Animal Planet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Animal Planet
2018 Animal Planet logo.svg
Dilancarkan1 Oktober 1996; 23 tahun yang lalu (1996-10-01)
Dimiliki olehDiscovery, Inc.
Format gambar1080i HDTV
(dikecilkan ke 480i untuk SDTV)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Kawasan siaranKebangsaan
Ibu pejabatSilver Spring, Maryland, Amerika Syarikat
Saluran kembar
Laman sesawangwww.animalplanet.com
Ketersediaan
Satelit
DirecTV
Dish Network184 (HD/SD)
DigitAlb76 (HD sahaja)
Kabel
Verizon FiOS
  • 130 (SD)
  • 630 (HD)
Xfinity
  • 66 (SD)
  • 224 (HD)
IPTV
AT&T U-verse
  • 252 (SD)
  • 1252 (HD)
Media penstriman
PlayStation VueIPTV

Animal Planet ialah sebuah televisyen kabel dan satelit yang dimiliki oleh Discovery, Inc.. Dilancarkan pada 1 Oktober 1996, rangkaian ini terutamanya menumpukan kepada siri dan dokumentari mengenai haiwan liar dan haiwan domestik.

Saluran itu pada asalnya merupakan usahasama dengan BBC Worldwide, dan menyiarkan rancangan pendidikan seperti dokumentari alam. Pada tahun 2008, Animal Planet menerapkan hala tuju rancangan yang lebih matang, dengan penekanan pada penggambaran haiwan yang agresif dan pemangsa, serta peningkatan dokumentari dan program realiti berikut penyiasatan dan pekerjaan berkaitan haiwan. Animal Planet dijenamakan semula pada Oktober 2018, beralih ke arah yang lebih berorientasikan keluarga.

Setakat Januari 2016, dianggarkan kira-kira 91,603,000 isi rumah menerima Animal Planet.[1] Discovery juga mewujudkan atau melesenkan versi antarabangsa saluran ini di pelbagai negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Oktober 1996, Animal Planet beroperasi sebagai hasil dari pembelian jam tayang kosong di WOR EMI Service oleh Discovery Communications.

Animal Planet dapat ditonton di seluruh Amerika Syarikat, dan di lebih dari 70 negara di seluruh dunia. Di New Zealand, Animal Planet disiarkan di SKY Network Television. Versi khusus dibuat di Kanada, India, dan beberapa negara lainnya.

National Aquarium di Baltimore memiliki pertunjukan yang diberi nama Animal Planet Australia: Wild Extreme yang dibuka pada akhir 2005. Animal Planet dan National Aquarium di Baltimore pada 2004 mengumumkan kerja sama jangka panjang yang akan memproduksi film yang memberikan pengunjung National Aquarium di Baltimore latar belakang wilayah Australia. Kerja sama ini juga dimungkinkan untuk memproduksi program televisi tentang penelitian dan pertunjukkan di National Aquarium di Baltimore.[2]

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Animal Planet Magazine[sunting | sunting sumber]

D.C. Thomson & Co. bekerjasama dengan Discovery untuk menerbitkan Animal Planet Magazine di United Kingdom. Keluaran pertama majalah ini diterbitkan pada 16 Februari 2011.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cable Network Coverage Area Household Universe Estimates: January 2016". Broadcasting and Cable. NewBay Media. 
  2. ^ www.aqua.org/news_pr_australiapartners.html
  3. ^ Loveday, Samantha (February 11, 2011). "DC Thomson Teams with Discovery for Animal Planet Mag". Licensing.biz. Dicapai October 1, 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]