzerland 1954 10 3 1 0 2 6 7
Sweden 1958 Tidak layak
Chile 1962 Pusingan 1 9 3 1 1 1 3 2
England 1966 9 3 1 0 2 2 2
Mexico 1970 Naib Juara 2 6 3 2 1 10 8
Jerman Barat 1974 Pusingan 1 10 3 1 1 1 5 4
Argentina 1978 Tempat Keempat 4 7 4 1 2 9 6
Sepanyol 1982 Juara 1 7 4 3 0 12 6
Mexico 1986 Pusingan 2 12 4 1 2 1 5 6
Itali 1990 Tempat Ketiga 3 7 6 1 0 10 2
Amerika Syarikat 1994 Naib Juara 2 7 4 2 1 8 5
Perancis 1998 Suku Akhir 5 5 3 2 0 8 3
Korea Selatan Jepun 2002 Pusingan 2 15 4 1 1 2 5 5
Jerman 2006 Juara 1 7 5 2 0 12 2
Afrika Selatan 2010 Pusingan 1 26 3 0 2 1 4 5
Brazil 2014 22 3 1 0 2 2 3
Rusia 2018 Tidak layak
Qatar 2022 Akan Ditentukan
Jumlah Terbaik: Juara 18/21 86 46 21 19 132 81
*Menandakan seri termasuk perlawanan kalah mati memutuskan tendangan penalti.
**Warna latar belakang emas menunjukkan bahawa kejohanan telah dimenangi.
***Warna sempadan merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.

Piala Eropah[sunting | sunting sumber]

Piala Eropah
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
Perancis 1960 Tidak Memasuki
Sepanyol 1964 Tidak layak
Itali 1968 Juara 1 3 1 2 0 3 1
Belgium 1972 Tidak layak
Yugoslavia 1976
Itali 1980 Tempat Keempat 4 4 1 3 0 2 1
Perancis 1984 Tidak layak
Jerman Barat 1988 Separuh Akhir 3 4 2 1 1 4 3
Sweden 1992 Tidak layak
England 1996 Pusingan 1 10 3 1 1 1 3 3
Belgium Belanda 2000 Naib Juara 2 6 4 1 1 9 4
Portugal 2004 Pusingan 1 9 3 1 2 0 3 2
Austria Switzerland 2008 Suku Akhir 8 4 1 2 1 3 4
Poland Ukraine 2012 Naib Juara 2 6 2 3 1 6 7
Perancis 2016 Suku Akhir 5 5 3 1 1 6 2
Eropah 2020 Juara 1 7 5 2 0 13 4
Jumlah Terbaik: Juara 10/16 45 21 18 6 52 31
*Menandakan seri termasuk perlawanan kalah mati memutuskan tendangan penalti.
**Warna latar belakang emas menunjukkan bahawa kejohanan telah dimenangi.
***Warna sempadan merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.

Piala Konfederasi FIFA[sunting | sunting sumber]

Piala Konfederasi FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
Arab Saudi 1992 Tidak layak
Arab Saudi 1995
Arab Saudi 1997
Mexico 1999
Korea Selatan Jepun 2001
Perancis 2003
Jerman 2005
Afrika Selatan 2009 Pusingan 1 5 3 1 0 2 3 5
Brazil 2013 Tempat Ketiga 3 5 2 2 1 10 10
Rusia 2017 Tidak layak
Qatar 2021 Akan Ditentukan
Jumlah Terbaik: Tempat Ketiga 2/9 8 3 2 3 13 15

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad terkini[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk UEFA Euro 2020 yang berlangsung pada 11 Jun hingga 11 Julai 2021.

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Salvatore Sirigu 12 Januari 1987 (berusia 34) 26 0 Itali Torino
2 DF Giovanni Di Lorenzo 4 Ogos 1993 (berusia 27) 7 0 Itali Napoli
3 DF Giorgio Chiellini (Kapten) 14 Ogos 1984 (berusia 36) 107 8 Itali Juventus
4 DF Leonardo Spinazzola 25 Mac 1993 (berusia 28) 14 0 Itali Roma
5 MF Manuel Locatelli 8 Januari 1998 (berusia 23) 10 1 Itali Sassuolo
6 MF Marco Verratti 5 November 1992 (berusia 28) 40 3 Perancis Paris Saint-Germain
7 MF Gaetano Castrovilli 17 Februari 1997 (berusia 24) 2 0 Itali Fiorentina
8 MF Jorginho 20 Disember 1991 (berusia 29) 28 5 England Chelsea
9 FW Andrea Belotti 20 Disember 1993 (berusia 27) 33 12 Itali Torino
10 FW Lorenzo Insigne 4 Jun 1991 (berusia 30) 41 8 Itali Napoli
11 FW Domenico Berardi 1 Ogos 1994 (berusia 26) 11 5 Itali Sassuolo
12 MF Matteo Pessina 21 April 1997 (berusia 24) 5 2 Itali Atalanta
13 DF Emerson 3 Ogos 1994 (berusia 26) 15 0 England Chelsea
14 MF Federico Chiesa 25 Oktober 1997 (berusia 23) 25 1 Itali Juventus
15 DF Francesco Acerbi 10 Februari 1988 (berusia 33) 14 1 Itali Lazio
16 MF Bryan Cristante 3 Mac 1995 (berusia 26) 11 1 Itali Roma
17 FW Ciro Immobile 20 Februari 1990 (berusia 31) 46 13 Itali Lazio
18 MF Nicolò Barella 7 Februari 1997 (berusia 24) 23 5 Itali Internazionale
19 DF Leonardo Bonucci 1 Mei 1987 (berusia 34) 102 7 Itali Juventus
20 MF Federico Bernardeschi 16 Februari 1994 (berusia 27) 30 6 Itali Juventus
21 GK Gianluigi Donnarumma 25 Februari 1999 (berusia 22) 26 0 Itali Milan
22 FW Giacomo Raspadori 18 Februari 2000 (berusia 21) 1 0 Itali Sassuolo
23 DF Alessandro Bastoni 13 April 1999 (berusia 22) 5 0 Itali Internazionale
24 DF Alessandro Florenzi 11 Mac 1991 (berusia 30) 43 2 Perancis Paris Saint-Germain
25 DF Rafael Tolói 10 Oktober 1990 (berusia 30) 3 0 Itali Atalanta
26 GK Alex Meret 22 Mac 1997 (berusia 24) 2 0 Itali Napoli

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Penyertaan terhad kepada pemain amatur sahaja.
  2. ^ Penyertaan adalah terhad iaitu had maksimum sebanyak tiga pemain telah dikenakan bagi yang melebihi usia 23 tahun setiap pasukan; permainan itu secara amnya tidak dianggap sebagai sebahagian daripada rekod pasukan kebangsaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 12 Ogos 2021. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  2. ^ Biru azure merupakan warna bagi dewan diraja Kerajaan Itali. Dalam dua perlawanan pertama, pasukan kebangsaan Itali memakai baju putih bersama seluar pendek untuk kelab yang terdiri daripada setiap pemain; baju azure telah diperkenalkan pada perlawanan yang ketiga.
  3. ^ "FIGC". Figc.it. Dicapai pada 2012-04-21.
  4. ^ "FIGC – Club Italia". Figc.it. Dicapai pada 2012-04-21.
  5. ^ http://download.repubblica.it/pdf/motori/supplemento_ottobre06/04.pdf

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
1930
Bendera Uruguay
Uruguay
Juara Dunia
1934
(Gelaran pertama)
1938
(Gelaran kedua)
Diikuti oleh:
1950
Bendera Uruguay
Uruguay
Didahului oleh
1978
Bendera Argentina
Argentina
Juara Dunia
1982
(Gelaran ketiga)
Diikuti oleh:
1986
Bendera Argentina
Argentina
Didahului oleh
2002
Bendera Brazil
Brazil
Juara Dunia
2006
(Gelaran keempat)
Diikuti oleh:
2010
Bendera Sepanyol
Sepanyol
Didahului oleh
1964
Bendera Sepanyol
Sepanyol
Juara Eropah
1968
(Gelaran pertama)
Diikuti oleh:
1972
Bendera Jerman
Jerman Barat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]