Armant, Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Armant
ⲉⲣⲙⲟⲛⲧ
ⲣ̄ⲙⲟⲛⲧ
أرْمَنْت
Tebing sungai Nil di Armant
Tebing sungai Nil di Armant
Armant, Mesir is located in Bumi
Armant, Mesir
Armant, Mesir (Bumi)
Koordinat: 25°37′N 32°32′E / 25.617°N 32.533°E / 25.617; 32.533Koordinat: 25°37′N 32°32′E / 25.617°N 32.533°E / 25.617; 32.533
Country Mesir
KegabenoranKegabenoran Luxor
Zon waktuUTC+2 (WSM)
 • Musim panas (DST)+3

Armant ( Arab: أرْمَنْت; Bahasa Mesir: jwn.w-n-mnṯ.w atau jwn.w-šmꜥ.w ; Bohairi: ⲉⲣⲙⲟⲛⲧ; Sahidi: ⲣ̄ⲙⲟⲛⲧ), juga dikenali sebagai Hermonthis (Bahasa Yunani Kuno: Ἕρμωνθις), ialah sebuah bandar yang terletak kira-kira 19 km (12 bt) selatan dari Thebes. Ia sebuah bandar Kerajaan Tengah Mesir yang penting, yang telah diperbesarkan semasa Dinasti Kelapan Belas. Kini ia terletak di Kegabenoran Luxor di barat Sungai Nil.

Kuil Hermonthi yang hancur (kadang-kadang dipanggil Kuil Monthu) terletak di tengah-tengah bandar moden tersebut.

jwnw mnṯ(t)[1][2]
dalam hieroglif
iwnnw
niwt
mn
n
T
t
niwt
jwnw šmꜥ(t)[2][1]
dalam hieroglif
iwnnw
niwt
M27t
niwt
or
iwnS1t
niwt

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Runtuhan Erment, 1840-an, daripada The Holy Land, Syria, Idumea, Arabia, Egypt, and Nubia

Nama Mesir Purba untuk bandar tersebut bermaksud "Bandar Suria Montu ", seorang dewa Mesir yang akar namanya bermaksud "pemindah-randah".[3][4] Montu dikaitkan dengan lembu jantan yang mengamuk, kekuatan dan peperangan. Dia juga dipercayai dapat menjelma sebagai seekor lembu jantan putih dengan muka hitam, yang dipanggil Bakha. Raja-raja yang juga menjadi jeneral yang terhebat Mesir menjuluki diri mereka Lembu Perkasa, anak-anak Montu.[5] Dalam penceritaan Pertempuran Kadesh yang terkenal, Ramesses II dikatakan telah melihat musuh dan "mengamuki mereka seperti Montu, Raja Thebes".[6]

Tapak patung granit yang ditulis nama Senusret I. Dua kaki perempuan, di sebelah kanan kaki kanan raja. Dari Armant, Mesir

Sebuah kuil untuk dewa Montu dibina di Hermonthis suatu masa dahulu, semasa Dinasti Kesebelas. Pembina terawal kuil ini yang diketahui ialah Nebhepetre Mentuhotep II. Kuil ini diperluaskan semasa Dinasti Kedua Belas dan Kerajaan Baru. Ia telah dimusnahkan semasa Zaman Akhir Mesir, tetapi sebuah kuil baru dimulakan pembinaannya semasa pemerintahan Nectanebo II dan diteruskan oleh kerabat Ptolemy. Cleopatra VII dan Ptolemy XV Caesarion menambahkan bangunan khas dengan tasik suci untuk tujuan upacara. Kuil itu kelihatan sehinggalah abad kesembilan belas, apabila ia diruntuhkan untuk membina sebuah kilang gula. Hari ini, yang hanya boleh dilihat ialah tonggak pedaka Thutmose III.

Dua gerbang telah ditemui di kawasan itu, salah satunya telah dibina oleh Antoninus Pius. Bukheum, tempat lembu suci Bukhis Hermonthis dikebumikan, terletak di pinggir utara gurun berhampiran bandar. Pengebumian lembu jantan yang terawal berasal dari zaman Nectanebo II, dan kompleks itu digunakan sehingga pertengahan abad ke-4 Masihi. Tapak pengebumian Ibu Lembu-lembu Bukhis juga telah dikenal pasti. Terdapat banyak tanah perkuburan dari zaman yang berbeza terletak berhampiran Hermonthis.

Di bawah Cleopatra VII, Hermonthis menjadi ibu kota nomos Mesir Hulu ke-4. Bandar ini masih digunakan semasa era Qibti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Gauthier, Henri (1925). Dictionnaire des Noms Géographiques Contenus dans les Textes Hiéroglyphiques Vol. 1. m/s. 54–55.
  2. ^ a b Wallis Budge, E. A. (1920). An Egyptian hieroglyphic dictionary: with an index of English words, king list and geological list with indexes, list of hieroglyphic characters, coptic and semitic alphabets, etc. Vol II. John Murray. m/s. 958.
  3. ^ Wallis Budge, E. A. (1920). An Egyptian hieroglyphic dictionary : with an index of English words, king list and geological list with indexes, list of hieroglyphic characters, coptic and semitic alphabets, etc. - Vol I. John Murray. m/s. 306.
  4. ^ Ruiz, Ana (2001). The Spirit of Ancient Egypt (dalam bahasa Inggeris). Algora Publishing. m/s. 115. ISBN 9781892941688.
  5. ^ O'Connor, David; Cline, Eric H. (2001). Amenhotep III: Perspectives on His Reign (dalam bahasa Inggeris). University of Michigan Press. ISBN 978-0472088331.
  6. ^ "Egyptian Accounts of the Battle of Kadesh". www.reshafim.org.il. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-01.