Ariel (bulan)
Penemuan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ditemui oleh | William Lassell | ||||||||
Tarikh penemuan | 24 Oktober 1851 | ||||||||
Designasi | |||||||||
Nama alternatif | Uranus I | ||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||
Paksi semimajor | 191,020 km | ||||||||
Purata jejari orbit | 190,900 km | ||||||||
Kesipian | 0.0012 | ||||||||
Tempoh orbit | 2.520 d | ||||||||
Kecondongan | 0.260° (kepada khatulistiwa Uranus) | ||||||||
Satelit bagi | Uranus | ||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||
Dimensi | 1162.2 × 1155.8 × 1155.4 km[1] | ||||||||
Min jejari | 578.9 ± 0.6 km (0.0908 Bumi)[1] | ||||||||
Luas permukaan | 4,211,300 km2[a] | ||||||||
Isi padu | 812,600,000 km3[b] | ||||||||
Jisim | 1.353 ± 0.120×1021 kg (2.26×10−4 Bumi)[2] | ||||||||
Min ketumpatan | 1.66 ± 0.15 g/cm3[2] | ||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 0.27 m/s2[c] | ||||||||
Halaju lepas | 0.558 km/s[d] | ||||||||
Tempoh putaran | segerak | ||||||||
Albedo |
| ||||||||
| |||||||||
Magnitud ketara | 14.4 (R-band)[6] | ||||||||
sunting |
Ariel adalah yang keempat terbesar daripada 27 buah bulan Uranus yang terkenal pasti. Ariel mengorbit dan berputar di dalam satah khatulistiwa Uranus yang hampir serenjang dengan orbit Uranus, dan oleh itu mengalami kitaran musim yang melampau.
Ariel ditemui pada Oktober 1851 oleh William Lassell, lalu dinamai sempena seorang watak dalam dua buah karya yang berasingan. Setakat tahun 2012, kebanyakan maklumat terperinci mengenai Ariel datang dari kuar angkasa Voyager 2 yang melintasi Uranus pada tahun 1986, dan sempat menggambarkan sekitar 35% permukaan bulan tersebut.
Selepas Miranda, Ariel adalah yang kedua terkecil daripada lima bulan utama Uranus, serta yang kedua paling dekat dengan planetnya. Sebagai antara yang terkecil daripada 19 bulan sfera yang dikenali dalam Sistem Suria (ia menduduki tangga ke-14 berasaskan diameter), Ariel dipercayai terdiri daripada bahan-bahan ais dan batu yang sama-rata. Seperti semua bulan Uranus, Ariel mungkin terbentuk daripada suatu cakera tokokan yang mengitari Uranus sejurus selepas terbentuknya, malah, seperti bulan-bulan besar yang lain, ia boleh dicam sebagai teras dalaman batu-batan yang dilitupi oleh mantel ais. Ariel mempunyai permukaan kompleks yang terdiri daripada rupa bumi yang penuh dengan kawah-kawah, dilintangi oleh suatu sistem tubir, ngarai dan rabung. Permukaannya menunjukkan tanda-tanda aktiviti geologi yang lebih baharu daripada bulan-bulan Uranus yang lain, mungkin sekali disebabkan oleh pemanasan pasang surut.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]<references>
- ^ a b c
doi: 10.1016/0019-1035(88)90054-1
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b c
doi: 10.1086/116211
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b
doi: 10.1006/icar.2001.6596
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b
doi: 10.1016/j.icarus.2006.04.016
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b
doi: 10.1126/science.233.4759.70
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b
doi: 10.1016/j.pss.2008.02.034
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri