Investigation Discovery

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Investigation Discovery (kerap dieja sebagai ID sejak 2020) ialah rangkaian televisyen Amerika yang dimiliki oleh Warner Bros. Discovery yang menyiarkan rancangan gaya dokumentasi yang berurusan dengan subjek jenayah sebenar, kebanyakannya yang bersifat ganas (terutamanya pembunuhan dan cubaan pembunuhan, tetapi juga penculikan, penangkapan, serangan seksual, keganasan rumah tangga, kehilangan, dan pembakaran). Sehingga Februari 2015, kira-kira 86,062,000 isi rumah Amerika (73.9% isi rumah dengan televisyen) menerima Investigation Discovery.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo lama Investigation Discovery dari 2008 hingga 2020.

Saluran ini dilancarkan pada 1996 sebagai Discovery Civilization Network: The World History and Geography Channel. Ia merupakan salah satu daripada empat rangkaian digital yang diperkenalkan oleh Discovery Communications serentak pada Oktober 1996.[2] Perancangan untuk saluran itu telah diutarakan pada November 1994, apabila nama kerjanya ialah "Time Traveler".[3]

Pada April 2002, The New York Times Television dan Discovery Communications mengumumkan usahasama bagi memperkenalkan saluran Discovery Civilization Channel. Kemudian, ia didapati untuk 14 juta isi rumah. Perkongsian ini bertujuan untuk melengkapi rancangan sejarah, dengan program mengenai peristiwa semasa dan sejarah kontemporari.[4] Pada 25 Mac 2003, saluran ini dijenamakan sebagai Discovery Times, memberi tumpuan lebih kepada budaya Amerika yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kebudayaan rakyat Amerika Syarikat, serta pelbagai program lain. Nama sebelumnya dihuraikan sebagai "adalah sedikit mesej luar" oleh eksekutif.[5] Pada April 2006, The New York Times menjual sahamnya kepada Discovery Times semula kepada Discovery Communications, sekaligus menamatkan pemilikannya terhadap saluran itu.[6]

Pada 27 Januari 2008, Discovery Times telah dijenamakan semula sebagai Investigation Discovery, memfokuskan kepada kandungan rancangan berbentuk jenayah.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seidman, Robert (February 22, 2015). "List of how many homes each cable network is in as of February 2015". TV by the Numbers. Zap2it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-23. Dicapai pada March 14, 2015.
  2. ^ "Digital Play in the U.S. of A." Realscreen. April 1, 1999.
  3. ^ "Discovery plans launch of four newly created nets. (Discovery Communications Inc.)". Multichannel News. November 1994.
  4. ^ "The New York Times Company and Discovery Communications, Inc. Announce Joint Venture in Discovery Civilization Channel" (Siaran akhbar). The New York Times Company. April 5, 2002.
  5. ^ "'Civilization' Seeks Current-Affairs Niche". Multichannel News. November 4, 2002.
  6. ^ "Discovery Times to Sell Stake". New York Observer. April 13, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-07. Dicapai pada January 27, 2008.
  7. ^ "Discovery Investigates". Newsday. January 26, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2008. Dicapai pada January 27, 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]