Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman perbincangan. Sila memperbaikinya dengan mengesahkan dakwaan yang dibuat dan menambah rujukan. Kenyataan yang mengandungi penyelidikan asli sahaja patut dikeluarkan.(Februari 2020)
Manis FM ialah sebuah stesen radio swasta pertama di pantai timur Semenanjung Malaysia yang bersiaran 24 jam dari Husa Network Sdn Bhd (464366), Tingkat 2 & 3, Bangunan Epic Pavilion, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Di awal penubuhanya radio Manis FM hanya untuk pendengar di Kelantan amnya Kota Bharu dan jajahan sekitarnya sahaja yang bersiaran di frekuensi 88.7 FM dan bersiaran hanya 18 jam sahaja pada masa itu. Radio yang menggunakan tagline "Pastinya Manis" kini dah menggunakan tagline baru "Pilihan Terunggul di Pantai Timur" Konti asal radio terletak di Jalan Kebun Sultan berhadapan dengan Dewan Perniagaan Cina Negeri Kelantan.[petikan diperlukan]
Pada tahun 2003, Manis FM telah memulakan siarannya 24 jam sehari setelah berpindah ke bangunan baru yang diberi nama Wisma Manis. Untuk memenuhi citarasa pendengar yang meningkat Manis FM telah meluaskan lagi frekuensi ke beberapa negeri khususnya pantai timur Semenanjung iaitu Terengganu dan Pahang. Selaras dengan itu Manis FM juga mempunyai laman portalnya dengan wajah baru.[petikan diperlukan]