Dayana Roza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dayana Roza
Kelahiran
Nur Dayana binti Kamsun Baharin

(1991-05-01) 1 Mei 1991 (umur 32)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini

Nur Dayana Kamsun Baharin[1] (dilahirkan pada 1 Mei 1991) atau lebih dikenali sebagai Dayana Roza (Jawi: داينا روزا) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[2] Kerjayanya bermula apabila beliau mula menyertai Anak Wayang pada tahun 2009 dan mendapat tempat ke-3. Beliau mula dikenali menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia pada tahun 2015.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Nur Dayana Kamsun Baharin pada 1 Mei 1991 di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya.[4][5][6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dayana mula menceburi bidang lakonan dengan menyertai rancangan Anak Wayang (turut disertai oleh Amar Baharin dan Hairi Safwan) yang bersiaran di Astro Ria dan Astro Prima pada tahun 2009.[7] Beliau berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Dayana mempunyai peranan pembantu dalam filem aksi pasca-apokaliptik Apokalips X (2014) arahan Mamat Khalid.

Pada tahun 2016, Dayana muncul dalam drama Satu Cinta yang bersiaran di Slot Widuri TV1. Drama ini ditayangkan pada 10 Jun 2016 terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Beliau memegang watak utama iaitu sebagai Umairah digandingkan dengan Azrel Ismail dan barisan pelakon yang lain. Pada 27 Ogos 2016, Dayana muncul dalam telefilem TV3 bertajuk Kabus Hati Laila.

Pada 11 Mac 2017, Dayana muncul dalam telemovie bertajuk Trauma yang bersiaran di TV3. Beliau memegang watak sebagai Jaja dan drama ini dibintangi oleh beberapa pelakon lain termasuk Janna Nick, Saharul Ridzwan, Raja Afiq, Zara Zya dan Idris Khan serta telefilem ini khas untuk Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017. Pada 25 Jun 2017, Dayana membintangi telefilem Rendang Punya Pasal yang bersiaran di TV2.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dayana berdarah peranakan Cina dan Siam.[8]

Pada April 2016, Dayana mendedahkan bahawa laman Instagram miliknya telah digodam buat kali kedua. Kali pertama akaun laman bergambar popular miliknya digodam ialah pada Januari 2016. Beliau turut mengaku, akaun Instagram banyak mendekatkan dirinya dengan peminat berbanding akaun laman sosial lain.[9]

Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 15 Oktober 2019. Dayana yang memandu sendirian ketika itu dalam perjalanan balik ke rumahnya berdekatan lokasi kejadian di Subang, Selangor.[10]

Dayana mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, A'dale Adham Ayahudin pada 5 Ogos 2020 dan telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember 2020 di Masjid Negara.[11][12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Hello Misha Filem pertama
2014 Apokalips X Kunyit
Zombie Kilang Biskut Sofea
2015 Girlfriend Kontrak Fiza
2016 Mat Moto Otai Aminah Penampilan khas
2017 Minah Moto[13]
Pencuri Hati Mr. Cinderella Atikah
2019 Kron Mulia Suri
2021 Marabahaya Underground Amyra

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Bujang Sepah Lalalitamplom[14] Runu Astro Prima
2012 Runtun Qalbu Lily TV3
Setia Hujung Nyawa Ekin
2014 Yem Rempit Astro Warna Penampilan istimewa
Tanah Kubur (Musim 10) Salwa Astro Oasis Episod: "Nyawa Cinta Mati"
Melarik Awan Fatihah TV3
2015 Asam Pedas Untuk Dia Ainin Sofiya
Syurga Nur Siti
Street Vendetta Nora TV2 Adaptasi novel
Memori Cinta Suraya Siti Astro Prima
Aku Pilih Kamu Qasya Azara TV3
2016 Satu Cinta Umairah TV1
Lara Aishah Wani Astro Prima
Abang Bomba I Love You Nadia Astro Ria
2018 Cinta Fatamorgana Roza TV3
Isteri Untuk Diiktiraf Tengku Bella Donna TV1
Cinta Bukan Kristal Ika TV3
Mata Ketiga Rafidah Tonton
2019 Calon Menantu Tuan Rumah Lia TV Okey
Seputih Cinta Rangbulan Ira
Suamiku Mr Blind Melissa Hypp Sensasi
Ajari Playboy Itu TV3
2020 Seadanya Aku Zureen
2021 I Promise Janji Anaqi Aisyah Astro Ria
2022 Nusyuz Berkiblat Cinta Khadijah
Jiwa Wanita TV9 Episod : "Dah Kahwin Ada Anak, Tapi Tak Kenal lebih dekat lagi"
2023 Bunga Cempaka TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Selipar Jepun Suria Suria Astro Ria
2013 Calon Menantu Kazimah TV1
2016 Kabus Hati Laila Anita TV3
Biah Sport Biah TV9
2017 Trauma Jaja TV3
Rendang Punya Pasal TV2
Ketupat Buat Nenek Intan TV9
2018 Aku Nazmi TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2009 Anak Wayang Peserta Astro Ria & Astro Prima berjaya mendapat tempat Ke-3
2015 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1 Episode 9
2017 Top 5 Makan HyppTV

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Anak Wayang Finalis Tempat Ke-3
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-3 Aktres Pilihan Asam Pedas Untuk Dia Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dayana Ubah Nama Selepas 6 Bulan Tiada Tawaran Berlakon mSTAR Online (13 Mac 2014). Diperoleh pada 18 Jun 2015.
  2. ^ Gembira orang benci Roza Harian Metro (10 Mei 2018). Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  3. ^ Marina Shahabudin (20 Januari 2016). Dayana Roza atur langkah Sinar Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2016.
  4. ^ Nor Fatihah Ismail (26 Ogos 2018). Dayana Roza semakin matang Kosmo!. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  5. ^ Impi watak berbeza Utusan Malaysia (6 Ogos 2019). Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  6. ^ Zaidi Mohamad (1 Mac 2016). Dayana Roza enggan menyerah kalah Berita Harian. Dicapai pada 17 Ogos 2016.
  7. ^ Senarai Nama 25 Peserta Anak Wayang Astro Sensasi Selebriti (29 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2015.
  8. ^ Aini Mawawi (8 Julai 2018). "Tak kisah kurang laku". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 17 Disember 2018.
  9. ^ Zaidi Mohamad (10 April 2016). Instagram Dayana Roza digodam lagi Berita Harian. Dicapai pada 17 Ogos 2016.
  10. ^ Norhayati Nordin (12 November 2019). Masih takut memandu Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  11. ^ Zaidi Mohamad (5 Ogos 2020). Dayana kini tunangan orang Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  12. ^ Dayana Roza pilih jejaka pandai ambil hati ibu
  13. ^ "Dayana Roza jadi minah motor". Berita Harian. 5 Disember 2016. Dicapai pada 12 Disember 2016.
  14. ^ Bujang Sepah Lalalitamplom Budiey, Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 5 November 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]