Angklung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Set angklong lengkap yang boleh dimainkan oleh seorang pemain sahaja

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

Asal-usul angklung[sunting | sunting sumber]

Muzik Angklung bermula dari Masyarakat Sunda, Jawa Barat, Indonesia.[1] Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.

Sedangkan di Malaysia, oleh pembuat angklung dipercaya sebagai alat musik reog ponorogo di jawa yang tercipta pada abad ke 9 sebagai persembahan raja kelama sewandama untuk putri kerajaan kediri.Reog Ponorogo, Jawa Timur [2]

Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan[perlu rujukan] dan penghijrah pencari pekerjaan yang menyebar luaskan muzik ini ke Thailand, saat pula boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia[3] dan Singapura.

Angklung di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Angklung di malaysia di bawa oleh penghijrah dari Ponorogo yang mempersembahkan Barongan tahun 1922, dimana angklung merupakan salah satu bahagian muzik pengiring barongan. Hingga pada divisi budaya duta besar Indonesia untuk Malaysia memberikan pelatihan pembuatan angklung bernada seperti di bandung, namun hasil yang dihasilkan berbeza dengan angklung bernada di Indonesia pada umumnya, hingga mengambil bibit buluh dari Madiun dan Ponorogo hingga menghasilkan nada angklung terbaik. [4]

Angklung Indonesia terdaftar sebagai Karya Agung Warisan Budaya Lisan dan Nonbendawi Manusia dari UNESCO sejak November 2010.

Macam-macam angklung[sunting | sunting sumber]

  • Angklung Reyog, Muzik khas suku Ponorogo pengiring Reog Ponorogo, Jawa Timur [5]
  • Angklung Kanekes, muzik khas suku kaum Baduy, Banten
  • Angklung Dogdog Lojor, muzik khas Sukabumi, Jawa Barat
  • Angklung Gubrag, muzik khas Bogor, Jawa Barat
  • Angklung Badeng, muzik khas Garut, Jawa Barat
  • Angklung Buncis, muzik khas Bandung, Jawa Barat

Permainan[sunting | sunting sumber]

Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.

Angklung sedang dimainkan oleh kanak-kanak Jawa Barat pada tahun 1918.

Rujukan[sunting | sunting sumber]