Radio IKIM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Radio IKIM
Radio IKIM.png
Bandaraya lesenKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia, Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Narathiwat dan Pattani)
SloganPilihan Utama Anda (sejak 6 Julai 2001; 18 tahun yang lalu (2001-07-06))
Inspirasi Inforia Islami (sejak 30 Januari 2019; 13 bulan yang lalu (2019-01-30))
FrekuensiBerbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi)
Tarikh siaran pertama6 Julai 2001; 18 tahun yang lalu (2001-07-06)
BahasaBahasa Melayu (utama)
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
PemilikInstitut Kefahaman Islam Malaysia
Tapak webhttps://www.ikim.my

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Radio IKIM (dahulu dikenali sebagai IKIM.fm)[1] merupakan sebuah stesen radio di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Radio IKIM merupakan stesen radio berunsur Islam pertama di Malaysia yang beroperasi selama 24 jam. Radio IKIM telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001.

Radio IKIM dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. Radio IKIM juga boleh didengari di Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, Betong, Narathiwat dan Pattani). Frekuensi stesen radio ini dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang) pada awal tahun 2000. Radio IKIM juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi laman sesawangnya.

Sekitar 95% program Radio IKIM dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan bahawa sekitar 786,000 orang pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.

Penyampai radio[sunting | sunting sumber]

  • Ahmad Nazri Mohd Yusof
  • Fairuz Haji Noordin
  • Faiz Haji Othman
  • Hazwan Syah
  • Mahathir Shaharuddin
  • Maslina Alias
  • Mazlina Ismail
  • Mohd Erwan Johari
  • Mohammad Suffian Amrin (anggota kumpulan nasyid Saujana)
  • Mona Jasman
  • Nik Hasnah Ismail
  • Norhayati Paradi
  • Siti Rohani Surani

Segmen[sunting | sunting sumber]

Isnin - Jumaat[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa
Warna Pagi Hazwan Syah & Suffian Amrin 06:00 - 10:00
Aspirasi Norhayati Paradi 10:00 - 13:00
Siti Rohani Surani 13:00 - 15:00
Destinasi Mona Jasman & Syafiq Salleh 15:00 - 19:00
Ekpresi Faiz Othman 20:00 - 00:00

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
91.5 FM Lembah Klang Gunung Ulu Kali
89.0 FM Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Taiping, Perak Gunung Jerai
102.7 FM Balik Pulau, Pulau Pinang Bukit Genting
Ipoh, Perak Gunung Kledang
Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Burok
89.5 FM Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
106.2 FM Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
89.6 FM Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
100.2 FM Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
89.8 FM Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau
93.7 FM Kuching, Sarawak Bukit Djin
104.0 FM Miri, Sarawak Tanjung Lobang
93.9 FM Kota Kinabalu, Sabah Bukit Keratong
107.3 FM Lahad Datu, Sabah Gunung Silam
100.7 FM Tawau, Sabah Gunung Andrassy

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]