Uranus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Uranus Simbol astronomi bagi Uranus
Planet Uranus
Uranus, seperti dilihat oleh Voyager 2
Penemuan
Ditemui olehWilliam Herschel
Tarikh penemuan13 Mac 1781
Designasi
AdjektifUranian
Ciri-ciri orbit
Epok J2000
Afelion3,006,389,405 km
20.096 471 90 AU
1,868,088,249 batu
Perihelion2,735,555,035 km
18.286 055 96 AU
1,699,799,169 batu
Paksi semimajor2,870,972,220 km
19.191 263 93 AU
1,783,943,710 batu
Kesipian0.047 167 71
Tempoh qamari369.65 hari
Kelajuan purata orbit6.795 km/s
Kecondongan0.769 86°
(6.48° ke khatulistiwa Matahari)
Longitud nod menaik74.229 88°
Satelit27
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa25,559 km
(4.007 Bumi)
Jejari kutub24,973 km
(3.929 Bumi)
Luas permukaan8.084×109 km2
(15.849 Bumi)
Isi padu6.834×1013 km3
(63.086 Bumi)
Jisim8.6832×1025 kg
(14.536 Bumi)
Min ketumpatan1.318 g/cm3
Graviti permukaan khatulistiwa8.69 m/s2
(0.886 g)
Halaju lepas21.29 km/s
Tempoh putaran ikut bintang0.718 33 hari (17 jam 14 min 24 saat) [1]
Halaju putaran khatulistiwa2.59 km/s = 9320 km/j
Kecondongan paksi97.77°
Jarak hamal kutub utara77.31° (5 jam 9 min 15 saat)
Keserongan kutub utara+15.175°
Albedo0.51
Suhu min purata max
• Permukaan 59 K 68 K N/A
• Atas awan 55 K
Atmosfera
Tekanan atmosfera120 kPa (pada aras awan)
Komposisi83% Hidrogen
15% Helium
1.99% Metana
0.01% Ammonia
0.00025% Etana
0.00001% Asetilin
surih Karbon monoksida
surih Hidrogen sulfida

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Uranus (اورانوس) merupakan planet ketujuh daripada Matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Planet ini dinamakan sempena dewa langit Yunani purba iaitu Ouranos (Yunani Kuno: Οὐρανός), bapa kepada Cronus (Saturnus) dan datuk kepada Zeus (Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat dengan mata kasar, planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya dan putaran orbitnya yang perlahan.[2] Sir William Herschel mengumumkan penemuannya pada 13 Mac 1781 dan ini menyebabkan garis sempadan yang diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalam sejarah moden dapat dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemui melalui teleskop.

Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Ahli falak kadangkala meletakkan mereka di kategori yang berbeza dipanggil "gergasi ais".

Atmosfera[sunting | sunting sumber]

Atmosfera Uranus yang sama dengan Musytari dan Zuhal dalam komposisi utama seperti hidrogen dan helium mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsur surih hidrokarbon. Secara khusus, atmosfera Uranus terdiri daripada kira-kira 83% hidrogen, 15% helium dan 2% metana.[3] Planet ini mempunyai atmosfera yang paling sejuk di Sistem Suria dengan suhu minimum 49 K (−224 °C). Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakannya terdiri daripada ais dan batu.

Secara umumnya, atmosfera Uranus boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu:[4]

  • troposfera pada altitud −300 ke 50 km dan tekanan dari 100 ke 0.1 bar (10 MPa to 10 kPa);
  • stratosfera pada altitud 50 ke 4,000 km dan tekanan dari 0.1 ke10−10 bar (10 kPa to 10 µPa);
  • termosfera pada altitud melebihi 4,000 km.

Atmosfera Uranus tidak memiliki mesosfera.

Kecondongan paksi[sunting | sunting sumber]

Salah satu ciri Uranus ialah paksi putaran Uranus yang ekstrem, yakni 97.77°, selari dengan ekliptik. Satu putaran paksi Uranus mengambil masa 84 tahun yang bermakna kutub Uranus mengalami 42 tahun siang dan diikuti dengan 42 tahun malam.[5]

Pelbagai teori telah dikemukakan tentang cara Uranus mendapat kecondongan paksi seperti teori perlanggaran Uranus dengan suatu objek angkasa gergasi ketika proses pembentukan Matahari serta kewujudan bulan gergasi pada zaman dahulu yang mempengaruhi paksi Uranus melalui daya tarikannya.[6][7] Malahan, kajian simulator menunjukkan bahawa Uranus perlu dilanggar oleh planet bersaiz Bumi sebanyak dua kali untuk mendapatkan kecondongan paksi sebegitu.[8]

Bulan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bulan Uranus

Uranus memiliki 27 buah bulan yang dikenal pasti setakat ini,[9] dengan kesemua bulan Uranus dinamakan sempena watak dalam karya-karya William Shakespeare dan Alexander Pope.[10] Daripada bulan-bulan ini, bulan-bulan utama termasuklah Ariel, Umbriel, Titania, Oberon dan Miranda.[11]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penjelajahan[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, kapal angkasa Voyager 2 ialah satu-satunya kapal angkasa yang pernah menerokai Uranus pada jarak yang dekat, dan melakukan penerbangan terdekat dengan Uranus pada 24 Januari 1986 sebelum menghala ke Neptun.

Selain itu, kapal angkasa Cassini–Huygens pernah dirancang untuk mendekati Uranus, tetapi sebaliknya, keputusan dibuat untuk menamatkan program kapal angkasa itu dengan membawa kapal angkasa ke atmosfera Zuhal dan dimusnahkan.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.hnsky.org/iau-iag.htm
  2. ^ "MIRA's Field Trips to the Stars Internet Education Program". Monterey Institute for Research in Astronomy. Dicapai August 27, 2007. 
  3. ^ "Uranus Fact Sheet". NASA (dalam bahasa Inggeris). 27 September 2018. Dicapai 20 September 2019. 
  4. ^ Lunine, Jonathan I. (September 1993). "The Atmospheres of Uranus and Neptune". Annual Review of Astronomy and Astrophysics. 31: 217–263. Bibcode:1993ARA&A..31..217L. doi:10.1146/annurev.aa.31.090193.001245. 
  5. ^ Sromovsky, Lawrence (2006). "Hubble captures rare, fleeting shadow on Uranus". University of Wisconsin Madison. Diarkibkan daripada asal pada 20 July 2011. Dicapai 9 June 2007.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. ^ Ker Than (2009-12-04). "Large moon of Uranus may explain odd tilt". New Scientist. Dicapai 2010-04-08. 
  7. ^ Boué, G. & Laskar, J.. "A Collisionless Scenario for Uranus Tilting".
  8. ^ "天王星の自転軸が傾いたのは2回の天体衝突が原因?". AstroArts (dalam bahasa Jepun). 12 Oktober 2012. Dicapai 20 September 2019. 
  9. ^ Sheppard, S. S.; Jewitt, D.; Kleyna, J. (2005). "An Ultradeep Survey for Irregular Satellites of Uranus: Limits to Completeness". The Astronomical Journal. 129 (1): 518. arXiv:astro-ph/0410059Boleh dicapai secara percuma. Bibcode:2005AJ....129..518S. doi:10.1086/426329. 
  10. ^ "Uranus" (dalam bahasa Inggeris). nineplanets.org. Diarkibkan daripada asal pada 11 Ogos 2011. 
  11. ^ Faure, Gunter; Mensing, Teresa (2007). "Uranus: What Happened Here?". dalam Faure, Gunter; Mensing, Teresa M. Introduction to Planetary Science. Introduction to Planetary Science (dalam bahasa Inggeris). Springer Netherlands. m/s. 369–384. doi:10.1007/978-1-4020-5544-7_18. ISBN 978-1-4020-5233-0. 
  12. ^ Spilker, Linda (1 April 2008). "Cassini Extended Missions" (PDF). Lunar and Planetary Institute. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 23 April 2008. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Miner, Ellis D. (1998). Uranus: The Planet, Rings and Satellites. New York: John Wiley and Sons. ISBN 978-0-471-97398-0.