Asam Pedas Untuk Dia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asam Pedas Untuk Dia
Umum
PengarangNureen Mirza
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
15 November 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman528
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789674690687

Asam Pedas Untuk Dia ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Nureen Mirza. Novel ini diterbitkan pada 15 November 2012 oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Aku Ainin Sofia, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Asam Pedas Untuk Dia dikeluarkan pada November 2012 oleh Alaf 21. Pada tahun 2015, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Dahlia bermula 10 Januari 2015 di TV3, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Dayana Roza.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza Goodreads. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  2. ^ Asam Pedas Untuk Dia, janji kelainan Perak Today (21 Januari 2015). Dicapai pada 1 Februari 2015.